Connect with us

Antarabangsa

Biden, Blinken bersekongkol dalam genosid ke atas rakyat Palestin — Hamas

Hamas menuduh pentadbiran Amerika Syarikat (AS), termasuk Setiausaha Negara, Antony Blinken dan Presiden AS, Joe Biden, bersekongkol dalam pembunuhan beramai-ramai (genosid) dilakukan Israel terhadap rakyat Palestin, lapor Quds Press.

WhatsApp
Facebook0
Twitter
Wartawan TMT

Published

on

Foto: Setiausaha Negara AS, Antony Blinken (kiri) & Presiden AS, Joe Biden (kanan).
  • Hamas menuduh pentadbiran Amerika Syarikat (AS), termasuk Setiausaha Negara, Antony Blinken dan Presiden AS, Joe Biden, bersekongkol dalam pembunuhan beramai-ramai (genosid) dilakukan Israel terhadap rakyat Palestin, lapor Quds Press.
  • Ini susulan laporan platform siasatan kewartawanan AS, ProPublica mendakwa Blinken sengaja menyembunyikan butiran jenayah ketenteraan Israel di Gaza daripada Kongres kerana bimbang ia akan menjejaskan pembekalan senjata kepada tentera negara penjajah itu.
  • “Tindakan jenayah oleh Blinken ini menuntut ahli-ahli terhormat Kongres AS dan badan kehakiman AS untuk menyiasat perkara ini.
  • “Ia mengakibatkan kematian ribuan rakyat kami, sama ada melalui pembunuhan langsung dengan senjata Amerika atau bersekongkol dengan dasar kebuluran dan penindasan yang dilakukan entiti Zionis penjenayah yang secara terang-terangan melanggar prinsip asas undang-undang kemanusiaan antarabangsa,” kata Hamas dalam satu kenyataan akhbar dipetik MEMO pada Khamis.

Hamas menuduh pentadbiran Amerika Syarikat (AS), termasuk Setiausaha Negara, Antony Blinken dan Presiden AS, Joe Biden, bersekongkol dalam pembunuhan beramai-ramai (genosid) dilakukan Israel terhadap rakyat Palestin, lapor Quds Press.

Ini susulan laporan platform siasatan kewartawanan AS, ProPublica mendakwa Blinken sengaja menyembunyikan butiran jenayah ketenteraan Israel di Gaza daripada Kongres kerana bimbang ia akan menjejaskan pembekalan senjata kepada tentera negara penjajah itu.

“Tindakan jenayah oleh Blinken ini menuntut ahli-ahli terhormat Kongres AS dan badan kehakiman AS untuk menyiasat perkara ini.

“Ia mengakibatkan kematian ribuan rakyat kami, sama ada melalui pembunuhan langsung dengan senjata Amerika atau bersekongkol dengan dasar kebuluran dan penindasan yang dilakukan entiti Zionis penjenayah yang secara terang-terangan melanggar prinsip asas undang-undang kemanusiaan antarabangsa,” kata Hamas dalam satu kenyataan akhbar dipetik MEMO pada Khamis.

Kumpulan Palestin itu juga menyeru “institusi kehakiman antarabangsa, terutamanya Mahkamah Jenayah Antarabangsa untuk mengambil serius laporan ini dan diambil tindakan undang-undang terhadap Blinken kerana terlibat dalam kebuluran disengajakan dan pembunuhan beramai-ramai rakyat Palestin di Gaza”.

Israel sedang diadili atas tuduhan pembunuhan beramai-ramai di Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ).

Pemimpinnya juga berdepan kemungkinan dikeluarkan waran tangkap oleh Mahkamah Jenayah Antarabangsa (ICC).

Pendudukan Israel di wilayah Palestin dianggap haram oleh ICJ dan PBB menuntut agar negara apartheid itu menamatkan pendudukan haramnya dalam tempoh 12 bulan. — The Merdeka Times

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *