Connect with us

Antarabangsa

Pelampau pembakar al-Quran, Rasmus Paludan didakwa atas tuduhan jenayah kebencian

Aktivis ekstremis berhaluan kanan Denmark-Sweden dan pembakar al-Quran, Rasmus Paludan didakwa atas tuduhan jenayah kebencian kerana menghasut dan menghina kumpulan etnik.

WhatsApp
Facebook0
Twitter
Wartawan TMT

Published

on

Foto: Aktivis ekstremis berhaluan kanan Denmark-Sweden dan pembakar al-Quran, Rasmus Paludan.
  • Aktivis ekstremis berhaluan kanan Denmark-Sweden dan pembakar al-Quran, Rasmus Paludan didakwa atas tuduhan jenayah kebencian kerana menghasut dan menghina kumpulan etnik.
  • Dakwaan itu berpunca daripada kenyataan Paludan mengenai umat Islam, orang Arab dan orang Afrika yang dianggap Pihak Pendakwaan Sweden (Åklagarmyndigheten) sebagai satu pelanggaran undang-undang, lapor agensi berita Sweden, TT pada Rabu.
  • Menurut kenyataan akhbar Pejabat Pendakwa Raya, tuduhan itu berkaitan dengan insiden berlaku di Malmo pada April dan September 2022.
  • “Pada penilaian saya adanya asas mencukupi untuk pendakwaan (terhadap Paludan), dan kini mahkamah daerah akan mempertimbangkan kes itu,” kata pendakwa raya kanan, Adrien Combier-Hogg dalam siaran akhbar itu.
  • Terdahulu, rusuhan tercetus di beberapa bandar di Sweden pada hujung minggu Paskah (Easter) 2022 selepas Paludan merancang untuk membakar al-Quran di pelbagai lokasi di seluruh negara.

Aktivis ekstremis berhaluan kanan Denmark-Sweden dan pembakar al-Quran, Rasmus Paludan didakwa atas tuduhan jenayah kebencian kerana menghasut dan menghina kumpulan etnik.

Dakwaan itu berpunca daripada kenyataan Paludan mengenai umat Islam, orang Arab dan orang Afrika yang dianggap Pihak Pendakwaan Sweden (Åklagarmyndigheten) sebagai satu pelanggaran undang-undang, lapor agensi berita Sweden, TT pada Rabu.

Menurut kenyataan akhbar Pejabat Pendakwa Raya, tuduhan itu berkaitan dengan insiden berlaku di Malmo pada April dan September 2022.

“Pada penilaian saya adanya asas mencukupi untuk pendakwaan (terhadap Paludan), dan kini mahkamah daerah akan mempertimbangkan kes itu,” kata pendakwa raya kanan, Adrien Combier-Hogg dalam siaran akhbar itu.

Terdahulu, rusuhan tercetus di beberapa bandar di Sweden pada hujung minggu Paskah (Easter) 2022 selepas Paludan merancang untuk membakar al-Quran di pelbagai lokasi di seluruh negara.

Pada 16 April tahun sama, beliau diberi kebenaran untuk mengadakan perhimpunan awam di Landskrona, tetapi pihak polis kemudian memindahkan acara itu ke pinggiran Malmo.

Di perhimpunan ini, Paludan mengeluarkan beberapa kenyataan mengenai umat Islam yang pihak pendakwaan menganggapnya sebagai hasutan terhadap kumpulan etnik.

Pada 6 September tahun sama, di satu lagi perhimpunan di Malmo, Paludan membuat kenyataan serupa mengenai orang Arab dan orang Afrika, yang juga dianggap sebagai hasutan terhadap kumpulan etnik oleh pihak pendakwaan. – The Merdeka Times

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *