Connect with us

Antarabangsa

(VIDEO) 82 peratus serangan antara Israel dan Lubnan dilakukan rejim zionis Israel

82 peratus serangan di antara Lubnan dan Israel sejak 7 Oktober tahun lalu dilakukan rejim zionis Israel, kata wartawan veteran dan pengulas politik British-Amerika, Mehdi Hasan.

WhatsApp
Facebook0
Twitter
A.R. Khan

Published

on

Foto: Wartawan veteran, Piers Morgan (kiri) & Pengulas politik British-Amerika, Mehdi Hasan (kanan).

KUALA LUMPUR — 82 peratus serangan di antara Lubnan dan Israel sejak 7 Oktober tahun lalu dilakukan rejim zionis Israel, kata wartawan veteran dan pengulas politik British-Amerika, Mehdi Hasan.

Kenyataan itu disebut Mehdi ketika membetulkan pandangan Piers Morgan mengenai punca pengeboman dilakukan kumpulan Lubnan ke arah Israel dalam rancangannya yang dimuat naik pada Jumaat di saluran YouTube Piers Morgan Uncensored.

“Ia adalah (disebabkan) Israel menduduki beberapa tanah Arab yang membawa kepada “penentangan,” “keganasan,” apa sahaja perkataannya, saya tidak kisah perkataan apa kamu mahu guna sekarang, tapi itulah puncanya. 

“Kamu ada John Mearsheimer dalam rancangan kamu yang menyebut perkara sama. Uruskan pendudukan haram dan kemudian uruskan keganasannya. 

“Dan lihat, apakah Hizbullah pernah menyerang Israel? Ya, dan saya tidak menyetujuinya.

“Tetapi realitinya adalah 82 peratus pertukaran serangan di antara Lubnan dan Israel sejak 7 Oktober dilakukan oleh Israel,” kata Mehdi dalam klip video itu. 

Mehdi turut menegaskan krisis dan konflik di wilayah itu bukan berpunca daripada kumpulan senjata Lubnan kerana sejarah membuktikan kekejaman rejim zionis dimanifestasikan sebelum kewujudan mana-mana kumpulan penentangan lagi.

“Israel adalah negara yang menduduki selatan Lubnan, segala-galanya di dunia tidak bermula pada 7 Oktober. 

“Pada 1978, Israel tawan Lubnan Selatan, pada 1982, Israel tawan Lubnan Selatan, pembunuhan beramai-ramai Sabra dan Shatilla, pada 2006 Perang Lubnan Kedua yang membunuh 100 orang,” kata Mehdi.

“Tetapi kamu selalu menggambarkannya seolah-olah mereka melakukannya hanya sekadar melakukannya, padahal tidak begitu,” kata Piers

“Jadi kenapa mereka melakukannya?” tanya Mehdi.

Piers menjawab; “Mereka diprovokasi Hizbullah,” kemudian Mehdi menjawab; “Tidak, Hizbullah tidak wujud pada 1970, Piers!”. — The Merdeka Times

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *