Connect with us

Kolumnis

Isu penempatan pegawai JAKIM di jabatan kerajaan: Bantahan MCCBCHST tersalah arah, tidak berperlembagaan

Pada Isnin, 2 September 2024 laporan Malaysiakini bertajuk MCCBCHST bantah penempatan ‘pegawai Jakim di jabatan kerajaan’ telah antara lain memetik bantahan MCCBHST berkaitan penempatan pegawai-pegawai agama Islam di kesemua jabatan kerajaan, seperti berikut:

WhatsApp
Facebook0
Twitter

Published

on

Foto: Peguam kanan, Haniff Khatri Abdulla.

Pada Isnin, 2 September 2024 laporan Malaysiakini bertajuk MCCBCHST bantah penempatan ‘pegawai Jakim di jabatan kerajaan’ telah antara lain memetik bantahan MCCBHST berkaitan penempatan pegawai-pegawai  agama Islam di kesemua jabatan kerajaan, seperti berikut:

“Majlis Perundingan Malaysia bagi Buddha, Kristian, Hindu, Sikh dan Taoisme (MCCBCHST) menyuarakan bantahan mereka susulan laporan bahawa pegawai agama Islam akan ditempatkan di semua jabatan kerajaan.

Memetik laporan Daily Express, mereka membangkitkan kebimbangan berhubung laporan akhbar dari Sabah itu bahawa pegawai Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) akan ditempatkan di semua jabatan kerajaan bagi memastikan keputusan yang dibuat selari dengan prinsip Islam.

“Tindakan ini berpotensi menjejaskan jaminan  perlembagaan, termasuk hak asasi yang dilindungi oleh Perkara 5 hingga 13, yang juga membentuk struktur asas perlembagaan,” kata kumpulan itu dalam satu kenyataan.

Kenyataan MCCBCHST ditandatangani bersama oleh Presidennya Tan Hoe Chieow dan Naib-naib Presidennya, Julian Leow, Chuan Yuan, Ganesh Babu Rao dan  Sardar Jagir Singh.

“Perkara 3(1) Perlembagaan Persekutuan menyebut bahawa “Islam adalahn agama persekutuan… yang telah ditafsirkan oleh mahkamah tertinggi sebagai ‘ritual dan upacara’ Islam.

“Penglibatan JAKIM dalam penggubalan dasar kerajaan untuk memastikan ia sejajar dengan prinsip Islam adalah dalam ruang awam yang ia tidak mempunyai bidang kuasa untuk berbuat demikian.

“Selanjutnya, pencerobohan dalam ruang awam ini mungkin tidak berperlembagaan kerana ia boleh menjejaskan hak asasi yang dijamin kepada semua rakyat Malaysia. Kedudukan ini telah diselesaikan dengan baik dalam undang-undang,” kata kumpulan itu.

Ia memetik keputusan Mahkamah Agung dalam kes Che Omar Che Soh lwn Pendakwa Raya pada 1988.”

(Laporan penuh Malaysiakini 01.09.2024 bertajuk “MCCBCHST bantah penempatan ‘pegawai Jakim di jabatan kerajaan’ ” adalah dimuat naik di ruang bawah.

2. Pada hakikatnya, kegusaran dan bantahan MCCBCHST berkaitan penempatan pegawai-pegawai  agama Islam di kesemua jabatan kerajaan adalah kenyataan MCCBHST yang TERSALAH ARAH dan TIDAK BERPERLEMBAGAAN atas alasan-alasan berikut :

a. (i) Rujukan MCCBHST cuma kepada keputusan kes Mahkamah Agung CHE OMAR CHE SOH vs PENDAKWA RAYA yang diputuskan pada tahun 1988 adalah TIDAK TEPAT, dan sekurang-kurangnya tidak lengkap tanpa merujuk kepada penghakiman YAA Tun Tengku Maimun Tuan Mat dalam kes NIK ELIN BINTI NIK ABDUL RASHID & ANOR vs KERAJAAN NEGERI KELANTAN yang diputuskan pada 09.02.2023 iaitu 35 tahun selepas keputusan CHE OMAR berkenaan, iaitu pada tahun ini, di mana YAA Ketua Hakim Negara, setelah merujuk kepada penghakiman CHE OMAR sebelum itu, telah kemudiannya menambah di Perenggan 87 di sana :

“[87] What we can explain from the foregoing is this. The general legal system in Malaysia leans more towards secularity without being purely secular. What this means is that the source of our law is not purely from divine or Islamic law and the reason why we are not a purely secular State is because limited allowance has been made in the FC for the legislation and application of Islamic law.”

a. (ii) Justeru, untuk semata-mata merujuk kepada penghakiman CHE OMAR tanpa merujuk kepada penghuraian lanjut dalam penghakiman NIK ELIN, bahawa ” … we are not a purely secular State is because limited allowance has been made in the FC for the legislation and application of Islamic law.”, adalah satu rujukan yang PINCANG dan KHILAF,

a. (iii) Pada hakikatnya, untuk pihak Persekutuan mengadakan polisi kerajaan yang selari dengan prinsip syarak BUKAN BERERTI ianya adalah bertentangan ataupun “ultra vires” kepada peruntukan Perlembagaan Persekutuan, sama sekali!

b. (i) Walhal, dalam satu kes lain yang diputuskan di Mahkamah Rayuan pada tahun 2013, iaitu MENTERI DALAM NEGERI & ORS. v TITULAR ROMAN CATHOLIC ARCHBISHOP OF KUALA LUMPUR, Hakim Mahkamah Rayuan YA Abdul Aziz Ab Rahim telah membuat pengumuman di dalam Perenggan 104 di sana ;

“[104] I would add however that the position of Islam as the religion of the Federation, to my mind imposes certain obligation on the power that be to promote and defend Islam as well to protect its sanctity. In one article written by Muhammad Imam, entitled Freedom of Religion under Federal Constitution of Malaysia — A Reappraisal [1994] 2 CLJ lvii (June) referred to by learned counsel for the eighth appellant it was said that: ‘Article 3 is not a mere declaration. But it imposes positive obligation on the Federation to protect, defend, promote Islam and to give effect by appropriate state action, to the injunction of Islam and able to facilitate and encourage people to hold their life according to the Islamic injunction spiritual and daily life’.”

b. (ii) Justeru menurut kes Mahkamah Rayuan ini pula, ianya menjadi “tanggungjawab dan obligasi di pihak Persekutuan untuk melindungi, memelihara, mempromosi Islam dan memberi efek  melalui tindakan wajar di pihak berkenaan kepada perintah Islam dan membolehkan fasilitasi dan galakan kepada masyarakat untuk menjalani kehidupan berteraskan Perintah Islam, dalam amalan keagamaan mahupun kehidupan biasa”.

b. (iii) Justeru, ianya adalah tanggungjawab dan obligasi pihak Kerajaan Persekutuan, dalam mematuhi Perkara 3 Perlembagaan Persekutuan iaitu “Agama Islam adalah Agama Persekutuan” untuk Kerajaan Persekutuan membuat arahan bagi penempatan pegawai-pegawai  agama Islam di kesemua jabatan kerajaan untuk menentukan polisi dan dasar Jabatan tidak bercanggah dengan Hukum Islam, selagi semestinyalah ianya tidak mendiskriminasi rakyat Malaysia yang lain, yang mana dari sudut asasnya pun, ISLAM TIDAK MENDISKRIMINASI mana-mana penganut agama lain.

3. Sayugia, saya ucapkan SYABAS dan TAHNIAH di atas usaha Kerajaaan untuk memutuskan penempatan  pegawai-pegawai  agama Islam di kesemua jabatan kerajaan untuk menentukan polisi dan dasar Jabatan, yang bukan sahaja mencerminkan daya usaha pihak Persekutuan untuk menentukan polisi dan dasar TIDAK BERCANGGAH dengan Hukum Islam, malah ia adalah mematuhi struktur keperlembagaan negara ini. Menuruti pengumuman Mahkamah dalam kes-kes CHE OMAR seperti yang dilebarkan oleh NIK ELIN, dan dihuraikan serta diperjelaskan dalam TITULAR ROMAN CATHOLIC ARCHBISHOP OF KUALA LUMPUR.

DEMI AGAMA DAN NEGARA TERCINTA !!! – The Merdeka Times

Penulis adalah peguam kanan di Malaysia.

Penafian: Artikel yang disiarkan The Merdeka Times ini adalah pandangan peribadi penulis. Ia tidak semestinya menggambarkan pendirian Editorial The Merdeka Times dalam isu yang dikupas.

Sokong TMT media berani, benar & bebas di https://support.themerdekatimes.com/

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *