Terkini
Isu tajaan syarikat arak: Kerajaan tak mampu tampung dana diperlukan sekolah Cina – Guan Eng
Pengumpulan dana dalam konsert amal ditaja syarikat arak untuk sekolah Cina sejak beberapa dekad lalu adalah dalam jumlah besar, kata Pengerusi DAP, Lim Guan Eng.
- Pengumpulan dana dalam konsert amal ditaja syarikat arak untuk sekolah Cina sejak beberapa dekad lalu adalah dalam jumlah besar, kata Pengerusi DAP, Lim Guan Eng.
- Guan Eng yang juga Ahli Parlimen Bagan berkata, ia hampir setanding dengan dana pembangunan diperuntukkan oleh kerajaan kepada sekolah Cina.
- Menurut laporan China Press, Guan Eng percaya kerajaan tidak mampu menampung dana yang diperlukan sekolah-sekolah Cina ini.
- “Dalam konsert amal pendidikan Cina, saya tidak nampak ada orang yang membuat kacau kerana mabuk atau menimbulkan kacau bilau dalam majlis jamuan itu.
- “Oleh itu, saya menentang Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) dan tidak bersetuju dengan kenyataan Menteri Pendidikan Fadhlina Sidek bahawa sekolah tidak dibenarkan untuk mengumpul dana daripada syarikat arak,” katanya dalam sidang media selepas program penyerahan peruntukan kepada Tokong Datuk Kong di Butterworth di Pulau Pinang, semalam.
- Fadhlina kelmarin dilaporkan menolak memberikan sebarang pengecualian atau menyemak semula garis panduan yang melarang sekolah menerima dana daripada hasil penjualan produk tembakau dan minuman keras.
KUALA LUMPUR – Pengumpulan dana dalam konsert amal ditaja syarikat arak untuk sekolah Cina sejak beberapa dekad lalu adalah dalam jumlah besar, kata Pengerusi DAP, Lim Guan Eng.
Guan Eng yang juga Ahli Parlimen Bagan berkata, ia hampir setanding dengan dana pembangunan diperuntukkan oleh kerajaan kepada sekolah Cina.
Menurut laporan China Press, Guan Eng percaya kerajaan tidak mampu menampung dana yang diperlukan sekolah-sekolah Cina ini.
“Dalam konsert amal pendidikan Cina, saya tidak nampak ada orang yang membuat kacau kerana mabuk atau menimbulkan kacau bilau dalam majlis jamuan itu.
“Oleh itu, saya menentang Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) dan tidak bersetuju dengan kenyataan Menteri Pendidikan Fadhlina Sidek bahawa sekolah tidak dibenarkan untuk mengumpul dana daripada syarikat arak,” katanya dalam sidang media selepas program penyerahan peruntukan kepada Tokong Datuk Kong di Butterworth di Pulau Pinang, semalam.
Fadhlina kelmarin dilaporkan menolak memberikan sebarang pengecualian atau menyemak semula garis panduan yang melarang sekolah menerima dana daripada hasil penjualan produk tembakau dan minuman keras.
Peringatan mengenai garis panduan KPM itu diberikan susulan isu penganjuran program amal di sebuah sekolah jenis kebangsaan cina yang melibatkan sumbangan syarikat arak seperti dilaporkan media baru-baru ini.
Mengulas lanjut isu itu, Guan Eng dilaporkan berkata pengumpulan dana membabitkan syarikat arak itu hanya melibatkan sekolah Cina, bukannya sekolah kebangsaan atau sekolah agama.
Pengerusi DAP itu juga menegaskan perkara terbabit tiada kaitan dengan PAS yang didakwa Guan Eng mencetuskan isu itu. – The Merdeka Times