Antarabangsa
Jualan McDonald’s turun kali pertama tempoh 4 tahun
McDonald’s terus mencatatkan penurunan jualan dalam suku kedua tahun ini untuk kali pertama dalam tempoh hampir empat tahun, demikian menurut laporan kenyataan kewangan pada 29 Julai lalu dipetik agensi berita Anadolu.
- McDonald’s terus mencatatkan penurunan jualan dalam suku kedua tahun ini untuk kali pertama dalam tempoh hampir empat tahun, demikian menurut laporan kenyataan kewangan pada 29 Julai lalu dipetik agensi berita Anadolu.
- Ia merekodkan pendapatan bersih $2.02 bilion bagi tempoh April-Jun tahun ini, menurun 12.5 peratus daripada $2.31 bilion dalam tempoh sama tahun lalu.
- “Jualan global setanding menurun 1.0 peratus, mencerminkan penurunan jualan rentas semua segmen,” demikian menurut kenyataan itu, menandakan penurunan pertama sejak suku keempat tahun 2020.
- Jualan di Amerika Syarikat pula dilaporkan menurun sebanyak 0.7 peratus dan segmen pengendalian pasaran antarabangsa merosot 1.1 peratus, manakala segmen pasaran lesen pembangunan antarabangsa menurun 1.3 peratus.
- Hasil pendapatan McDonald’s direkodkan hampir tidak berubah iaitu $6.49 bilion, berbanding hampir $6.5 bilion dalam tempoh itu.
McDonald’s terus mencatatkan penurunan jualan dalam suku kedua tahun ini untuk kali pertama dalam tempoh hampir empat tahun, demikian menurut laporan kenyataan kewangan pada 29 Julai lalu dipetik agensi berita Anadolu.
Ia merekodkan pendapatan bersih $2.02 bilion bagi tempoh April-Jun tahun ini, menurun 12.5 peratus daripada $2.31 bilion dalam tempoh sama tahun lalu.
“Jualan global setanding menurun 1.0 peratus, mencerminkan penurunan jualan rentas semua segmen,” demikian menurut kenyataan itu, menandakan penurunan pertama sejak suku keempat tahun 2020.
Jualan di Amerika Syarikat pula dilaporkan menurun sebanyak 0.7 peratus dan segmen pengendalian pasaran antarabangsa merosot 1.1 peratus, manakala segmen pasaran lesen pembangunan antarabangsa menurun 1.3 peratus.
Hasil pendapatan McDonald’s direkodkan hampir tidak berubah iaitu $6.49 bilion, berbanding hampir $6.5 bilion dalam tempoh itu.
“Kesan berterusan dari perang di Timur Tengah dan penurunan jualan setanding di China melebihi imbangan jualan positif di Amerika Latin dan Jepun,” kata kenyataan kewangan itu.
Pada Mac lalu, Jordan News melaporkan Ketua Pegawai Kewangan (CFO) McDonald’s, Ian Borden mengumumkan kesan boikot terhadap jualan di rantau Arab dan dunia Islam telah menyebabkan kerugian kewangan kira-kira $7 bilion dalam beberapa jam. – The Merdeka Times