Antarabangsa
Insiden anti-Islam di AS melonjak 70 peratus
Amerika Syarikat (AS) mempamerkan lonjakan 70 peratus dalam insiden anti-Muslim pada 2024 di tengah-tengah peperangan ke atas Gaza.
- Amerika Syarikat (AS) dilihat mempamerkan lonjakan 70 peratus dalam insiden anti-Muslim pada 2024 di tengah-tengah peperangan ke atas Gaza.
- Negara itu memperlihatkan lonjakan 70 peratus dalam diskriminasi dan serangan terhadap umat Islam dan Palestin pada separuh tahun pertama 2024, kata kumpulan advokasi pada Selasa dipetik Daily Sabah.
- Majlis Hubungan Amerika-Islam (CAIR) menyalahkan serangan genosid (pembunuhan beramai-ramai) rejim Israel ke atas Gaza sebagai punca berlakunya peningkatan Islamofobia.
- Penyokong hak asasi manusia melaporkan peningkatan global Islamofobia, bias anti-Palestin dan anti-semitisme sejak meletusnya perang Oktober lalu.
- Dalam enam bulan pertama 2024, CAIR berkata ia menerima 4,951 aduan insiden anti-Muslim dan anti-Palestin, catatan peningkatan hampir 70 peratus berbanding tempoh sama pada 2023.
Amerika Syarikat (AS) mempamerkan lonjakan 70 peratus dalam insiden anti-Muslim pada 2024 di tengah-tengah peperangan ke atas Gaza.
Negara itu memperlihatkan lonjakan 70 peratus dalam diskriminasi dan serangan terhadap umat Islam dan Palestin pada separuh tahun pertama 2024, kata kumpulan advokasi pada Selasa dipetik Daily Sabah.
Majlis Hubungan Amerika-Islam (CAIR) menyalahkan serangan genosid (pembunuhan beramai-ramai) rejim Israel ke atas Gaza sebagai punca berlakunya peningkatan Islamofobia.
Penyokong hak asasi manusia melaporkan peningkatan global Islamofobia, bias anti-Palestin dan anti-semitisme sejak meletusnya perang Oktober lalu.
Dalam enam bulan pertama 2024, CAIR berkata ia menerima 4,951 aduan insiden anti-Muslim dan anti-Palestin, catatan peningkatan hampir 70 peratus berbanding tempoh sama pada 2023.
Kebanyakan aduan jatuh dalam kategori imigresen dan suaka, diskriminasi pekerjaan, diskriminasi pendidikan dan jenayah kebencian, kata CAIR.
Pada 2023, CAIR mencatatkan 8,061 aduan sedemikian, termasuk sekitar 3,600 dalam tempoh tiga bulan terakhir selepas tercetusnya peperangan.
Insiden mengejut di AS dalam tempoh sembilan bulan lalu, termasuk insiden tikaman maut Oktober lalu ke atas kanak-kanak Palestin-Amerika berusia 6 tahun di Illinois, insiden tikaman pada Februari melibatkan seorang lelaki Palestin-Amerika di Texas, insiden tembakan tiga pelajar berketurunan Palestin di Vermont pada November dan percubaan melemaskan seorang kanak-kanak perempuan Palestin-Amerika berusia 3 tahun pada Mei.
Terdapat banyak protes yang diadakan AS, iaitu negara sekutu utama Israel berkenaan perang di Gaza sejak Oktober.
CAIR turut melaporkan tindakan keras pasukan polis dan pihak berkuasa universiti terhadap penunjuk perasaan pro-Palestin dan protes perkhemahan mereka di kampus.
CAIR berkata ia mengumpul kiraan dengan menyemak kenyataan dan video awam serta laporan daripada panggilan awam, e-mel dan sistem aduan dalam talian selain turut menghubungi individu yang insidennya dilaporkan media. – The Merdeka Times