Connect with us

Terkini

Petronas, Maybank & TNB ungguli carta 20 syarikat tertinggi sumbang cukai, zakat

Petronas, Maybank dan TNB muncul tangga teratas dalam carta 20 syarikat paling tinggi hasil tahun 2023 dengan jumlah keuntungan bersih dan jumlah sumbangan kepada kerajaan dalam bentuk cukai atau zakat.

WhatsApp
Facebook0
Twitter
A.R. Khan

Published

on

Foto: Gambar sekadar hiasan.
  • Petronas, Maybank dan TNB muncul tangga teratas dalam carta 20 syarikat paling tinggi hasil tahun 2023 dengan jumlah keuntungan bersih dan jumlah sumbangan kepada kerajaan dalam bentuk cukai atau zakat.
  • Carta itu diterbitkan Elzar Shariah Solution & Advisory Sdn Bhd yang dikongsikan Pengarah Urusannya, Dr Zaharuddin A. Rahman di beberapa platform media sosial.
  • Petronas muncul sebagai syarikat dengan pendapatan tertinggi di Malaysia dengan mencatatkan pendapatan RM343.3 bilion, menunjukkan keuntungan bersih terbesar iaitu RM80.7 billion dan sumbangan RM17.8 bilion dalam bentuk cukai.
  • Di tempat kedua, Malayan Banking Berhad (Maybank) mencatatkan pendapatan RM64.5 bilion dengan keuntungan bersih RM9.4 bilion, diikuti sumbangan zakat dan cukai berjumlah RM2.9 bilion.
  • Tenaga Nasional Berhad (TNB) pula berada pada kedudukan ketiga dengan pendapatan RM53.1 bilion, diikuti Sime Darby Berhad dengan RM48.3 bilion.
  • Syarikat lain yang turut tersenarai dalam carta Top 20 itu termasuk YTL Corporation Berhad, Axiata Group, Sime Darby Plantation Berhad dan RHB Berhad.

KUALA LUMPUR – Petronas, Maybank dan TNB muncul tangga teratas dalam carta 20 syarikat paling tinggi hasil tahun 2023 dengan jumlah keuntungan bersih dan jumlah sumbangan kepada kerajaan dalam bentuk cukai atau zakat.

Carta itu diterbitkan Elzar Shariah Solution & Advisory Sdn Bhd yang dikongsikan Pengarah Urusannya, Dr Zaharuddin A. Rahman di beberapa platform media sosial.

Petronas muncul sebagai syarikat dengan pendapatan tertinggi di Malaysia dengan mencatatkan pendapatan RM343.3 bilion, menunjukkan keuntungan bersih terbesar iaitu RM80.7 billion dan sumbangan RM17.8 bilion dalam bentuk cukai.

Di tempat kedua, Malayan Banking Berhad (Maybank) mencatatkan pendapatan RM64.5 bilion dengan keuntungan bersih RM9.4 bilion, diikuti sumbangan zakat dan cukai berjumlah RM2.9 bilion.

Tenaga Nasional Berhad (TNB) pula berada pada kedudukan ketiga dengan pendapatan RM53.1 bilion, diikuti Sime Darby Berhad dengan RM48.3 bilion.

Kedua-dua syarikat itu, masing-masing menyumbangkan RM770 juta dan RM484 juta dalam bentuk zakat atau cukai.

Syarikat lain turut tersenarai dalam carta Top 20 itu termasuk YTL Corporation Berhad, Axiata Group, Sime Darby Plantation Berhad dan RHB Berhad, masing-masing menyumbangkan ratusan juta ringgit dalam zakat dan cukai kepada kerajaan.

Walaupun Axiata Group mencatatkan kerugian bersih RM2.5 bilion, perusahaan itu tetap menyumbang RM651 juta dalam zakat dan cukai.

Carta Top 20 ini menunjukkan pentingnya peranan 20 syarikat tersenarai dalam ekonomi Malaysia, bukan sahaja berdasarkan hasil keuntungan besarnya semata-mata tetapi juga sumbangan signifikan kepada negara dalam bentuk cukai dan zakat. – The Merdeka Times

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *