Connect with us

Terkini

Sektor manakah punyai peluang pekerjaan banyak untuk rakyat Malaysia?

Antara sektor kritikal dikenal pasti Kementerian Sumber Manusia (KESUMA) mempunyai peluang pekerjaan yang banyak untuk rakyat Malaysia adalah sektor pembuatan dengan 21,509 kekosongan jawatan aktif dan sektor aktiviti pentadbiran dan perkhidmatan sokongan (12,101 kekosongan jawatan aktif).

WhatsApp
Facebook0
Twitter
Wartawan TMT

Published

on

Foto: Gambar sekadar hiasan.
  • Antara sektor kritikal dikenal pasti Kementerian Sumber Manusia (KESUMA) mempunyai peluang pekerjaan yang banyak untuk rakyat Malaysia adalah sektor pembuatan dengan 21,509 kekosongan jawatan aktif dan sektor aktiviti pentadbiran dan perkhidmatan sokongan (12,101 kekosongan jawatan aktif).
  • Sektor lain adalah sektor pembinaan dengan 11,280 kekosongan jawatan aktif, perdagangan (perdagangan borong) dengan 10,067 kekosongan jawatan aktif dan sektor maklumat dan komunikasi (9,401 kekosongan jawatan aktif).
  • Kementerian Sumber Manusia berkata ia berdasarkan statistik Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) yang menyatakan terdapat 115,411 kekosongan jawatan aktif diiklankan dalam Portal MYFutureJobs dari tempoh Januari hingga 20 Jun 2024. 
  • “Berdasarkan laporan Critical Occupations List (MyCOL) 2022/2023 oleh TalentCorp, tiga sektor kritikal yang menghadapi cabaran tenaga kerja terutamanya selepas pandemik ialah sektor aeroangkasa, pembinaan dan pembuatan (pemprosesan makanan),” kata KESUMA menerusi jawapan lisan di Parlimen pada Isnin.
  • KESUMA menjawab pertanyaan Senator Datuk Dr Ahmad Azam Hamzah yang meminta Menteri Sumber Manusia menyatakan sektor-sektor kritikal dikenal pasti kementerian mempunyai peluang pekerjaan yang banyak untuk rakyat Malaysia dan apakah usaha diambil bagi mengisi kekosongan tersebut dengan pekerja tempatan.

KUALA LUMPUR — Antara sektor kritikal dikenal pasti Kementerian Sumber Manusia (KESUMA) mempunyai peluang pekerjaan yang banyak untuk rakyat Malaysia adalah sektor pembuatan dengan 21,509 kekosongan jawatan aktif dan sektor aktiviti pentadbiran dan perkhidmatan sokongan (12,101 kekosongan jawatan aktif).

Sektor lain adalah sektor pembinaan dengan 11,280 kekosongan jawatan aktif, perdagangan (perdagangan borong) dengan 10,067 kekosongan jawatan aktif dan sektor maklumat dan komunikasi (9,401 kekosongan jawatan aktif).

Kementerian Sumber Manusia berkata ia berdasarkan statistik Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) yang menyatakan terdapat 115,411 kekosongan jawatan aktif diiklankan dalam Portal MYFutureJobs dari tempoh Januari hingga 20 Jun 2024. 

“Berdasarkan laporan Critical Occupations List (MyCOL) 2022/2023 oleh TalentCorp, tiga sektor kritikal yang menghadapi cabaran tenaga kerja terutamanya selepas pandemik ialah sektor aeroangkasa, pembinaan dan pembuatan (pemprosesan makanan). 

“Menurut laporan Statistik Guna Tenaga oleh Jabatan Perangkaan Malaysia, terdapat 13,800 kekosongan jawatan pada suku tahun pertama 2024 bagi sub sektor Pembuatan (Pemprosesan makanan, minuman dan produk tembakau) berbanding 13,500 jawatan pada suku tahun pertama 2023. 

“Sementara itu, sektor pembinaan mencatatkan 25,700 kekosongan jawatan berbanding 23,300 jawatan dalam tempoh yang sama,” kata KESUMA menerusi jawapan lisan di Parlimen pada Isnin.

KESUMA menjawab pertanyaan Senator Datuk Dr Ahmad Azam Hamzah yang meminta Menteri Sumber Manusia menyatakan sektor-sektor kritikal dikenal pasti kementerian mempunyai peluang pekerjaan yang banyak untuk rakyat Malaysia dan apakah usaha diambil bagi mengisi kekosongan tersebut dengan pekerja tempatan.

Kementerian itu berkata pihaknya menjalankan beberapa inisiatif untuk memastikan majikan di sektor-sektor mempunyai peluang pekerjaan yang banyak mengisi kekosongan tersebut dengan pekerja tempatan. 

Katanya, salah satu usaha itu adalah menggalakkan majikan menawarkan gaji lebih kompetitif bagi menarik minat pekerja tempatan, selain kerajaan giat merangka dan melaksanakan pelbagai inisiatif merentasi kementerian dan agensi bagi menggalakkan rakyat tempatan menceburi pekerjaan dalam sektor-sektor mempunyai banyak peluang pekerjaan. — The Merdeka Times

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *