Terkini
(VIDEO) ‘Tolong bertanggungjawab, jangan senyap!’ Netizen tuntut penjelasan UPNM tentang kes Zulfarhan
Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) berdepan kecaman teruk daripada majoriti netizen, terutama di TikTok, dan dilabel ‘universiti seterika’ selepas dilihat berdiam diri atas kematian tragis Pegawai Kadet Laut UPNM, Allahyarham Zulfarhan Osman Zulkarnain pada tujuh tahun lalu.
- Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) berdepan kecaman teruk daripada majoriti netizen, terutama di TikTok, dan dilabel ‘universiti seterika’ selepas dilihat berdiam diri atas kematian tragis Pegawai Kadet Laut UPNM, Allahyarham Zulfarhan Osman Zulkarnain pada tujuh tahun lalu.
- Ketiadaan sebarang kenyataan UPNM berhubung kes pembunuhan Allahyarham Zulfarhan menyebabkan ramai netizen meninggalkan kritikan di ruangan komen akaun TikTok @ppapupnmofficialPPAP dan mendesak institusi itu bertanggungjawab.
- “Tolong bertanggungjawab di atas setiap tomahan orang awam! Jangan senyap!! Kami mahukan kenyataan rasmi dan permohonan maaf secara terbuka! Warden yang berkenaan perlu diambil tindakan!,” komen pengguna TikTok, ummiKhaleeda17 di akaun TikTok @ppapupnmofficialPPAP.
- Netizen juga mempersoalkan tahap keselamatan di institusi itu dan ingin memboikot atau menyenaraihitamkan UPNM kerana khuatir menerima nasib sama seperti Allahyarham Zulfarhan.
- “Yang pasti… anak aku takkan aku hantar ke sini,” komen netizen.
KUALA LUMPUR — Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) berdepan kecaman teruk daripada majoriti netizen, terutama di TikTok, dan dilabel ‘universiti seterika’ selepas dilihat berdiam diri atas kematian tragis Pegawai Kadet Laut UPNM, Allahyarham Zulfarhan Osman Zulkarnain pada tujuh tahun lalu.
Ketiadaan sebarang kenyataan UPNM berhubung kes pembunuhan Allahyarham Zulfarhan menyebabkan ramai netizen meninggalkan kritikan di ruangan komen akaun TikTok @ppapupnmofficialPPAP dan mendesak institusi itu bertanggungjawab.
“Tolong bertanggungjawab di atas setiap tomahan orang awam! Jangan senyap!! Kami mahukan kenyataan rasmi dan permohonan maaf secara terbuka! Warden yang berkenaan perlu diambil tindakan!,” komen pengguna TikTok, ummiKhaleeda17 di akaun TikTok @ppapupnmofficialPPAP.
“Yessss, aku tengok UPNM macam menyepi terus dari isu ni kan…bagus netizen,” komen pengguna TikTok, Syam menerusi ruangan komen satu akaun TikTok yang memuat naik video bertajuk, ‘Netizen kenduri beramai-ramai di TikTok UPNM isu kapten Haryani dan bomoh!!’.
“Betul at least buat permohonan maaf atas kelalaian mereka dan luahkan rasa simpati atas ape yang dah jadi dekat arwah dan keluarga arwah,” komen netizen lain.
“Selain daripada 6 pelaku perlu jugak didakwa tok bomoh, warden & pengurusan UPNM serta doktor checkup kat klinik tu…” komen netizen di TikTok lain.
Malah ada netizen menuntut penjelasan UPNM berkenaan status dan tindakan diambil universiti itu ke atas Jurulatih Kapten Haryani yang tular di media sosial kerana didakwa lambat bertindak selepas menerima surat layang dikemukakan saksi pendakwaan ke-23 yang merayu Zulfarhan diselamatkan, sebaliknya Kapten Haryani menularkan surat layang itu di ‘WhatsApp Group’ hinggakan OKT mengetahuinya.
“@OfficialUPNM sewajarnya mengadakan prosiding Siasatan Dalaman untuk ambil tindakan disiplin dan tatatertib kepada warden yang cuai dan culas,” ciap @faizalriduan di X di ruangan komen ciapan @7DRMRS.
“Tiada statement maaf atau menyesal?,” ciap @jjkrn_ di ruangan komen @OfficialUPNM yang membuat ciapan berkenaan Demonstrasi Menyelamat Orang Jatuh Laut Menggunakan Simulator Anjungan Universiti Pertahanan Nasional Malaysia pada 2021.
“Kau (UPNM) dah pecat ke belom warden celaka kau tu?,” ciap @hui_guifei dalam ciapan sama.
Tinjauan The Merdeka Times (TMT) hari ini di media sosial UPNM mendapati ruangan komen di Facebook dan Instagram universiti itu telah ditutup, manakala ruangan komen akaun TikTok @ppapupnmofficialPPAP masih boleh diakses.
Selain dipenuhi kritikan di ruangan TikTok @ppapupnmofficialPPAP, netizen juga mempersoalkan tahap keselamatan di institusi itu dan ingin memboikot atau menyenaraihitamkan UPNM kerana khuatir menerima nasib sama seperti Allahyarham Zulfarhan.
“Yang pasti… anak aku takkan aku hantar ke sini,” komen netizen.
“Betul.. Saya tak bagi takut tak selamat,” komen netizen lain.
“Keselamatan pelajar ada jaminan tak? Kalau masuk hidup jaminan keluar hidup jugak ada tak? Kene buat perjanjian hidup la rasenye. Buat sürat akur sumpah depan hakim,” tulis pengguna TikTok, BabyAidy8.
“Saya sudah blacklist UPNM,” kata pengguna TikTok, Sahara Bahari.
Dalam pada itu, ada pengguna TikTok mendakwa pegawai kadet berada di bawah jagaan Akademi Latihan Ketenteraan (ALK), bukan UPNM kerana kadet hanya menuntut di institusi berkenaan.
“Dengar sini saya cerita, UPNM tak handle budak kadet (askar). Itu urusan askar, bukan urusan UPNM nak masuk campur. Budak kadet hanya menuntut di UPNM.
“… Saya kat sini nak habaq kebenarannya bukan UPNM yang handle budak kadet ni. Si ALK yang jaga iaitu under ATM (Angkatan Tentera Malaysia),” komen pengguna TikTok itu apabila ada netizen lain mempersoalkan tindakan UPNM berdiam diri ketika ini.
BERNAMA pada Selasa melaporkan Mahkamah Rayuan menjatuhkan hukuman gantung terhadap enam bekas penuntut UPNM iaitu Muhammad Akmal Zuhairi Azmal, Muhammad Azamuddin Mad Sofi, Muhammad Najib Mohd Razi, Muhammad Afif Najmudin Azahat, Mohamad Shobirin Sabri dan Abdoul Hakeem Mohd Ali kerana membunuh Zulfarhan.
Mahkamah turut menggantikan hukuman penjara tiga tahun kepada empat tahun, terhadap 12 lagi bekas penuntut universiti sama kerana mencederakan Zulfarhan.
Mereka didapati bersalah atas pertuduhan dengan sengaja menyebabkan kecederaan terhadap Zulfarhan untuk mendapatkan pengakuan bahawa dia mencuri komputer riba, mengikut Seksyen 330 Kanun Keseksaan dan dibaca bersama Seksyen 34 kanun sama yang membawa hukuman maksimum penjara tujuh tahun dan denda.
Kesemua mereka yang kini berusia 28 tahun didakwa melakukan perbuatan itu di dua bilik, blok penginapan asrama Jebat, UPNM antara 21 dan 22 Mei 2017. — The Merdeka Times
View this post on Instagram