Connect with us

Antarabangsa

Kerajaan wilayah Aichi Jepun didesak putuskan hubungan dengan Israel

Penunjuk perasaan berkumpul di hadapan pejabat kerajaan wilayah Aichi di Jepun menuntut pembatalan perkongsian perniagaan dengan syarikat pemula (startup) Israel.

WhatsApp
Facebook0
Twitter
Wartawan TMT

Published

on

Foto: Penunjuk perasaan berkumpul di hadapan pejabat kerajaan wilayah (Prefektur) Aichi di Jepun.
  • Penunjuk perasaan berkumpul di hadapan pejabat kerajaan wilayah Aichi di Jepun menuntut pembatalan perkongsian perniagaan dengan syarikat pemula (startup) Israel.
  • Mereka menyatakan perkongsian itu adalah tindakan menyokong genosid (pembunuhan beramai-ramai) rejim Israel ke atas warga Palestin di Gaza, lapor agensi berita Anadolu.
  • Pada 2022, wilayah itu menandatangani perjanjian dengan Pihak Berkuasa Inovasi Israel untuk syarikat-syarikat di wilayah itu bekerjasama dengan syarikat pemula Israel dalam pembangunan perniagaan baru dan penyelesaian masalah.
  • Tahun lalu, enam syarikat wilayah Aichi, termasuk industri pengilang makanan dan alat ganti, menandatangani perjanjian dengan tujuh syarikat Israel melalui program padanan berdasarkan memorandum persefahaman.

Penunjuk perasaan berkumpul di hadapan pejabat kerajaan wilayah Aichi di Jepun menuntut pembatalan perkongsian perniagaan dengan syarikat pemula (startup) Israel.

Mereka menyatakan perkongsian itu adalah tindakan menyokong genosid (pembunuhan beramai-ramai) rejim Israel ke atas warga Palestin di Gaza, lapor agensi berita Anadolu.

“Saya mahu genosid Israel terhadap Gaza dihentikan. Sekarang wilayah Aichi terus bekerjasama dengan syarikat-syarikat Israel dalam projek-projeknya, kita harus mengarahkan protes kita ke pejabat wilayah,” kata profesor universiti dan pakar isu Palestin, Miyuki Kinjo kepada penunjuk perasaan dipetik media tempatan pada Ahad.

Di sekeliling beliau, beberapa sukarelawan mengedarkan risalah tertulis “Prefektur (wilayah) Aichi mesti menghentikan kerjasama perniagaan dengan Israel,” lapor akhbar harian tempatan, The Mainichi.

Wilayah Aichi yang mempunyai industri pembuatan yang berkembang memberi tumpuan kepada pembangunan perniagaan baru untuk mencipta industri baru, termasuk pembukaan pusat sokongan syarikat pemula terbesar di Jepun, “Station Ai” di Nagoya pada musim luruh ini.

Pada 2022, wilayah itu menandatangani perjanjian dengan Pihak Berkuasa Inovasi Israel untuk syarikat-syarikat di wilayah itu bekerjasama dengan syarikat pemula Israel dalam pembangunan perniagaan baru dan penyelesaian masalah.

Tahun lalu, enam syarikat wilayah Aichi, termasuk industri pengilang makanan dan alat ganti, menandatangani perjanjian dengan tujuh syarikat Israel melalui program padanan berdasarkan memorandum persefahaman. – The Merdeka Times

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *