Connect with us

Terkini

Amaran buat kerajaan usah tunduk desakan ratifikasi ICERD – Ketua Penerangan PAS

Kerajaan Madani pimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim diberi amaran supaya tidak tunduk kepada desakan yang meminta kerajaan untuk meratifikasi Konvensyen Antarabangsa mengenai Penghapusan Segala Bentuk Diskriminasi Kaum (ICERD).

WhatsApp
Facebook0
Twitter
Hidayah Sani

Published

on

Foto: Ketua Penerangan PAS, Ahmad Fadhli Shaari.
  • “Amaran kepada kerajaan agar jangan sesekali tunduk kepada desakan untuk ratifikasi ICERD, jika tidak kerajaan akan berdepan dengan kebangkitan penentangan besar-besaran rakyat termasuklah himpunan sejuta ummah di ibu negara,” kata Ketua Penerangan PAS, Ahmad Fadhli Shaari kepada The Merdeka Times di sini hari ini.
  • Beliau merespon kepada kenyataan Pengerusi Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (SUHAKAM), Datuk Seri Mohd Hishamudin Yunus yang baru-baru ini, dilaporkan berharap Malaysia akan meratifikasi ICERD dan Konvensyen Pelarian 1951 dalam tempoh penggalnya.
  • Cadangan untuk meratifikasikan ICERD pernah menyebabkan kebangkitan penentangan ratusan ribu orang di ibu negara di sini sekitar tahun 2018, susulan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, P Waytha Moorthy menyatakan kerajaan akan meratifikasi atau mengesahkan enam bentuk perjanjian antarabangsa, termasuk ICERD dalam suku pertama tahun depan.

KUALA LUMPUR — Kerajaan Madani pimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim diberi amaran supaya tidak tunduk kepada desakan yang meminta kerajaan untuk meratifikasi Konvensyen Antarabangsa mengenai Penghapusan Segala Bentuk Diskriminasi Kaum (ICERD).

Ketua Penerangan PAS, Ahmad Fadhli Shaari memberikan amaran itu susulan Pengerusi Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (SUHAKAM), Datuk Seri Mohd Hishamudin Yunus baru-baru ini, dilaporkan berharap Malaysia akan meratifikasi ICERD dan Konvensyen Pelarian 1951 dalam tempoh penggalnya.

Ahmad Fadhli  yang juga Ahli Parlimen Pasir Mas berkata, jika kerajaan tunduk kepada desakan itu maka ia akan berdepan dengan bantahan besar-besaran daripada rakyat, termasuk himpunan sejuta ummah di ibu negara.

“Amaran kepada kerajaan agar jangan sesekali tunduk kepada desakan untuk ratifikasi ICERD, jika tidak kerajaan akan berdepan dengan kebangkitan penentangan besar-besaran rakyat termasuklah himpunan sejuta ummah di ibu negara,” katanya kepada The Merdeka Times di sini hari ini.

Difahamkan, Konvensyen Antarabangsa itu telah berfungsi sejak Januari 1969 dan  hampir seluruh negara di dunia ini meratifikasikannya, namun Malaysia adalah satu daripada dua negara majoriti Islam di dunia yang belum meratifikasi ICERD – satu lagi ialah Brunei.

Cadangan untuk meratifikasikan ICERD pernah menyebabkan kebangkitan penentangan ratusan ribu orang di ibu negara di sini sekitar tahun 2018, susulan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, P Waytha Moorthy menyatakan kerajaan akan meratifikasi atau mengesahkan enam bentuk perjanjian antarabangsa, termasuk ICERD dalam suku pertama 2019.

Pada 27 Oktober 2018, P. Waytha Moorthy dilaporkan berkata ratifikasi ICERD tidak akan memberi kesan kepada Artikel 153 Perlembagaan Persekutuan.

Menteri yang bertanggungjawab mengenai perpaduan nasional dan kesejahteraan sosial itu berkata langkah kearah ratifikasi ICERD dengan tujuan menjadikan rekod hak asasi manusia negara dihormati dunia adalah selaras manifesto Kerajaan PH.

Ahli Parlimen Klang dari DAP, Charles Santiago ketika itu berkata ICERD tidak akan membatalkan hak istimewa orang Melayu atau Islam seperti yang termaktub dalam perlembagaan.

Hasrat kerajaan itu bagaimanapun tidak mendapat persetujuan pemimpin tertinggi UMNO dan PAS apabila parti politik tersebut menyatakan akan mengadakan perhimpunan bagi membantah pelan ratifikasi ICERD pada 8 Disember 2018.

Ia berikutan ratifikasi ICERD didakwa akan menjejaskan kedudukan istimewa orang Melayu dan Bumiputera, termasuk berkenaan kuota kaum di institusi awam.

Selepas mengambil kira bantahan pelbagai pihak, kerajaan PH pada 23 November 2018 memutuskan untuk tidak meratifikasi ICERD. — The Merdeka Times

Sokong TMT media berani, benar & bebas di https://support.themerdekatimes.com/

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *