Connect with us

Terkini

430,000 peminjam PTPTN tidak pernah bayar hutang berdepan tindakan

Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) akan mengambil tindakan terhadap 430,000 peminjam yang tidak pernah membayar hutang membabitkan RM6 bilion.

WhatsApp
Facebook0
Twitter
Wartawan TMT

Published

on

Foto: Gambar sekadar hiasan.
  • Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir berkata sebahagian bekas pelajar itu antaranya didapati sudah bergraduasi berpuluh tahun, namun gagal membuat pembayaran walau satu sen dan jumlah mereka semakin bertambah saban tahun.
  • Sikap tidak bertanggungjawab kelompok terbabit mengakibatkan kedudukan kewangan PTPTN berada di tahap membimbangkan.
  • “Ini kategori yang tak peduli sejak hari pertama dia keluar (dari universiti), dia tak maklumkan keadaan dia, di mana dia bekerja, bagaimana dia nak (buat pembayaran semula), sepatutnya perlu bincang. Mereka tak peduli langsung untuk bayar.
  • “Saya tidak menafikan langkah susulan yang akan diambil terhadap mereka ini termasuk tindakan undang-undang,” katanya dipetik media tempatan selepas Majlis Penyerahan Wang Pendahuluan Pinjaman (WPP) PTPTN kepada 215 mahasiswa Parlimen Lumut dan Beruas di sebuah hotel di Lumut pada Sabtu.

KUALA LUMPUR — Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) akan mengambil tindakan terhadap 430,000 peminjam yang tidak pernah membayar hutang membabitkan RM6 bilion.

Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir berkata sebahagian bekas pelajar itu antaranya didapati sudah bergraduasi berpuluh tahun, namun gagal membuat pembayaran walau satu sen dan jumlah mereka semakin bertambah saban tahun.

Beliau berkata sikap tidak bertanggungjawab kelompok terbabit mengakibatkan kedudukan kewangan PTPTN berada di tahap membimbangkan.

“Ini kategori yang tak peduli sejak hari pertama dia keluar (dari universiti), dia tak maklumkan keadaan dia, di mana dia bekerja, bagaimana dia nak (buat pembayaran semula), sepatutnya perlu bincang. Mereka tak peduli langsung untuk bayar.

“Kita sudah pun membuat perbincangan secara mendalam di peringkat kabinet untuk langkah seterusnya.

“Saya tidak menafikan langkah susulan yang akan diambil terhadap mereka ini termasuk tindakan undang-undang,” katanya dipetik media tempatan selepas Majlis Penyerahan Wang Pendahuluan Pinjaman (WPP) PTPTN kepada 215 mahasiswa Parlimen Lumut dan Beruas di sebuah hotel di Lumut pada Sabtu.

Zambry berkata perincian tentang tempoh kes dan bentuk tindakan akan diambil ke atas peminjam yang culas itu akan diumumkan Pengerusi PTPTN, Datuk Seri Norliza Abdul Rahim dalam masa terdekat.

“Namun, saya ingin tegaskan sekali lagi kita tetap berhemah. Kita faham keadaan (ekonomi), tetapi saya nak supaya mereka ini datanglah (ke PTPTN) ceritakan keadaan mereka.

“Mereka juga perlulah mempunyai tanggungjawab moral kerana wang itu apabila mereka bayar balik, kita akan gunakan untuk membantu generasi yang akan datang pula,” katanya. — The Merdeka Times

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *