Connect with us

Antarabangsa

Barat dituntut hentikan sekatan ke atas Afghanistan

Tokoh-tokoh kanan dari seluruh diaspora Afghanistan berkumpul di London, United Kingdom (UK) untuk satu persidangan besar membincangkan bagaimana Afghanistan dapat menghentikan sekatan Barat dan membina semula negara bekas perang itu.

WhatsApp
Facebook0
Twitter
Wartawan TMT

Published

on

Foto: Tokoh-tokoh kanan dari seluruh diaspora Afghanistan berkumpul di London, United Kingdom (UK).
  • Tokoh-tokoh kanan dari seluruh diaspora Afghanistan berkumpul di London, United Kingdom (UK) untuk satu persidangan besar membincangkan bagaimana Afghanistan dapat menghentikan sekatan Barat dan membina semula negara bekas perang itu.
  • 5Pillars pada Sabtu melaporkan acara bertajuk “peranan pendidikan wanita dan hak bekerja dalam membuka jalan kepada keamanan dan pembangunan mampan” itu mengumpulkan ramai pakar, sarjana dan pemimpin mewakili kumpulan-kumpulan bebas Afghanistan.
  • Acara itu dianjurkan JIRGA iaitu sebuah kumpulan diaspora Afghanistan diketuai individu-individu bebas Afghanistan dan badan bukan kerajaan (NGO).
  • “Kami mewakili sebuah gerakan antarabangsa Afghanistan dan kami cuba menarik perhatian komuniti antarabangsa terhadap situasi di Afghanistan, masalah ekonomi disebabkan sekatan dan mencari penyelesaian melalui dialog dan persidangan seperti ini,” kata penganjur acara, Habibullah Ghafari kepada 5Pillars.
  • Kesan buruk sekatan Barat terhadap rakyat Afghanistan turut menjadi tema utama persidangan diaspora Afghanistan itu, kata Ghafari.

Tokoh-tokoh kanan dari seluruh diaspora Afghanistan berkumpul di London, United Kingdom (UK) untuk satu persidangan besar membincangkan bagaimana Afghanistan dapat menghentikan sekatan Barat dan membina semula negara bekas perang itu.

5Pillars pada Sabtu melaporkan acara bertajuk “peranan pendidikan wanita dan hak bekerja dalam membuka jalan kepada keamanan dan pembangunan mampan” itu mengumpulkan ramai pakar, sarjana dan pemimpin mewakili kumpulan-kumpulan bebas Afghanistan.

Acara itu dianjurkan JIRGA iaitu sebuah kumpulan diaspora Afghanistan diketuai individu-individu bebas Afghanistan dan badan bukan kerajaan (NGO).

“Kami mewakili sebuah gerakan antarabangsa Afghanistan dan kami cuba menarik perhatian komuniti antarabangsa terhadap situasi di Afghanistan, masalah ekonomi disebabkan sekatan dan mencari penyelesaian melalui dialog dan persidangan seperti ini,” kata penganjur acara, Habibullah Ghafari kepada 5Pillars.

Ghafari berkata kesan buruk sekatan Barat terhadap rakyat Afghanistan turut menjadi tema utama persidangan diaspora Afghanistan itu.

Namun, salah satu keluhan berterusan terhadap pemerintahan Emeriyah Islam Afghanistan (IEA) adalah berkenaan keputusan kerajaan semasa menyekat pendidikan pelajar perempuan melebihi tahun enam (sekolah rendah).

Langkah itu menimbulkan reaksi balas masyarakatbantarabangsa dengan ramai dalam kalangan dunia Islam turut mengkritiknya.

Ibrahim Alam, yang melawat Afghanistan sebagai sebahagian daripada delegasi diaspora Afghan JIRGA pada 2023, menjelaskan bagaimana delegasinya berusaha melobi kerajaan semasa agar mengubah pendirian mereka terhadap pendidikan perempuan, yang mereka harapkan dapat membantu negara asing untuk mula bekerjasama dengan IEA.

“Kami pergi ke Afghanistan, bertemu beberapa anggota tertinggi dan kami membincangkan pelbagai isu dengan mereka, termasuk pendidikan kanak-kanak perempuan. 

“Kami menasihati mereka untuk membenarkan kanak-kanak perempuan kembali ke sekolah dan juga membenarkan wanita bekerja. Mereka menerima kami dengan baik dan mendengar pandangan kami.

“Kami bercadang untuk kembali dalam masa terdekat dan meneruskan perbincangan,” katanya.

Walaupun terdapat perbezaan pendapat mengenai pendidikan wanita, penceramah persidangan menekankan bahawa penyelesaian kepada isu-isu di Afghanistan adalah melalui komunikasi antara rakyat Afghanistan yang “benar dan jujur,” bukannya melalui sekatan atau perang. – The Merdeka Times

 

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *