Connect with us

Terkini

KDN luluskan 17,452 permohonan kewarganegaraan setakat 1 Oktober

WhatsApp
Facebook0
Twitter
Hidayah Sani

Published

on

Foto: Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail
  • Kementerian Dalam Negeri (KDN) mengeluarkan 17,452 keputusan permohonan kewarganegaraan setakat 1 Oktober lalu, di mana ia melebihi sasaran 17,000 permohonan ditetapkan.
  • “Permohonan kewarganegaraan adalah anugerah tertinggi dan hak eksklusif Kerajaan Persekutuan dan tidak diberikan sewenang-wenangnya. Oleh itu, setiap permohonan akan dinilai dengan teliti tanpa mengira keturunan, agama atau pangkat pemohon.
  • “Beban membuktikan kelayakan terletak pada pemohon, di mana pertimbangan dibuat berdasarkan syarat dalam Bahagian III, Perlembagaan Persekutuan, Kaedah-Kaedah Kewarganegaraan 1964, serta perundangan berkaitan seperti pendaftaran perkahwinan, pengangkatan, kesahtarafan anak dan peraturan imigresen.
  • “Penilaian setiap permohonan bergantung kepada dokumen sokongan dan fakta kes yang dikemukakan,” kata Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail dalam jawapan bertulis di laman web Parlimen di sini pada Selasa.

KUALA LUMPUR — Kementerian Dalam Negeri (KDN)  mengeluarkan 17,452 keputusan permohonan kewarganegaraan setakat 1 Oktober lalu, di mana ia melebihi sasaran 17,000 permohonan ditetapkan.

Menterinya, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata kementeriannya sentiasa komited untuk memastikan setiap permohonan kewarganegaraan diproses dengan telus, adil dan mengikut peruntukan undang-undang.

Beliau berkata setiap permohonan kewarganegaraan memerlukan penelitian rapi berdasarkan peruntukan undang-undang dan pihaknya berusaha sedaya upaya mengurangkan tempoh menunggu bagi mereka yang mengemukakan dokumen lengkap.

Katanya, proses itu perlu dijalankan dengan cermat bagi memastikan pemohon memenuhi semua syarat dan kriteria ditetapkan.

“Permohonan kewarganegaraan adalah anugerah tertinggi dan hak eksklusif Kerajaan Persekutuan dan tidak diberikan sewenang-wenangnya. Oleh itu, setiap permohonan akan dinilai dengan teliti tanpa mengira keturunan, agama atau pangkat pemohon.

“Beban membuktikan kelayakan terletak pada pemohon, di mana pertimbangan dibuat berdasarkan syarat dalam Bahagian III, Perlembagaan Persekutuan, Kaedah-Kaedah Kewarganegaraan 1964, serta perundangan berkaitan seperti pendaftaran perkahwinan, pengangkatan, kesahtarafan anak dan peraturan imigresen.

“Penilaian setiap permohonan bergantung kepada dokumen sokongan dan fakta kes yang dikemukakan,” katanya dalam jawapan bertulis di laman web Parlimen di sini pada Selasa.

Beliau menjawab pertanyaan dikemukakan Datuk Ir Shahelmey Yahya (BN-Putatan) yang ingin mengetahui langkah KDN untuk memastikan mereka yang mempunyai kad pengenalan merah dan mempunyai dokumen permohonan lengkap tidak menunggu lama dalam proses permohonan mereka.

Saifuddin berkata kementeriannya turut mengeluarkan Prosedur Pengendalian Standard Permohonan Kewarganegaraan secara naturalisasi di bawah Perkara 19(1) Perlembagaan Persekutuan pada 30 September lalu.

“SOP 19(1) ini akan berkuat kuasa bagi permohonan kewarganegaraan mulai 1 Januari 2025.

“Melalui SOP baharu ini, proses permohonan dan tempoh masa pemprosesan adalah selama satu (1) tahun,” katanya. — The Merdeka Times

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *