Antarabangsa
Hampir 95 peratus sekolah menengah Scotland benarkan pelajar pilih jantina, kongsi tandas
Hampir semua sekolah menengah di Scotland membenarkan pelajar mengenal pasti diri dan memilih jantina mereka sendiri – dengan laporan amaran polisi terkini di 95 peratus kolej mungkin membenarkan pelajar berkongsi tandas.
- Hampir semua sekolah menengah di Scotland membenarkan pelajar mengenal pasti diri dan memilih jantina mereka sendiri – dengan laporan amaran polisi terkini di 95 peratus kolej mungkin membenarkan pelajar berkongsi tandas.
- Kempen kumpulan For Woman Scotland (FWS) mendakwa “sistem kepercayaan boleh dipertikaikan yang tidak saintifik” kini ‘ditanam’ di sekolah berikutan polisi penuh kontroversi Scottish National Party (SNP).
- Kumpulan itu mendapati sembilan daripada 10 sekolah menengah di Scotland mengajar bahawa manusia mempunyai identiti jantina yang mungkin berbeza daripada jantina biologi mereka, lapor The Telegraph.
- Ia juga bermakna murid lelaki biologi dibenarkan mengambil bahagian dalam kelas Pendidikan Jasmani (PJ) perempuan, berkongsi bilik persalinan dan perkongsian tandas dengan pelajar perempuan di kebanyakan sekolah menengah, dedah laporan itu.
Hampir semua sekolah menengah di Scotland membenarkan pelajar mengenal pasti diri dan memilih jantina mereka sendiri – dengan laporan amaran polisi terkini di 95 peratus kolej mungkin membenarkan pelajar berkongsi tandas.
Kempen kumpulan For Woman Scotland (FWS) mendakwa “sistem kepercayaan boleh dipertikaikan yang tidak saintifik” kini ‘ditanam’ di sekolah berikutan polisi penuh kontroversi Scottish National Party (SNP).
Kumpulan itu mendapati sembilan daripada 10 sekolah menengah di Scotland mengajar bahawa manusia mempunyai identiti jantina yang mungkin berbeza daripada jantina biologi mereka, lapor The Telegraph.
Dalam penemuan berdasarkan akta kebebasan maklumat, sekurang-kurangnya 95.4 peratus sekolah menjalankan dasar pengenalan diri jantina, bermakna sekolah membenarkan kanak-kanak terbabit memilih jantina mereka sendiri.
Ia juga bermakna murid lelaki biologi dibenarkan mengambil bahagian dalam kelas Pendidikan Jasmani (PJ) perempuan, berkongsi bilik persalinan dan perkongsian tandas dengan pelajar perempuan di kebanyakan sekolah menengah, dedah laporan itu. – The Merdeka Times