Antarabangsa
Wilayah Islam Mindanao di Filipina sedia untuk pilihan raya pertama
Wilayah penduduk majoriti beragama Islam Bangsamoro di Mindanao, selatan Filipina sedang bersiap sedia untuk pilihan raya demokratik pertama selepas wilayah itu mendapat autonomi, lapor agensi berita Anadolu.
- Wilayah penduduk majoriti beragama Islam Bangsamoro di Mindanao, selatan Filipina sedang bersiap sedia untuk pilihan raya demokratik pertama selepas wilayah itu mendapat autonomi, lapor agensi berita Anadolu.
- Pilihan raya bersejarah itu dijangka diadakan pada 2025.
- Wakil Turkiye dalam Pasukan Pemantau Pihak Ketiga Bangsamoro (TPMT), Huseyin Oruc memberitahu Anadolu bahawa pilihan raya wilayah pada 2025 itu akan menguji proses perdamaian yang telah lama berlangsung di selatan Filipina.
Wilayah penduduk majoriti beragama Islam Bangsamoro di Mindanao, selatan Filipina sedang bersiap sedia untuk pilihan raya demokratik pertama selepas wilayah itu mendapat autonomi, lapor agensi berita Anadolu.
Pilihan raya bersejarah itu dijangka diadakan pada 2025.
Wakil Turkiye dalam Pasukan Pemantau Pihak Ketiga Bangsamoro (TPMT), Huseyin Oruc memberitahu Anadolu bahawa pilihan raya wilayah pada 2025 itu akan menguji proses perdamaian yang telah lama berlangsung di selatan Filipina.
Oruc berkata proses perdamaian berasaskan dua tonggak – normalisasi dan politik – terus berjalan “walaupun terdapat cabaran dan masalah”.
Katanya, aspek politik berjalan seperti dirancang tetapi terdapat penangguhan dan masalah pada aspek normalisasi.
“Proses ini berjalan dalam semua dimensi. Jika pilihan raya diadakan dalam persekitaran yang selamat, Barisan Pembebasan Islam Moro (MILF) boleh memperoleh majoriti atau menghampiri majoriti dalam pilihan raya ini dan meneruskan pemerintahan.
“Jika rakyat berkata; “Kami gembira dengan kedamaian, kami gembira dengan mereka yang mentadbir Moro sejak 2019,” dan memberikan majoriti kepada parti MILF dalam pilihan raya, langkah yang lebih cepat boleh diambil dalam aspek lain, termasuk normalisasi,” kata Oruc. – The Merdeka Times