Terkini
Isu tajaan syarikat arak: Muslim tidak patut hantar anak-anak ke sekolah Cina – Bekas EXCO DAP
Muslim tidak sepatutnya menghantar anak-anak mereka ke sekolah Cina memandangkan sekolah vernakular itu mempunyai elemen tidak halal, kata bekas EXCO Negeri Selangor dari DAP, Teng Chang Khim.
- Muslim tidak sepatutnya menghantar anak-anak mereka ke sekolah Cina memandangkan sekolah vernakular itu mempunyai elemen tidak halal, kata bekas EXCO Negeri Selangor dari DAP, Teng Chang Khim.
- Mencadangkan perkara itu, Chang Khim berkata sekolah Cina sememangnya dibina dan disokong oleh masyarakat bukan Islam yang terlibat dalam perniagaan tidak halal sejak sekian lama.
- “Mengikut logik kamu (Hanipa), Muslim tidak sepatutnya menghantar anak-anak ke sekolah Cina kerana setiap sekolah Cina dibina dengan derma mereka yang minum arak, makan babi, menjual arak dan menjual babi.
- “Setiap meja, kerusi, bilik darjah dan dinding tidak halal bagi Muslim. Jangan datang!” kata Chang Khim yang juga pemimpin veteran DAP itu dalam hantaran berbahasa Mandarin dan bahasa Inggeris di akaun Facebooknya, semalam.
- Beliau berkata demikian merujuk kepada artikel kolumnis bekas Ahli Parlimen Sepang dari Amanah, Mohamed Hanipa Maidin yang disiarkan sebuah portal berita semalam, mempersoalkan adakah sekolah Cina wajar menerima dana sumbangan dari syarikat arak ketika terdapat pelajar dan guru Islam di sekolah terbabit.
- Mohamed Hanipa berkata garis panduan Kementerian Pendidikan Malaysia dengan jelas melarang sekolah menerima dana hasil sumbangan produk tembakau dan minuman keras.
- Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek kelmarin dilaporkan menolak memberikan sebarang pengecualian atau menyemak semula garis panduan yang melarang sekolah menerima dana daripada hasil penjualan produk tembakau dan minuman keras.
KUALA LUMPUR – Muslim tidak sepatutnya menghantar anak-anak mereka ke sekolah Cina memandangkan sekolah vernakular itu mempunyai elemen tidak halal, kata bekas EXCO Negeri Selangor dari DAP, Teng Chang Khim.
Mencadangkan perkara itu, Chang Khim berkata sekolah Cina sememangnya dibina dan disokong oleh masyarakat bukan Islam yang terlibat dalam perniagaan tidak halal sejak sekian lama.
“Mengikut logik kamu (Hanipa), Muslim tidak sepatutnya menghantar anak-anak ke sekolah Cina kerana setiap sekolah Cina dibina dengan derma mereka yang minum arak, makan babi, menjual arak dan menjual babi.
“Setiap meja, kerusi, bilik darjah dan dinding tidak halal bagi Muslim. Jangan datang!” kata Chang Khim yang juga pemimpin veteran DAP itu dalam hantaran berbahasa Mandarin dan bahasa Inggeris di akaun Facebooknya, semalam.
Beliau berkata demikian merujuk kepada artikel kolumnis bekas Ahli Parlimen Sepang dari Amanah, Mohamed Hanipa Maidin yang disiarkan sebuah portal berita semalam, mempersoalkan adakah sekolah Cina wajar menerima dana sumbangan dari syarikat arak ketika terdapat pelajar dan guru Islam di sekolah terbabit.
Mohamed Hanipa berkata garis panduan Kementerian Pendidikan Malaysia dengan jelas melarang sekolah menerima dana hasil sumbangan produk tembakau dan minuman keras.
Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek kelmarin dilaporkan menolak memberikan sebarang pengecualian atau menyemak semula garis panduan yang melarang sekolah menerima dana daripada hasil penjualan produk tembakau dan minuman keras.
Peringatan mengenai garis panduan KPM itu diberikan susulan isu penganjuran program amal di sebuah Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) yang melibatkan sumbangan syarikat arak seperti dilaporkan media baru-baru ini.
Semakan The Merdeka Times mendapati hantaran Chang Khim yang juga bekas Speaker Dewan Undangan Negeri Selangor itu turut disokong majoriti netizen bukan Islam berdasarkan komen-komen mereka di platform media sosial itu.
“Betul (Chang Kim) cakap!” kata netizen, Eric Ho dalam hantaran versi bahasa Mandarin.
Netizen, Victor Yii pula berkata sekolah rendah Cina tidak sesuai untuk masyarakat lain kerana ia adalah tempat untuk pelajar Cina belajar budaya tradisional Cina.
Hantaran Chang Khim dalam versi berbahasa Inggeris kurang mendapat komen netizen berbanding hantaran dalam bahasa Mandarin yang mendapat perhatian banyak pihak. – The Merdeka Times