Antarabangsa
Gadis Muslim 12 tahun ‘ditendang keluar’ kelas karate kerana bertudung
Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Quebec menuntut penyelesaian $13,000 bagi pihak seorang gadis Muslim berumur 12 tahun yang dihalau keluar dari kelas karate kerana memakai hijab, lapor media Kanada pada Jumaat.
- Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Quebec menuntut penyelesaian $13,000 bagi pihak seorang gadis Muslim berumur 12 tahun yang dihalau keluar dari kelas karate kerana memakai hijab, lapor media Kanada pada Jumaat.
- “Bagi pihak mereka, plaintif merasakan adanya ketidakadilan dan pengasingan.
- “Mereka masih bimbang terhadap kesan situasi yang dipertikaikan ke atas anak gadis mereka,” kata suruhanjaya hak asasi itu dipetik CTV News.
- Kontroversi itu bermula apabila seorang tenaga pengajar di Karate Auto Defence Lamarre di Montreal memberitahu gadis itu bahawa dia tidak dibenarkan menyertai kelas tersebut jika tidak menanggalkan hijabnya.
- Tenaga pengajar itu berkata menurut falsafah seni mempertahankan diri karate, semua pelajar mesti memakai pakaian seragam sama sebelum gadis Muslim terbabit beredar dalam tangisan.
- Karate Canada, yang juga badan persatuan kebangsaan sukan karate, menyatakan bahawa penutup kepala dibenarkan dalam sukan bela diri itu.
Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Quebec menuntut penyelesaian $13,000 bagi pihak seorang gadis Muslim berumur 12 tahun yang dihalau keluar dari kelas karate kerana memakai hijab, lapor media Kanada pada Jumaat.
“Bagi pihak mereka, plaintif merasakan adanya ketidakadilan dan pengasingan.
“Mereka masih bimbang terhadap kesan situasi yang dipertikaikan ke atas anak gadis mereka,” kata suruhanjaya hak asasi itu dipetik CTV News.
Kontroversi itu bermula apabila seorang tenaga pengajar di Karate Auto Defence Lamarre di Montreal memberitahu gadis itu bahawa dia tidak dibenarkan menyertai kelas tersebut jika tidak menanggalkan hijabnya.
Tenaga pengajar itu berkata menurut falsafah seni mempertahankan diri karate, semua pelajar mesti memakai pakaian seragam sama sebelum gadis Muslim terbabit beredar dalam tangisan.
Namun Karate Canada, yang juga badan persatuan kebangsaan sukan karate, menyatakan bahawa penutup kepala dibenarkan dalam sukan bela diri itu.
“Karate Canada telah mengambil peranan kepimpinan … dalam memohon kepada persatuan karate dunia untuk membenarkan atlet memakai penutup kepala.
“Persatuan karate dunia telah meluluskan bahawa hijab diterima untuk digunakan dalam pertandingan,” kata badan itu dalam satu kenyataan kepada CTV News dipetik agensi berita Anadolu.
Karate Auto Defence Lamarre bagaimanapun bukan sebahagian daripada Karate Canada.
Majlis Wanita Muslim Kanada (CCMW) menyatakan situasi seperti itu “sangat mengganggu” dan berpotensi ‘melukakan’ golongan muda.
“Saya boleh bayangkan seorang gadis berumur 12 tahun dihalau seperti itu kerana dia menyertai sukan itu kerana dia menyukainya.
“Sudah tiba masanya orang ramai berdiri menuntut hak mereka, kamu mengetahuinya, dan ia merupakan perkara asas hak asasi seorang manusia,” kata Ahli Lembaga CCMW, Shaheen Ashraf. – The Merdeka Times