Connect with us

Antarabangsa

(VIDEO) 500,000 turun protes tebusan Israel mati di Gaza

Puluhan ribu rakyat Israel berdemonstrasi di seluruh negara haram itu pada Ahad mendesak kerajaan pimpinan Perdana Menteri, Benjamin Netanyahu melakukan perjanjian pertukaran tebusan dengan kumpulan Palestin di Gaza.

WhatsApp
Facebook0
Twitter
A.R. Khan

Published

on

Foto: Gambar sekadar hiasan.

Puluhan ribu rakyat Israel berdemonstrasi di seluruh negara haram itu pada Ahad mendesak kerajaan pimpinan Perdana Menteri, Benjamin Netanyahu melakukan perjanjian pertukaran tebusan dengan kumpulan Palestin di Gaza.

Akhbar harian Israel, Yedioth Ahronoth melaporkan ribuan penunjuk perasaan berkumpul di Jalan Begin, Tel Aviv untuk memberikan tekanan kepada Netanyahu supaya mencapai perjanjian pertukaran tawanan dengan Hamas.

Penunjuk perasaan menyekat beberapa jalan di Jerusalem, Haifa, Ashdod, Ramat Negev dan Kfar Tavor, menurut badan penyiaran awam negara Israel, KAN.

Wartawan Al Jazeera, Hamdah Salhut melaporkan demonstrasi semalam yang merupakan himpunan terbesar sejak perang itu bermula dianggarkan disertai 280,000 penunjuk perasaan di Tel Aviv dan sekitar 500,000 di seluruh Israel.

Agensi berita Turkiye, Anadolu pula melaporkan ribuan orang menganjurkan perarakan besar-besaran di depan pejabat kerajaan di Jerusalem untuk menuntut perjanjian itu bagi melindungi nyawa baki tebusan yang masih ditahan di Gaza.

Protes itu berlaku beberapa jam selepas tentera rejim Israel pada awal Ahad mengumumkan mereka menemui mayat enam tebusan warga Israel di selatan Gaza.

BBC melaporkan tentera Israel berkata enam mayat itu ditemui pada Sabtu di sebuah terowong bawah tanah di kawasan Rafah di selatan Gaza.

Tebusan dikenal pasti adalah Carmel Gat, Eden Yerushalmi, Hersh Goldberg-Polin, Alexander Lobanov, Almog Sarusi dan Sarjan Mejar Ori Danino.

Akhbar harian Israel Haaretz dengan memetik sumber Israel melaporkan tiga daripada enam tebusan itu sepatutnya dibebaskan dalam peringkat pertama perjanjian pertukaran tahanan yang sedang dirundingkan.

Tentera Israel dipetik BBC mendakwa tebusan terbabit terkorban sejurus sebelum pasukan tentera sampai kepada mereka pada Sabtu.

Insiden itu dilaporkan sebagai punca tercetusnya protes pada Ahad dengan ramai menuduh kerajaan dan Netanyahu secara peribadi gagal menyelamatkan tebusan yang masih hidup.

Beberapa penunjuk perasaan dilaporkan memanjat bas dan tong sampah untuk mendapatkan pandangan perarakan lebih baik, manakala yang lain mengepung seorang individu yang memakai topeng Netanyahu sambil melaungkan: “Hidup, hidup, kami mahu mereka hidup”. – The Merdeka Times

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *