Connect with us

Terkini

Sekeluarga diserang angin ahmar akibat makan babi setiap hari

Seorang jururawat kanan Taiwan mendedahkan kes sekeluarga di negara itu diserang angin ahmar akibat tabiat memakan daging babi setiap hari.

Adam Tan

Published

on

Foto: Gambar sekadar hiasan.
  • Seorang jururawat kanan Taiwan mendedahkan kes sekeluarga di negara itu diserang angin ahmar akibat tabiat memakan daging babi setiap hari.
  • Jururawat berkenaan, Tan Tun-Tzu berkongsi kes itu dalam sebuah rancangan televisyen Taiwan, Hello Doctor tentang cara pemilihan minyak masak.
  • “Ada satu keluarga yang menjual babi. Mereka makan babi tiga kali sehari dan juga gunakan lemak babi.
  • “Akibatnya, anak berumur puluhan menghidap penyakit darah tinggi. Dua atau tiga ahli keluarga diserang angin ahmar,” katanya apabila ditanya tentang penggunaan lemak babi dalam masakan.
  • Beliau berkata lemak babi mengandungi asid lemak tepu yang akan meningkatkan ‘kolesterol jahat’ dalam badan.

KUALA LUMPUR – Seorang jururawat kanan Taiwan mendedahkan kes sekeluarga di negara itu diserang angin ahmar akibat tabiat memakan daging babi setiap hari.

Jururawat berkenaan, Tan Tun-Tzu berkongsi kes itu dalam sebuah rancangan televisyen Taiwan, Hello Doctor tentang cara pemilihan minyak masak.

“Persatuan Perubatan Kardiologi Amerika mengesyorkan tiga jenis minyak (masak) yang mengandungi asid lemak dimonotaktepukan yang lebih tinggi seperti minyak camellia, minyak zaitun dan minyak kanola,” katanya.

Beliau berkata lemak babi tidak digalakkan untuk dimakan selalu berdasarkan kes pesakit yang pernah dijumpainya.

“Ada satu keluarga yang menjual babi. Mereka makan babi tiga kali sehari dan juga gunakan lemak babi.

“Akibatnya, anak berumur puluhan menghidap penyakit darah tinggi. Dua atau tiga ahli keluarga diserang angin ahmar,” katanya apabila ditanya tentang penggunaan lemak babi dalam masakan.

Katanya, lemak babi mengandungi asid lemak tepu yang akan meningkatkan ‘kolesterol jahat’ dalam badan. – The Merdeka Times

Sokong TMT media berani, benar & bebas di https://support.themerdekatimes.com/

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *





Antarabangsa

Rumah Putih ubah pendirian, larang pembedahan transgender kanak-kanak

Pentadbiran Presiden Amerika Syarikat, Joe Biden mengatakan pembedahan transgender tidak boleh dilakukan ke atas kanak-kanak, tindakan yang dilihat sebagai perubahan besar dalam pendirian mereka.

Wartawan TMT

Published

on

  • Pentadbiran Presiden Amerika Syarikat, Joe Biden mengatakan pembedahan transgender tidak boleh dilakukan ke atas kanak-kanak, tindakan yang dilihat sebagai perubahan besar dalam pendirian mereka.
  • Jurucakap Rumah Putih dalam kenyataan pada Rabu berkata, “keputusan yang sangat peribadi” seperti keputusan melakukan pembedahan harus dikhususkan untuk individu berusia lebih 18 tahun sahaja, lapor Daily Mail.
  • Beberapa kumpulan LGBT dengan pantas mengkritik perubahan pendirian itu, menyebutnya sebagai “salah sepenuhnya” dan menuduh Presiden “salah dalam aspek sains dan bahan (substance)”.

Pentadbiran Presiden Amerika Syarikat, Joe Biden mengatakan pembedahan transgender tidak boleh dilakukan ke atas kanak-kanak, tindakan yang dilihat sebagai perubahan besar dalam pendirian mereka.

Jurucakap Rumah Putih dalam kenyataan pada Rabu berkata, “keputusan yang sangat peribadi” seperti keputusan melakukan pembedahan harus dikhususkan untuk individu berusia lebih 18 tahun sahaja, lapor Daily Mail.

Namun pentadbiran Biden tetap menyokong bentuk penjagaan pengesahan jantina lain untuk kanak-kanak bawah umur, termasuk ubat penyekat akil baligh dan terapi hormon.

Ia dilihat sebagai perubahan keputusan terdahulu Rumah Putih dengan Biden sendiri sebelum ini menyelar negeri Republikan kerana menyekat akses kanak-kanak kepada pembedahan.

Beberapa kumpulan LGBT dengan pantas mengkritik perubahan pendirian itu, menyebutnya sebagai “salah sepenuhnya” dan menuduh Presiden “salah dalam aspek sains dan bahan (substance)”. – The Merdeka Times

 

Author

Teruskan Membaca

Kata Kunci

Trending