Connect with us

Terkini

Ini kerajaan paling diktator kita pernah ada – Ambiga

Kerajaan Perpaduan diterajui Pakatan Harapan (PH) dilabel bekas Pengerusi Gabungan Pilihanraya Bersih dan Adil (Bersih 2.0), Datuk Ambiga Sreenevasan sebagai kerajaan paling diktator di negara ini.

WhatsApp
Facebook0
Twitter
Hidayah Sani

Published

on

Foto: Peguam, Datuk Ambiga Sreenevasan.
  • Kerajaan Perpaduan diterajui Pakatan Harapan (PH) dilabel bekas Pengerusi Gabungan Pilihanraya Bersih dan Adil (Bersih 2.0), Datuk Ambiga Sreenevasan sebagai kerajaan paling diktator di negara ini.
  • “Saya tidak pernah terfikir akan melihat hari di mana kerajaan pimpinan PH yang hidup di atas platform memperjuangkan pemansuhan PPPA (Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984) sebaliknya akan mengekalkannya dan mengenakan undang-undang pelesenan baru.
  • UG (Kerajaan Perpaduan) kini kami boleh menobatkan anda sebagai kerajaan paling diktator yang pernah kita ada. Syabas!” katanya menerusi ciapan di platform X pada Isnin.
  • Difahamkan, Ambiga menulis ciapan itu sebagai respon kepada pengumuman kerajaan menerusi SKMM supaya semua perkhidmatan media sosial dan pesanan internet yang mempunyai sekurang-kurangnya lapan juta pengguna berdaftar di Malaysia perlu memohon Lesen Kelas Pemberian Perkhidmatan Aplikasi di bawah Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 (Akta 588).

KUALA LUMPUR — Kerajaan Perpaduan diterajui Pakatan Harapan (PH) dilabel bekas Pengerusi Gabungan Pilihanraya Bersih dan Adil (Bersih 2.0), Datuk Ambiga Sreenevasan sebagai kerajaan paling diktator di negara ini.

“Saya tidak pernah terfikir akan melihat hari di mana kerajaan pimpinan PH yang hidup di atas platform memperjuangkan pemansuhan PPPA (Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984) sebaliknya akan mengekalkannya dan mengenakan undang-undang pelesenan baru.

UG (Kerajaan Perpaduan) kini kami boleh menobatkan anda sebagai kerajaan paling diktator yang pernah kita ada. Syabas!” katanya menerusi ciapan di platform X pada Isnin.

Difahamkan, Ambiga menulis ciapan itu sebagai respon kepada pengumuman kerajaan menerusi Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) supaya semua perkhidmatan media sosial dan pesanan internet yang mempunyai sekurang-kurangnya lapan juta pengguna berdaftar di Malaysia perlu memohon Lesen Kelas Pemberian Perkhidmatan Aplikasi di bawah Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 (Akta 588).

SKMM dilaporkan memaklumkan langkah tersebut dikuatkuasakan pada 1 Januari tahun depan selepas kerangka kawal selia baharu akan diperkenal pada 1 Ogos.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim semalam dilaporkan menjelaskan peraturan media sosial dan perkhidmatan pemesejan internet bakal diperkenalkan kerajaan itu bertujuan mengatasi penyebaran jenayah dan maklumat berbahaya sekaligus mewujudkan persekitaran maya yang selamat untuk semua pengguna.

Anwar berkata kerajaan sedar mungkin ada beberapa sekatan atau peraturan tidak popular, namun ia perlu demi kesejahteraan masyarakat.

Sementara itu, MCA dilaporkan meminta kerajaan supaya mempertimbangkan semula keperluan lesen media sosial yang baharu dengan amaran ia mungkin membuka ruang untuk penyalahgunaan.

Timbalan Presiden MCA, Datuk Seri Dr Wee Jeck Seng yang juga Ahli Parlimen Tanjung Piai berkata keperluan baharu ini berisiko memberikan pelbagai kesan jika disalahgunakan pihak berniat buruk.

“Ini berpotensi mempengaruhi kebebasan bersuara awam. Penindasan terhadap kritikan dalam talian yang membina boleh menghalang kemajuan masa depan negara,” katanya dipetik The Malaysian Insight pada Isnin. — The Merdeka Times

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *