Antarabangsa
Dipaksa tanggalkan hijab, wanita Muslim saman pejabat sheriff
Seorang wanita Muslim memfailkan saman persekutuan terhadap Pejabat Sheriff Knox County di Tennessee atas dakwaan hak beragamanya dilanggar apabila dipaksa menanggalkan hijab untuk foto penahanannya (mugshot) yang kemudiannya diterbitkan atas talian.
- Seorang wanita Muslim memfailkan saman persekutuan terhadap Pejabat Sheriff Knox County di Tennessee atas dakwaan hak beragamanya dilanggar apabila dipaksa menanggalkan hijab untuk foto penahanannya (mugshot) yang kemudiannya diterbitkan atas talian.
- Layla Soliz dari Knoxville, Tennessee, Amerika Syarikat (AS) memfailkan saman itu pada Isnin tetapi ditahan pada 15 Mei 2024 semasa demonstrasi pro-Palestin di Universiti Tennessee di Knoxville, lapor Middle East Eye.
- Selepas ditahan selama beberapa jam, dia dibawa ke pusat tahanan Knox County di mana pegawai mengambil gambarnya tanpa hijab walaupun dia membantahnya.
- Mereka kemudian mengambil gambar keduanya dengan hijab yang dipakai Soliz setiap hari sebagai sebahagian daripada amalan agamanya selaku seorang Muslim.
- Menurut saman itu, seorang pegawai yang bertugas ketika itu berjanji foto tanpa tudungnya tidak akan didedahkan kepada umum, namun seorang sarjan kemudiannya memuat naik gambar itu ke laman web Pejabat Sheriff Knox County di mana ratusan orang melihatnya.
- Saman itu menuntut ganti rugi sekurang-kurangnya $250,000 (RM1.07 juta), penghapusan foto tahanan dan perubahan dasar kekal supaya insiden sama dapat dielak daripada berlaku.
Seorang wanita Muslim memfailkan saman persekutuan terhadap Pejabat Sheriff Knox County di Tennessee atas dakwaan hak beragamanya dilanggar apabila dipaksa menanggalkan hijab untuk foto penahanannya (mugshot) yang kemudiannya diterbitkan atas talian.
Layla Soliz dari Knoxville, Tennessee, Amerika Syarikat (AS) memfailkan saman itu pada Isnin tetapi ditahan pada 15 Mei 2024 semasa demonstrasi pro-Palestin di Universiti Tennessee di Knoxville, lapor Middle East Eye.
Selepas ditahan selama beberapa jam, dia dibawa ke pusat tahanan Knox County di mana pegawai mengambil gambarnya tanpa hijab walaupun dia membantahnya.
Mereka kemudian mengambil gambar keduanya dengan hijab yang dipakai Soliz setiap hari sebagai sebahagian daripada amalan agamanya selaku seorang Muslim.
Menurut saman itu, seorang pegawai yang bertugas ketika itu berjanji foto tanpa tudungnya tidak akan didedahkan kepada umum, namun seorang sarjan kemudiannya memuat naik gambar itu ke laman web Pejabat Sheriff Knox County di mana ratusan orang melihatnya.
Aduan itu mendakwa foto tersebut dimuat turun dan dikongsi di pangkalan data foto tahanan pihak ketiga yang melanggar privasi dan kepercayaan agama Soliz.
Peguam Soliz, Daniel Horwitz berkata undang-undang negeri dan persekutuan, serta dasar Knox County sendiri melindungi individu daripada pelanggaran seperti itu.
Dasar pejabat sheriff itu menghendaki foto individu yang memakai penutup kepala atas dasar agama disimpan untuk tujuan dokumentasi sahaja dan melarang penerbitan awam mereka.
Saman itu menuntut ganti rugi sekurang-kurangnya $250,000 (RM1.07 juta), penghapusan foto tahanan dan perubahan dasar kekal supaya insiden sama dapat dielak daripada berlaku.
“Layanan buruk defendan terhadap Puan Soliz dan rasa tidak hormat mereka terhadap hak agamanya telah meninggalkan kesan mendalam terhadapnya,” kata saman itu.
Pada 2023, seorang wanita Muslim, Sophia Johnston menyaman Rutherford County kerana dipaksa menanggalkan hijab untuk diambil gambar penahanannya.
Daerah itu menyelesaikan kes tersebut dan menyemak semula dasar penahanan mereka bagi menghormati amalan agama. — The Merdeka Times