Antarabangsa
Gempa bumi atau ujian rahsia nuklear Iran?
Spekulasi tersebar kononnya Tehran telah melakukan ujian nuklear rahsia susulan gempa bumi melanda di wilayah Semnan, Iran, minggu lalu.
- Spekulasi tersebar kononnya Tehran telah melakukan ujian nuklear rahsia susulan gempa bumi melanda di wilayah Semnan, Iran, minggu lalu.
- Euro News pada Rabu melaporkan Pusat Seismografi Universiti Tehran pada jam 10:45 malam Sabtu mengumumkan gempa bumi pada kekuatan 4.4 magnitud menggegarkan bandar Aradan di wilayah Semnan Iran, dengan gegaran itu turut dirasai di beberapa bahagian timur Tehran.
- Pusat gempa yang berlaku pada kedalaman 12 kilometer di bawah tanah direkodkan pada koordinat 35.42° utara dan 52.78° timur.
- Beberapa jam selepas berita itu tersebar, pengguna media sosial berspekulasi bahawa Tehran cuba menjalankan ujian nuklear bawah tanah pertama sebagai langkah pencegahan terhadap serangan Israel ke atas wilayahnya.
- Laporan Business Standard pula melaporkan Presiden Amerika Syarikat (AS), Joe Biden memberi amaran kepada Israel agar tidak menyerang tapak nuklear Iran dengan pegawai AS bimbang serangan ke atas infrastruktur tenaga Iran boleh mengganggu pasaran tenaga.
Spekulasi tersebar kononnya Tehran telah melakukan ujian nuklear rahsia susulan gempa bumi melanda di wilayah Semnan, Iran, minggu lalu.
Euro News pada Rabu melaporkan Pusat Seismografi Universiti Tehran pada jam 10:45 malam Sabtu mengumumkan gempa bumi pada kekuatan 4.4 magnitud menggegarkan bandar Aradan di wilayah Semnan Iran, dengan gegaran itu turut dirasai di beberapa bahagian timur Tehran.
Pusat gempa yang berlaku pada kedalaman 12 kilometer di bawah tanah direkodkan pada koordinat 35.42° utara dan 52.78° timur.
Beberapa jam selepas berita itu tersebar, pengguna media sosial berspekulasi bahawa Tehran cuba menjalankan ujian nuklear bawah tanah pertama sebagai langkah pencegahan terhadap serangan Israel ke atas wilayahnya.
Spekulasi timbul ketika pegawai-pegawai Republik Islam dan komander Pengawal Revolusi berkali-kali mengancam jika tekanan ekonomi, politik dan ketenteraan terhadap Iran meningkat, Tehran akan mengubah doktrin pertahanannya, iaitu perubahan yang memerlukan pindaan terhadap fatwa pemimpin Iran mengenai larangan senjata nuklear.
Business Standard pula melaporkan Presiden Amerika Syarikat (AS), Joe Biden memberi amaran kepada Israel agar tidak menyerang tapak nuklear Iran dengan pegawai AS bimbang serangan ke atas infrastruktur tenaga Iran boleh mengganggu pasaran tenaga.
Namun dengan jangkaan serangan balas Israel terhadap Iran pada bila-bila masa, AS mendapati jaminannya kecil dalam mengelak peningkatan konflik lebih besar.
Pasukan Biden sedang mendesak Israel mengehadkan serangan balas terhadap Iran kepada sasaran ketenteraan seperti pangkalan udara dan tapak peluru berpandu berbanding sasaran berkaitan ekonomi.
AS juga mencadangkan alternatif seperti bentuk sekatan ekonomi baru, menurut sumber rapat dengan perkara itu yang enggan dikenali atas dasar perbincangan tertutup. — The Merdeka Times