Terkini
Dakwaan orang Kristian menyamar jadi Muslim dalam program Street Dakwah MRM bersifat jahat
Dakwaan tular di media sosial mengaitkan sekumpulan pelajar mengikuti program Street Dakwah anjuran Multiracial Reverted Muslims (MRM) pada 2018 menggunakan tema ‘Muslims Love Jesus’ sebagai orang Kristian yang menyamar menjadi orang Islam adalah dakwaan jahat.
- Dakwaan tular di media sosial mengaitkan sekumpulan pelajar mengikuti program Street Dakwah anjuran Multiracial Reverted Muslims (MRM) pada 2018 menggunakan tema ‘Muslim Love Jesus’ sebagai orang Kristian yang menyamar menjadi orang Islam adalah dakwaan jahat.
- Bekas Yang Dipertua Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM), Nasrudin Hassan at Tantawi berkata dakwaan itu bukan timbul disebabkan wujudnya kekeliruan kerana tiada apa yang hendak dikelirukan dengan penggunaan perkataan Jesus dalam program tersebut.
- “Semua orang tahu Jesus itu ialah Nabi Isa Alaihis Salam. Semua Muslim tahu Nabi Isa a.s adalah utusan Allah, maka tiada apa yang salah dan tiada apa yang keliru pada perkataan “We Love Jesus”.
- “Mereka menggerakkan Street Dakwah dengan tema We Love Jesus itu atas beberapa tujuan antaranya membetulkan kepercayaan bahawa Nabi Isa itu adalah Nabi utusan Allah, bukan tuhan atau anak tuhan,” katanya kepada The Merdeka Times di sini pada Jumaat.
- Nasrudin berkata apa yang berlaku hari ini menjadi bukti bahawa kerja dakwah, termasuk Street Dakwah, masih perlu diperluaskan dan digerak aktif di semua peringkat.
KUALA LUMPUR — Dakwaan tular di media sosial mengaitkan sekumpulan pelajar mengikuti program Street Dakwah anjuran Multiracial Reverted Muslims (MRM) pada 2018 menggunakan tema ‘Muslims Love Jesus’ sebagai orang Kristian yang menyamar menjadi orang Islam adalah dakwaan jahat.
Bekas Yang Dipertua Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM), Nasrudin Hassan at Tantawi berkata dakwaan itu bukan timbul disebabkan wujudnya kekeliruan kerana tiada apa yang hendak dikelirukan dengan penggunaan perkataan Jesus dalam program tersebut.
Nasrudin yang pernah menjadikan MRM sebagai rakan kerja dakwah YADIM berkata, program Street Dakwah (dakwah jalanan) “We Love Jesus” pada waktu itu adalah seiring dengan gerakan Street Dakwah di peringkat antarabangsa.
“Semua orang tahu Jesus itu ialah Nabi Isa Alaihis Salam. Semua Muslim tahu Nabi Isa a.s adalah utusan Allah, maka tiada apa yang salah dan tiada apa yang keliru pada perkataan “We Love Jesus”.
“Mereka menggerakkan street dakwah dengan tema We Love Jesus itu atas beberapa tujuan antaranya membetulkan kepercayaan bahawa Nabi Isa itu adalah Nabi utusan Allah, bukan tuhan atau anak tuhan.
“Selain membawa risalah keharmonian kaum kerana saat dakwah ini diketengahkan, berlaku isu terrorisme, Islamophobia dan salah faham yang ketara sehingga berlaku pertelagahan antara kaum juga melibatkan Islam dan Kristian.
“Justeru, pendakwah-pendakwah Islam antarabangsa membawa tune dakwah sedemikian untuk reduce suhu pertelagahan,” katanya kepada The Merdeka Times di sini pada Jumaat.
Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas tentang dakwaan yang tular di media sosial mengatakan kelompok pelajar yang mengikuti program Street Dakwah MRM dan menyebarkan risalah kepada orang awam adalah orang Kristian yang menyamar sebagai orang Islam disebabkan penggunaan perkataan Jesus.
Video tular pada Selasa (27 Ogos 2024) itu memaparkan sekumpulan pelajar wanita berpakaian muslimah mengedarkan risalah bertulis ‘Muslim Cintai Jesus’ kepada orang awam yang sedang menaiki kenderaan.
Video itu memberi amaran supaya masyarakat berhati-hati dengan kelompok pelajar terbabit yang kononnya melakukan penyebaran agama Kristian dengan memanfaatkan pakaian Islam.
Perkara itu dinafikan Pengasas MRM, Firdaus Wong Wai Hung yang menegaskan dakwaan berkenaan adalah satu tuduhan berat dan meminta pihak menularkan perkara tersebut supaya bertabayyun (menyemak asas kebenarannya), bukan ‘tibaiyyun’.
Mengulas lanjut, Nasrudin berkata apa yang berlaku hari ini menjadi bukti bahawa kerja dakwah, termasuk Street Dakwah, masih perlu diperluaskan dan digerak aktif di semua peringkat.
“Masyarakat masih perlu bimbingan. Sebahagian mereka masih perlu “dirawat” agar tidak lagi mudah menjadi mangsa manipulasi pihak tertentu yang terus menerus mahu menempel imej negatif pada gerakan dakwah.
“Era ini, cabaran dakwah makin mencabar. Subjek dakwah menjadi semakin rumit. Agen dakwah semakin mengurang. Tak ramai yang mahu ambil risiko di medan dakwah.
“Method (kaedah) dakwah juga perlu kepada kreativiti yang tajam dan halus untuk menembusi ruang dan peluang dakwah hari ini.
“Kepada sebahagian masyarakat yang masih ada nilai kasih pada agama, masih ada secebis kesedaran dan insaf bahawa kerja-kerja dakwah perlu dukungan padu dari semua pihak, maka tampillah… Berilah sokongan terbuka,” kata Nasrudin. — The Merdeka Times