Connect with us

Terkini

Murid tawar perniagaan seks ‘BJ’ RM10 di sekolah – Penceramah

Seorang penceramah pendidikan seksualiti keibubapaan mendakwa terdapat kes membabitkan murid lelaki tahap dua di sebuah sekolah rendah di sebuah negeri yang menawarkan khidmat seks ‘BJ’ atau ‘blowjob’ (hisap kemaluan) dengan harga RM10.

WhatsApp
Facebook0
Twitter
Hidayah Sani

Published

on

Foto: Tangkap layar hantaran Mohd Fadli di facebook.
  • Seorang penceramah pendidikan seksualiti keibubapaan mendakwa terdapat kes membabitkan murid lelaki tahap dua di sebuah sekolah rendah di sebuah negeri yang menawarkan khidmat seks ‘BJ’ atau ‘blowjob’ (hisap kemaluan) dengan harga RM10.
  • Mohd Fadhli Othman berkata ‘bisnes’ itu berlaku dalam kalangan murid lelaki dan perempuan di sekolah kebangsaan terbabit yang tidak dinyatakan lebih terperinci berkenaan latar tempat dan masa kes tersebut.
  • “Guru akademik salahkan guru Pendidikan Islam. Guru kaunseling pula tak tahu nak buat apa-apa. Guru Pendidikan Jasmani pula buntu. Katanya tak pandai nak ajar dan selitkan dengan agama Islam walaupun beragama Islam.
  • “Yang wajib kena basuh, cuci dan penyegaran adalah guru-guru. Cikgu-cikgu dari guru besar sehingga guru biasa wajib faham tentang Pendidikan Seksualiti bukan saling salah menyalahkan,” katanya menerusi hantaran di Facebook di sini pada Ahad.
  • Ditanya netizen bernama “Mah” apa itu ‘BJ’, Mohd Fadhli menerangkan ia merujuk kepada “hisap kemaluan” dan beliau tidak menulis istilah panjang kerana khuatir hantarannya disekat (banned).

KUALA LUMPUR — Seorang penceramah pendidikan seksualiti keibubapaan mendakwa terdapat kes membabitkan murid lelaki tahap dua di sebuah sekolah rendah di sebuah negeri yang menawarkan khidmat seks ‘BJ’ atau ‘blowjob’ (hisap kemaluan) dengan harga RM10.

Mohd Fadhli Othman berkata ‘bisnes’ itu berlaku dalam kalangan murid lelaki dan perempuan di sekolah kebangsaan terbabit yang tidak dinyatakan lebih terperinci berkenaan latar tempat dan masa kes tersebut.

Beliau berkata kelompok guru sepatutnya perlu memahami tentang Pendidikan Seksualiti dan bukannya saling menyalahkan antara satu sama lain selepas insiden sedemikian berlaku.

“Guru akademik salahkan guru Pendidikan Islam. Guru kaunseling pula tak tahu nak buat apa-apa. Guru Pendidikan Jasmani pula buntu. Katanya tak pandai nak ajar dan selitkan dengan agama Islam walaupun beragama Islam .

“Sekarang, sekolah ni sibuk nak cari penceramah yang boleh ‘basuh’ kepala otak murid-murid. Silap wahai guru !

“Yang wajib kena basuh, cuci dan penyegaran adalah guru-guru. Cikgu-cikgu dari guru besar sehingga guru biasa wajib faham tentang Pendidikan Seksualiti bukan saling salah menyalahkan,” katanya menerusi hantaran di Facebook di sini pada Ahad.

Mohd Fadhli berkata murid juga perlu diberi kesedaran tentang isu pendidikan seksualiti, manakala ibu bapa pula perlu dipanggil untuk ‘dibasuh’ sepenuhnya supaya elemen pendidikan seksualiti itu difahami dari rumah lagi.

Ditanya netizen bernama “Mah” apa itu ‘BJ’, Mohd Fadhli menerangkan ia merujuk kepada “hisap kemaluan” dan beliau tidak menulis istilah panjang kerana khuatir hantarannya disekat (banned).

Foto: Tangkap layar respon Mohd Fadhli membalas komen netizen di Facebook yang menyaksikan masih ramai pengguna media sosial tidak jelas tentang maksud ‘BJ’.

Tinjauan The Merdeka Times mendapati ada netizen berpandangan kes sedemikian berlaku disebabkan penggunaan media sosial, telefon dan internet secara meluas tanpa kawalan ibu bapa.

Foto: Tangkap layar komen netizen di Facebook.

Susulan kes itu, netizen mengharapkan semua pihak dapat bekerjasama untuk menangani kes sedemikian seperti guru memainkan peranan memberitahu ibu bapa bersama bukti dan saksi.

Ini berikutan terdapat sesetengah ibu bapa tidak boleh menerima kelakuan buruk anak mereka memandangkan sebilangan anak-anak juga pandai menyembunyikan perlakuan mereka. —- The Merdeka Times

Sokong TMT media berani, benar & bebas di https://support.themerdekatimes.com/

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *