Connect with us

Terkini

Kerajaan tetap laksana lesen media sosial, pesanan internet – Fahmi

Kerajaan Madani tidak akan menangguhkan pelaksanaan kerangka kawal selia untuk melesenkan perkhidmatan media sosial dan pesanan internet mulai 1 Januari 2025.

WhatsApp
Facebook0
Twitter
Wartawan TMT

Published

on

Foto: Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil.
  • Kerajaan Madani tidak akan menangguhkan pelaksanaan kerangka kawal selia untuk melesenkan perkhidmatan media sosial dan pesanan internet mulai 1 Januari 2025.
  • Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil menyifatkan tindakan Gabungan Internet Asia (AIC) mengutuskan surat terbuka, termasuk kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berhubung perkara itu sebagai pelik.
  • “Saya berpendirian dalam perbincangan saya bersama wakil syarikat (platform media sosial dan pesanan internet) sewaktu bertemu di Singapura (baru-baru ini), mereka menyatakan pandangan yang positif dan saya kekal dengan pendirian itu,” katanya dipetik media tempatan pada sidang media selepas menghadiri majlis Temu Mesra Masyarakat Kampung Orang Asli Kelinsing di Sepang, semalam.
  • AIC menerusi surat terbuka kepada Perdana Menteri meminta Kerajaan Madani untuk menangguhkan dan mempertimbangkan dengan teliti rancangan pelaksanaan pelesenan platform media sosial.
  • Ia mendakwa langkah pelesenan itu tidak boleh dilaksanakan bagi industri berkenaan dan akan memberi kesan buruk kepada inovasi dengan meletakkan beban tidak wajar kepada perniagaan.

KUALA LUMPUR — Kerajaan Madani tidak akan menangguhkan pelaksanaan kerangka kawal selia untuk melesenkan perkhidmatan media sosial dan pesanan internet mulai 1 Januari 2025.

Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil menyifatkan tindakan Gabungan Internet Asia (AIC) mengutuskan surat terbuka, termasuk kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berhubung perkara itu sebagai pelik.

“Saya berpendirian dalam perbincangan saya bersama wakil syarikat (platform media sosial dan pesanan internet) sewaktu bertemu di Singapura (baru-baru ini), mereka menyatakan pandangan yang positif dan saya kekal dengan pendirian itu.

“Ia agak pelik malah agak janggal apabila (syarikat) Grab mengeluarkan kenyataan, mereka tak ada kaitan (dengan surat diutuskan AIC), tak dibincang dan ini kita serah kepada AIC untuk menjawab,” katanya dipetik media tempatan pada sidang media selepas menghadiri majlis Temu Mesra Masyarakat Kampung Orang Asli Kelinsing di Sepang, semalam.

Terdahulu, AIC menerusi surat terbuka kepada Perdana Menteri meminta Kerajaan Madani untuk menangguhkan dan mempertimbangkan dengan teliti rancangan pelaksanaan pelesenan platform media sosial.

AIC mendakwa langkah pelesenan itu tidak boleh dilaksanakan bagi industri berkenaan dan akan memberi kesan buruk kepada inovasi dengan meletakkan beban tidak wajar kepada perniagaan.

Surat dengan isi kandungan sama bertarikh 23 Ogos lalu pada awalnya menamakan (meletakkan logo) 17 syarikat, termasuk Meta, Google, Apple, Grab dan X, sebelum dipinda (tanpa logo syarikat berkenaan) kelmarin.

Fahmi pada Julai lalu dilaporkan berkata dalam pertemuannya dengan wakil pelbagai platform semasa lawatan kerja tiga hari di Singapura, mereka mengakui keperluan mematuhi undang-undang Malaysia dan bersedia untuk turut serta dalam proses berkenaan.

Di Singapura, Fahmi bertemu dengan pegawai daripada pelbagai platform media sosial seperti Meta, Google, TikTok dan Tencent untuk menyampaikan kepada mereka mengenai kerangka kawal selia baharu dan membincangkan keselamatan dalam talian serta potensi kerjasama untuk memerangi aktiviti haram di platform berkenaan.

Mengulas lanjut, Fahmi menegaskan beliau sentiasa bersikap terbuka dan bersedia untuk berjumpa dengan AIC.

“Saya dimaklumkan MCMC (Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia) sudah bertemu dengan AIC pada Mei lalu kemudian AIC minta masa sebulan untuk mereka sampaikan pandangan kepada MCMC tetapi mereka minta pula dilanjutkan, bukan sekali tapi beberapa kali.

“AIC tidak mewakili semua, mereka mewakili sejumlah, malah ada kita lihat dalam surat asal, saya lihat ada syarikat yang tiada kaitan langsung yang mana satu daripada 17 syarikat yang logo mereka tertera dalam surat pertama iaitu FedEx, tapi FedEx memang sudah dilesenkan oleh MCMC sebelum ini,” katanya. — The Merdeka Times

Author