Antarabangsa
Lelaki Muslim selamatkan gadis 11 tahun ditikam di London
Seorang kanak-kanak perempuan berusia 11 tahun ditikam dan tindakan penyerangnya dihentikan seorang lelaki Muslim dalam satu insiden serangan di kawasan tumpuan pelancongan di Leicester Square, London pada pagi Isnin, lapor New York Times.
- Seorang kanak-kanak perempuan berusia 11 tahun ditikam dan tindakan penyerangnya dihentikan seorang lelaki Muslim dalam satu insiden serangan di kawasan tumpuan pelancongan di Leicester Square, London pada pagi Isnin, lapor New York Times.
- Kanak-kanak itu dibawa ke hospital, kata polis dalam satu hantaran di media sosial, menjelaskan bahawa gadis itu memerlukan rawatan hospital tetapi kecederaan dialaminya tidak mengancam nyawa.
- Seorang lelaki Muslim bekerja sebagai pengawal keselamatan di sebuah kedai teh berkata dia melihat serangan tersebut dan masuk campur setelah gadis itu dicederakan.
- BBC mengenal pasti pekerja Muslim itu sebagai seorang lelaki berusia 29 tahun bernama Abdullah.
- Dia memberitahu BBC dan agensi berita Press Association bahawa dia menangkap penyerang tersebut, merampas dan menendang jauh pisau sebelum dia dan beberapa orang lain menahan lelaki itu sehingga ketibaan polis.
- Suspek, Ioan Pintaru, 32, telah ditangkap di tempat kejadian dan polis berkata mereka percaya tiada suspek lain selainnya.
- Insiden itu berlaku tepat dua minggu selepas serangan pisau membawa maut di Southport, berhampiran Liverpool, yang mengakibatkan kematian tiga kanak-kanak perempuan dan mencederakan lapan kanak-kanak lain serta dua orang dewasa.
Seorang kanak-kanak perempuan berusia 11 tahun ditikam dan tindakan penyerangnya dihentikan seorang lelaki Muslim dalam satu insiden serangan di kawasan tumpuan pelancongan di Leicester Square, London pada pagi Isnin, lapor New York Times.
Kanak-kanak itu dibawa ke hospital, kata polis dalam satu hantaran di media sosial, menjelaskan bahawa gadis itu memerlukan rawatan hospital tetapi kecederaan dialaminya tidak mengancam nyawa.
Seorang lelaki Muslim bekerja sebagai pengawal keselamatan di sebuah kedai teh berkata dia melihat serangan tersebut dan masuk campur setelah gadis itu dicederakan.
BBC mengenal pasti pekerja Muslim itu sebagai seorang lelaki berusia 29 tahun bernama Abdullah.
Dia memberitahu BBC dan agensi berita Press Association bahawa dia menangkap penyerang tersebut, merampas dan menendang jauh pisau sebelum dia dan beberapa orang lain menahan lelaki itu sehingga ketibaan polis.
“Saya hanya melihat seorang kanak-kanak yang sedang ditikam, dan saya hanya cuba menyelamatkannya,” katanya dalam satu temu bual.
Suspek, Ioan Pintaru, 32, telah ditangkap di tempat kejadian dan polis berkata mereka percaya tiada suspek lain selainnya.
Polis pada Selasa mengumumkan seorang lelaki didakwa dengan cubaan membunuh selepas menikam seorang kanak-kanak perempuan berusia 11 tahun pada Isnin di Leicester Square, London.
Insiden itu berlaku tepat dua minggu selepas serangan pisau membawa maut di Southport, berhampiran Liverpool, yang mengakibatkan kematian tiga kanak-kanak perempuan dan mencederakan lapan kanak-kanak lain serta dua orang dewasa.
Dalam beberapa hari selepas serangan di Southport, rusuhan melibatkan ratusan penunjuk perasaan haluan kanan anti-imigran meletus di beberapa bandar selepas tersebarnya maklumat palsu di media sosial kononnya suspek serangan pisau di kelas tarian kanak-kanak di Southport itu adalah seorang imigran Muslim.
Bagaimanapun, pihak berkuasa UK mengenal pasti penyerang itu sebagai Axel Rudakubana, seorang remaja 17 tahun dilahirkan di Cardiff kepada ibu dan bapa beragama Kristian dari Rwanda, tetapi fakta itu tidak menghentikan kumpulan rusuhan terbabit. – The Merdeka Times