Antarabangsa
Disangka beragama Islam, tiga pendeta Hindu dipukul penyokong Hindutva
Tiga pendeta Hindu didakwa dipukul penyokong Hindutva (kumpulan pelampau Hindu) dalam satu insiden di Meerut, Uttar Pradesh, India kerana disangka Muslim yang cuba melakukan penyamaran.
- Tiga pendeta Hindu didakwa dipukul penyokong Hindutva (kumpulan pelampau Hindu) dalam satu insiden di Meerut, Uttar Pradesh, India kerana disangka Muslim yang cuba melakukan penyamaran.
- The Siasat Daily pada Ahad melaporkan tiga pendeta terbabit – Gaurav Kumar, Gopinath, Sunil Kumar – semuanya berasal dari kelompok Nath di Haryana.
- Salah seorang penyerang merakam insiden serangan itu dan memuat naiknya di platform media sosial.
- Menurut laporan tempatan, pendeta terbabit diserang dengan kejam menggunakan kayu atas alasan mereka adalah Muslim yang dikaitkan dengan kumpulan penculikan kanak-kanak.
Tiga pendeta Hindu didakwa dipukul penyokong Hindutva (kumpulan pelampau Hindu) dalam satu insiden di Meerut, Uttar Pradesh, India kerana disangka Muslim yang cuba melakukan penyamaran.
The Siasat Daily pada Ahad melaporkan tiga pendeta terbabit – Gaurav Kumar, Gopinath, Sunil Kumar – semuanya berasal dari kelompok Nath di Haryana.
Insiden serangan itu berlaku berhampiran Prahlad Nagar di hadapan balai polis Lisari Gate.
Salah seorang penyerang merakam insiden serangan itu dan memuat naiknya di platform media sosial.
Menurut laporan tempatan, pendeta terbabit diserang dengan kejam menggunakan kayu atas alasan mereka adalah Muslim yang dikaitkan dengan kumpulan penculikan kanak-kanak.
Pendeta terbabit diminta membaca Hanuman Chalisa dan beberapa mantera lain sebelum mereka diserang kerana gagal berbuat demikian.
Gambar serangan itu tular di media sosial dengan pendeta-pendeta terbabit dilihat menjerit kesakitan. – The Merdeka Times