Connect with us

Antarabangsa

UK tahan aktivis keamanan pro-Palestin Sarah Wilkinson

Aktivis hak asasi manusia Britain dan pempengaruh media sosial pro-Palestin, Sarah Wilkinson ditangkap polis UK pada Khamis lalu, dilaporkan kerana “kandungan yang dihantarnya dalam talian”.

WhatsApp
Facebook0
Twitter
Wartawan TMT

Published

on

Foto: Aktivis hak asasi manusia Britain dan pempengaruh media sosial pro-Palestin, Sarah Wilkinson.
  • Aktivis hak asasi manusia Britain dan pempengaruh media sosial pro-Palestin, Sarah Wilkinson ditangkap polis UK pada Khamis lalu, dilaporkan kerana “kandungan yang dihantarnya dalam talian”.
  • Middle East Monitor melaporkan 12 pegawai polis dari unit anti keganasan UK menyerbu rumah aktivis wanita pro-Palestin itu sebelum menahannya.
  • Menurut anaknya, Jack yang dipetik akaun media sosial Suppressed News, pegawai polis memasuki rumahnya pada 7.30 pagi dengan ada yang berpakaian biasa daripada polis anti keganasan.
  • “Mereka berkata dia ditahan kerana “kandungan yang dia hantar dalam talian”. Rumah beliau diserbu & mereka merampas semua peranti elektroniknya,” kata Jack.
  • Wilkinson dilaporkan menjadi pengkritik lantang sokongan UK terhadap rejim Israel semasa kempen pengeboman genosid (pembunuhan beramai-ramai) yang sedang berlaku di Gaza.

Aktivis hak asasi manusia Britain dan pempengaruh media sosial pro-Palestin, Sarah Wilkinson ditangkap polis UK pada Khamis lalu, dilaporkan kerana “kandungan yang dihantarnya dalam talian”.

Middle East Monitor melaporkan 12 pegawai polis dari unit anti keganasan UK menyerbu rumah aktivis wanita pro-Palestin itu sebelum menahannya.

Menurut anaknya, Jack yang dipetik akaun media sosial Suppressed News, pegawai polis memasuki rumahnya pada 7.30 pagi dengan ada yang berpakaian biasa daripada polis anti keganasan.

“Mereka berkata dia ditahan kerana “kandungan yang dia hantar dalam talian”. Rumah beliau diserbu & mereka merampas semua peranti elektroniknya,” kata Jack.

Wilkinson dilaporkan menjadi pengkritik lantang sokongan UK terhadap rejim Israel semasa kempen pengeboman genosid (pembunuhan beramai-ramai) yang sedang berlaku di Gaza.

MENA Uncensored, tempat di mana Wilkinson bekerja sebagai wartawan, mengecam penahannya Wilkinson melalui ciapan di platform X.

Mereka menyifatkan tindakan kerajaan British sebagai anti-media dan berpihak kepada entiti pendudukan Israel ekoran tindakan bodohnya menakut-nakutkan dan menindas wartawan dan aktivis hak asasi manusia.

“Kami menuntut kerajaan British boneka yang dikendalikan zionis ini membebaskan wartawan kami Sarah Wilkinson dengan segera,” kata MENA Uncensored.

Penahanan Wilkinson itu dibuat hanya seminggu selepas wartawan Richard Medhurst disoal siasat polis UK di bawah Akta Keganasan di Lapangan Terbang Heathrow dan ditahan selama hampir 24 jam. – The Merdeka Times

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *