Antarabangsa
Ibu campak bayi baru lahir keluar tingkap
Seorang wanita di Jerman dijatuhi hukuman penjara tujuh tahun setengah kerana mencampak bayi perempuannya yang baru lahir keluar dari tingkap kerana khuatir bayi itu akan menjejaskan kerjayanya.
- Seorang wanita di Jerman dijatuhi hukuman penjara tujuh tahun setengah kerana mencampak bayi perempuannya yang baru lahir keluar dari tingkap kerana khuatir bayi itu akan menjejaskan kerjayanya.
- Katarina Jovanovic, 28, seorang eksekutif di Porsche dari bandar Lauffen am Neckar, negeri Baden-Wuerttemberg, Jerman disabitkan dengan kesalahan membunuh di Mahkamah Daerah Heilbronn pada 3 Julai lalu.
- Semasa perbicaraan, Jovanovic mengaku melakukan perbuatan itu yang berlaku 10 bulan lalu iaitu pada 12 September lalu ketika dia melahirkan bayinya di rumah secara rahsia dan mencampak bayi itu dari tingkap apartmennya dengan ketinggian hampir 12 kaki menghempas tar.
- Saksi yang terkejut dengan penemuan mayat bayi perempuan baru lahir itu mendapati tengkoraknya pecah di bawah balkoni Jovanovic dan segera menghubungi polis.
- Walaupun membuat pengakuan terhadap jenayah itu, Jovanovic tidak dapat memberi penjelasan berkenaan tindakannya, lapor akhbar Jerman, ASB Zeitung dipetik S2J.
Seorang wanita di Jerman dijatuhi hukuman penjara tujuh tahun setengah kerana mencampak bayi perempuannya yang baru lahir keluar dari tingkap kerana khuatir bayi itu akan menjejaskan kerjayanya.
Katarina Jovanovic, 28, seorang eksekutif di Porsche dari bandar Lauffen am Neckar, Baden-Wuerttemberg, Jerman disabitkan dengan kesalahan membunuh di Mahkamah Daerah Heilbronn pada 3 Julai lalu.
Semasa perbicaraan, Jovanovic mengaku melakukan perbuatan itu yang berlaku 10 bulan lalu iaitu pada 12 September lalu ketika dia melahirkan bayinya di rumah secara rahsia dan mencampak bayi itu dari tingkap apartmennya dengan ketinggian hampir 12 kaki menghempas tar.
Saksi yang terkejut dengan penemuan mayat bayi perempuan baru lahir itu mendapati tengkoraknya pecah di bawah balkoni Jovanovic dan segera menghubungi polis.
Walaupun membuat pengakuan terhadap jenayah itu, Jovanovic tidak dapat memberi penjelasan berkenaan tindakannya, lapor akhbar Jerman, ASB Zeitung dipetik S2J.
Wanita itu mendakwa tidak menyedari dirinya mengandung.
Namun, pendakwa raya menuduhnya membunuh dan mendakwa wanita itu sengaja menyembunyikan keadaannya daripada rakan sekerja dan jiran.
“Tertuduh tidak bersedia meletakkan rancangan hidupnya, terutama kemajuan profesionalnya, ditangguhkan disebabkan seorang anak.
“Itu keputusannya (Jovanovic) apabila bayi itu dilahirkan, dan hasilnya, kriteria untuk sabitan pembunuhan dipenuhi,” kata Pendakwa Raya, Mareike Hafendoerfer. – The Merdeka Times