Connect with us

Terkini

SPRM diminta siasat bekas timbalan menteri didakwa terlibat sindiket pemerdagangan manusia

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) diminta untuk menyiasat seorang ahli politik wanita yang juga bekas timbalan menteri didakwa terbabit sindiket pemerdagangan manusia berpusat di Myanmar sejak 2020.

WhatsApp
Facebook0
Twitter
Hidayah Sani

Published

on

Foto: Pertubuhan Kemanusiaan Masyarakat Antarabangsa Malaysia (MHO) membuat aduan kepada SPRM.
  • Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) diminta untuk menyiasat seorang ahli politik wanita yang juga bekas timbalan menteri didakwa terbabit sindiket pemerdagangan manusia berpusat di Myanmar sejak 2020.
  • Wakil Pertubuhan Kemanusiaan Masyarakat Antarabangsa Malaysia (MHO), Azirul Syafiq berkata setakat semalam juga tiada sebarang penafian dilakukan wanita terbabit, suami atau anaknya berhubung dakwaan itu susulan perkara tersebut sudah kecoh di media luar negara dan dalam negara.
  • “Boleh tengok dekat situ (Youtube tajuk “Jejak Mafia Judi Online”)dan semua bukti-bukti telah dikemukakan dan saya percaya mungkin dengan laporan dibuat hari ini (semalam) maka akan ada tindakan yang akan diambil pihak SPRM,” katanya menerusi klip video “Aduan Penglibatan Ahli Politik Malaysia di dalam Sindiket Pemerdagangan Manusia berpusat di Myanmar” yang dimuat naik di Facebook MHO Malaysia pada Rabu berlatarkan luar bangunan SPRM Putrajaya.
  • Setiausaha Agung MHO, Datuk Hishamuddin Hashim dalam satu kenyataan media bertarikh 26 Ogos memaklumkan baru-baru ini telah tular satu video pembongkaran sindiket pemerdagangan manusia tersebut di Myanmar di siaran Youtube bertajuk “Neraka Perbatasan: Jejak Mafia Judi Online dan Perbudakan Digital di Asia” yang diterbitkan Indonesia.
  • “Di dalam klip video berdurasi lebih kurang setengah jam tersebut adalah mengejutkan apabila terdapat penglibatan aktif ahli politik Malaysia di dalam kumpulan sindiket pemerdagangan manusia tersebut bersama-sama suami beliau,” kata Hishamuddin.

KUALA LUMPUR — Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) diminta untuk menyiasat seorang ahli politik wanita yang juga bekas timbalan menteri didakwa terbabit sindiket pemerdagangan manusia berpusat di Myanmar sejak 2020.

Wakil Pertubuhan Kemanusiaan Masyarakat Antarabangsa Malaysia (MHO), Azirul Syafiq berkata setakat semalam juga tiada sebarang penafian dilakukan wanita terbabit, suami atau anaknya berhubung dakwaan itu susulan perkara tersebut sudah kecoh di media luar negara dan dalam negara.

“Dia merupakan seorang wanita bekas timbalan menteri ketika zaman Najib (Datuk Seri Najib Razak) dulu dan suaminya, jadi keterlibatan mereka berdua ini secara langsung.

“Sehingga hari ini (semalam) tiada penafian dibuat oleh anak, mahupun suami atau (bekas) timbalan menteri itu sendiri kerana saya tak percaya kalau kata (bekas) timbalan menteri tidak tahu lagi yang nama dia dah kecoh dari segi media di luar negara mahupun dalam negara malah dokumentari telah pun diterbitkan di dalam Youtuber bertajuk, “Jejak Mafia Judi Online”.

“Boleh tengok dekat situ dan semua bukti-bukti telah dikemukakan dan saya percaya mungkin dengan laporan dibuat hari ini (semalam), maka akan ada tindakan yang akan diambil pihak SPRM,” katanya menerusi klip video “Aduan Penglibatan Ahli Politik Malaysia di dalam Sindiket Pemerdagangan Manusia berpusat di Myanmar” yang dimuat naik di Facebook MHO Malaysia pada Rabu berlatarkan luar bangunan SPRM Putrajaya.

Sementara itu, Setiausaha Agung MHO, Datuk Hishamuddin Hashim dalam satu kenyataan media bertarikh 26 Ogos memaklumkan baru-baru ini tular satu video pembongkaran sindiket pemerdagangan manusia tersebut di Myanmar di siaran Youtube bertajuk “Neraka Perbatasan: Jejak Mafia Judi Online dan Perbudakan Digital di Asia” yang diterbitkan Indonesia.

Ini  kerana ramai rakyat Indonesia telah menjadi mangsa sindiket terbabit yang secara terang-terangan terlibat  aktiviti jenayah pemerdagangan manusia, termasuk melakukan paksaan, penyiksaan, penjualan organ manusia dan jenayah membunuh.

“Di dalam klip video berdurasi lebih kurang setengah jam tersebut adalah mengejutkan apabila terdapat penglibatan aktif ahli politik Malaysia di dalam kumpulan sindiket pemerdagangan manusia tersebut bersama-sama suami beliau.

“Berdasarkan video tersebut menyatakan suami beliau turut memegang jawatan selaku pengerusi lembaga pengarah keselamatan di dalam syarikat Dongmei Group syarikat yang disyaki terlibat di dalam aktiviti-aktiviti jenayah di Myanmar,” kata Hishamuddin.

Hishamuddin mendakwa Dongmei Group merupakan syarikat yang telah membantu membina pusat kegiatan scammer dan pemerdagangan manusia salah satunya dikenali sebagai KK Park di bandar Myawaddy, Myanmar di mana pusat itu dijaga rapi dengan askar-askar Junta Myanmar dan mempunyai tembok pagar yang tinggi.

“Yang mengejutkan apabila terdapat penglibatan ahli politik dan orang kenamaan Malaysia di dalam pertubuhan jenayah tersebut yang bakal menimbulkan rasa tidak senang di kalangan masyarakat Malaysia kerana ramai juga antara mangsa-mangsa yang ditipu adalah dikalangan rakyat Malaysia serta tindakan mereka itu telah memalukan negara,” katanya. — The Merdeka Times

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *