Connect with us

Antarabangsa

Taliban sambut ulang tahun ketiga perintah Afghanistan

Pihak berkuasa Taliban menyambut ulang tahun ketiga pemerintahannya di Afghanistan pada Rabu di tapak Pangkalan Udara Bagram, Afghanistan.

WhatsApp
Facebook0
Twitter
Wartawan TMT

Published

on

Foto: Gambar sekadar hiasan.
  • Pihak berkuasa Taliban menyambut ulang tahun ketiga pemerintahannya di Afghanistan pada Rabu di tapak Pangkalan Udara Bagram, Afghanistan.
  • Ratusan hadirin, termasuk diplomat China dan Iran, berkumpul di pangkalan itu yang terletak sekitar 40 kilometer dari kota Kabul untuk mendengar ucapan dan melihat perarakan tentera.
  • Kerajaan Taliban punyai “tanggungjawab untuk mengekalkan pemerintahan Islam, melindungi harta benda, nyawa rakyat dan maruah negara kita,” kata Perdana Menteri Emeriyah Islam Afghanistan (IEA), Mohammad Hassan Akhund, yang tidak hadir, dalam kenyataan dibacakan ketua kakitangannya dipetik France24.
  • “Pada tarikh ini, Allah mengurniakan kemenangan yang muktamad kepada bangsa Mujahid Afghanistan ke atas kuasa sombong dan penjajah antarabangsa,” kata Akhund dalam kenyataan pada Selasa.

Pihak berkuasa Taliban menyambut ulang tahun ketiga pemerintahannya di Afghanistan pada Rabu di tapak Pangkalan Udara Bagram, Afghanistan.

Ratusan hadirin, termasuk diplomat China dan Iran, berkumpul di pangkalan itu yang terletak sekitar 40 kilometer dari kota Kabul untuk mendengar ucapan dan melihat perarakan tentera.

Kerajaan Taliban punyai “tanggungjawab untuk mengekalkan pemerintahan Islam, melindungi harta benda, nyawa rakyat dan maruah negara kita,” kata Perdana Menteri Emeriyah Islam Afghanistan (IEA), Mohammad Hassan Akhund, yang tidak hadir, dalam kenyataan dibacakan ketua kakitangannya dipetik France24.

Helikopter membawa pegawai kanan Taliban ke acara di pangkalan udara terbesar di Afghanistan itu yang menjadi tonggak operasi Amerika Syarikat (AS) di negara itu selama dua dekad sebelum ini.

Tentera Taliban merampas ibu kota Kabul pada 15 Ogos 2021 selepas kerajaan disokong AS tumbang dan barisan pimpinannya melarikan diri dalam buangan.

Ulang tahun itu ditetapkan sehari lebih awal dalam kalendar Afghanistan.

“Pada tarikh ini, Allah mengurniakan kemenangan yang muktamad kepada bangsa Mujahid Afghanistan ke atas kuasa sombong dan penjajah antarabangsa,” kata Akhund dalam kenyataan pada Selasa. – The Merdeka Times

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *