Connect with us

Terkini

Hapuskan tunggakan cukai, denda UTAR: Tindakan PM betul, malah tidak cukup – Apek Cina

Tindakan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang dilaporkan melepaskan Universiti Tunku Abdul Rahman (UTAR) daripada pertikaian cukai dan penalti dituntut Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) adalah sangat betul.

WhatsApp
Facebook0
Twitter
Hidayah Sani

Published

on

Foto: Peguam, Tai Zee How atau lebih dikenali sebagai ‘Apek Cina’ (kiri) & Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim (kanan).
  • Tindakan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang dilaporkan melepaskan Universiti Tunku Abdul Rahman (UTAR) daripada pertikaian cukai dan penalti dituntut Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) adalah sangat betul.
  • Malah, peguam, Tai Zee How atau lebih dikenali sebagai ‘Apek Cina’ melihat tindakan Perdana Menteri itu sebenarnya tidak mencukupi kerana kerajaan sepatutnya mengecualikan institusi pengajian tinggi (IPT) di bawah kendalian yayasan seperti UTAR daripada kutipan cukai sepenuhnya.
  • “UTAR dia berbeza daripada contohnya University Taylor’s ataupun INTI College dan sebagainya dia bukan di bawah SDN BHD yang mengutamakan menjana pendapatan, UTAR adalah bawah foundation di mana institusi ini menerima yuran daripada mahasiswa dan juga daripada derma-derma orang awam.
  • “UTAR tidak memberikan apa-apa pendapatan kepada mana-mana pihak justeru, untuk institusi pendidikan sebegini kerajaan dari mulanya tidak seharusnya menetapkan satu peraturan untuk mengutip cukai daripada mereka,” katanya kepada The Merdeka Times di sini pada Rabu.
  • Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas tindakan Perdana Menteri yang dilaporkan memutuskan untuk melepaskan UTAR daripada pertikaian cukai dan penaltinya yang dituntut LHDN.
  • Sin Chew Daily dengan memetik sumber pada Selasa melaporkan tunggakan cukai dan penalti (denda) terkumpul dari 2017 hingga 2023 berjumlah RM83 juta yang dituntut LHDN akan dihapus kira.
  • Penganalisis politik, Profesor Dr Kartini Aboo Talib berkata tindakan Anwar itu mencerminkan usaha kerajaan untuk menyokong institusi pendidikan yang memberi sumbangan besar kepada masyarakat tanpa menjejaskan status kewangan mereka.

KUALA LUMPUR — Tindakan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang dilaporkan melepaskan Universiti Tunku Abdul Rahman (UTAR) daripada pertikaian cukai dan penalti dituntut Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) adalah sangat betul.

Malah, peguam, Tai Zee How atau lebih dikenali sebagai ‘Apek Cina’ melihat tindakan Perdana Menteri itu sebenarnya tidak mencukupi kerana kerajaan sepatutnya mengecualikan institusi pengajian tinggi (IPT) di bawah kendalian yayasan seperti UTAR daripada kutipan cukai sepenuhnya.

Zee How berkata ini kerana semua jenis IPT, termasuk UTAR, yang dimiliki yayasan bukan sebuah universiti yang menjana pendapatan dan ia tidak mengaut sebarang keuntungan.

Beliau menyifatkan setiap cukai yang dikutip daripada IPT di bawah yayasan adalah satu rompakan terhadap pelajar universiti itu sendiri.

“Ini adalah satu tindakan yang sangat betul tetapi tidak cukup… so bawah Akta 555 terdapat dua jenis institusi pengajian tinggi swasta mahupun separuh swasta yakni melalui sendirian berhad atau melalui foundation.

“UTAR dia berbeza daripada contohnya University Taylor’s ataupun INTI College dan sebagainya dia bukan di bawah SDN BHD yang mengutamakan menjana pendapatan, UTAR adalah bawah foundation di mana institusi ini menerima yuran daripada mahasiswa dan juga daripada derma-derma orang awam.

“UTAR tidak memberikan apa-apa pendapatan kepada mana-mana pihak justeru, untuk institusi pendidikan sebegini kerajaan dari mulanya tidak seharusnya menetapkan satu peraturan untuk mengutip cukai daripada mereka.

“Ini bukan satu pendapatan… Setiap cukai yang dibayar adalah sumber yang dikaut daripada mahasiswa-mahasiswa kita,” katanya kepada The Merdeka Times di sini pada Rabu.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas tindakan Perdana Menteri yang dilaporkan memutuskan untuk melepaskan UTAR daripada pertikaian cukai dan penaltinya yang dituntut LHDN.

Sin Chew Daily dengan memetik sumber pada Selasa melaporkan tunggakan cukai dan penalti (denda) terkumpul dari 2017 hingga 2023 berjumlah RM83 juta yang dituntut LHDN akan dihapus kira.

Menurut laporan itu, keputusan tersebut dibuat Anwar dalam mesyuarat Jemaah Menteri pada Selasa selepas ia dibangkitkan Menteri Pengangkutan yang juga Setiausaha Agung DAP, Anthony Loke.

Zee How juga meminta kerajaan untuk memperbetulkan dasar yang dilihat beliau sebagai tidak konsisten ekoran Yayasan Pendidikan UTAR (UTAREF) yang  menguruskan universiti itu diberikan pengecualian cukai, sementara universiti tersebut pula perlu membayar cukai.

Mengulas isu sama, Penganalisis politik, Profesor Dr Kartini Aboo Talib berkata tindakan Anwar itu mencerminkan usaha kerajaan untuk menyokong institusi pendidikan yang memberi sumbangan besar kepada masyarakat tanpa menjejaskan status kewangan mereka.

“Keputusan Anwar Ibrahim untuk melepaskan tuntutan saman dan penalti LHDN terhadap UTAR nampaknya berkait dengan beberapa faktor utama antaranya adalah pengecualian cukai sejak lama.

“Yayasan Pendidikan UTAR telah menerima pengecualian cukai sejak 2003 di bawah Seksyen 44(6) Akta Cukai Pendapatan 1967.

“Oleh itu, tindakan LHDN mengenakan cukai ke atas UTAR sendiri dilihat bertentangan dengan status pengecualian yang telah diberikan kepada yayasan yang memiliki universiti tersebut.

“(Faktor lain adalah kerana) Kepentingan sosial dan pendidikan iaitu UTAR adalah sebuah institusi pendidikan yang telah beroperasi lebih 20 tahun dengan tidak mengutamakan keuntungan… Ia telah memberi pendidikan kepada ramai pelajar Malaysia,” kata Kartini.

Beliau berkata keputusan Anwar untuk tidak mengenakan penalti dilihat sebagai usaha kerajaan untuk meringankan beban kewangan institusi terbabit yang memainkan peranan besar dalam pembangunan modal insan negara.

“(Faktor ketiga adalah kerana) Perbincangan berterusan di mana (Datuk Seri Dr) Wee Ka Siong (Presiden MCA) dan pengurusan UTAR telah mengadakan perbincangan dengan Kementerian Kewangan dan LHDN untuk menyelesaikan isu ini.

“Tindakan Anwar melepaskan saman ini mungkin bertujuan mengelakkan ketegangan lebih lanjut dan menyelesaikan perkara ini secara damai, memandangkan audit sebelum ini mendapati UTAR mematuhi undang-undang,” katanya. — The Merdeka Times

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *