Antarabangsa
Sami rogol anak saudara perempuan berumur tujuh tahun
Polis Thailand menangkap seorang sami di kediaman biaranya di Buriram kerana didakwa merogol anak saudara perempuannya berusia tujuh tahun sebelum melarikan diri ke wilayah timur laut Thailand.
- Polis Thailand menangkap seorang sami di kediaman biaranya di Buriram kerana didakwa merogol anak saudara perempuannya berusia tujuh tahun sebelum melarikan diri ke wilayah timur laut Thailand.
- Leftenan Jeneral Polis Titi Saengsawang mengarahkan penahanan seorang sami berusia 57 tahun, Nookun, pada 12 Julai lalu, dikehendaki di bawah waran tangkap dikeluarkan Mahkamah Wilayah Sisaket pada 28 Mei.
- Tuduhan termasuk merogol kanak-kanak bawah umur 13 tahun, ancaman keganasan dan tingkah laku tidak wajar terhadap kanak-kanak di bawah umur 15 tahun.
- Saudara mangsa melaporkan insiden serangan seksual itu kepada polis pada 19 Disember tahun lalu.
- Mereka memperincikan bahawa Nookun, suami baharu nenek kanak-kanak itu memikat gadis tersebut dengan makanan ringan dan permainan telefon mudah alih sebelum merogolnya sekitar jam 12.30 tengah hari pada 23 November lalu.
- Siasatan mendedahkan selepas jenayah itu dilakukan, Nookun melarikan diri dan menjadi seorang sami, menggunakan nama “Phra Nookun” dan mengembara sepanjang timur laut Thailand.
Polis Thailand menangkap seorang sami di kediaman biaranya di Buriram kerana didakwa merogol anak saudara perempuannya berusia tujuh tahun sebelum melarikan diri ke wilayah timur laut Thailand.
Leftenan Jeneral Polis Titi Saengsawang mengarahkan penahanan seorang sami berusia 57 tahun, Nookun, pada 12 Julai lalu, dikehendaki di bawah waran tangkap dikeluarkan Mahkamah Wilayah Sisaket pada 28 Mei, lapor Thaiger.
Tuduhan termasuk merogol kanak-kanak bawah umur 13 tahun, ancaman keganasan dan tingkah laku tidak wajar terhadap kanak-kanak di bawah umur 15 tahun.
Saudara mangsa melaporkan insiden serangan seksual itu kepada polis pada 19 Disember tahun lalu.
Mereka memperincikan bahawa Nookun, suami baharu nenek kanak-kanak itu memikat gadis tersebut dengan makanan ringan dan permainan telefon mudah alih sebelum merogolnya sekitar jam 12.30 tengah hari pada 23 November lalu.
Serangan seksual itu berlaku di dalam bilik tidur dengan Nookun merekodkan perbuatan tersebut. Penemuan penjaga mangsa terhadap rakaman itu mendorong mereka membuat aduan.
Siasatan mendedahkan selepas jenayah itu dilakukan, Nookun melarikan diri dan menjadi seorang sami, menggunakan nama “Phra Nookun” dan mengembara sepanjang timur laut Thailand.
Susulan siasatan menyeluruh, polis menjejakinya di kediaman monastik di Krasang, daerah Satuek, Buriram, di mana sami itu ditahan.
Setelah ditangkap, sami itu mengaku akan pertuduhan itu. Dia mengaku merogol anak saudaranya dan mendakwa dirinya dalam keadaan mabuk pada ketika itu.
Dia mengakui tabiat minumnya menyumbang kepada dorongan seksual dirinya. Menyedari mangsa melaporkan jenayah itu, dia memutuskan menjadi sami untuk mengelak daripada ditangkap. – The Merdeka Times