Connect with us

Terkini

Busana rasmi Olimpik 2024 ‘The Malaya’ dikritik netizen

Rekaan busana rasmi untuk atlet Malaysia ‘The Malaya’ yang akan dipakai di majlis perasmian Sukan Olimpik Paris 2024 esok dikritik netizen di platform media tempatan berbahasa Mandarin.

WhatsApp
Facebook0
Twitter
Adam Tan

Published

on

Foto: Tangkap layar komen netizen.
  • Rekaan busana rasmi untuk atlet Malaysia ‘The Malaya’ yang akan dipakai di majlis perasmian Sukan Olimpik Paris 2024 esok dikritik netizen di platform media tempatan berbahasa Mandarin.
  • Ini berdasarkan tinjauan The Merdeka Times (TMT) di Facebook Nanyang Siang Pau hari ini mendapati majoriti netizen terbabit tidak bersetuju dengan rekaan busana rasmi itu yang didakwa tidak memaparkan budaya kepelbagaian kaum di Malaysia.
  • Komen dengan sentimen negatif itu dapat ‘dilihat’ sekalipun peragaan busana membabitkan model-model lelaki dan wanita dari pelbagai kaum.
  • ”Nampaknya Sarawak dan Sabah telah dibuang,” kata netizen, Kwang Li Kho dalam bahasa Mandarin.
  • “Di mana budaya kepelbagaian Malaysia?” tulis netizen, Vince Ong.
  • “Ada hormat kaum lain tak?” kata netizen, George Fong.
  • Majlis Olimpik Malaysia (MOM) semalam menerusi Instagram rasminya memaklumkan atlet wanita akan memakai baju kurung songket dengan kelubung, manakala atlet lelaki berbaju Melayu Teluk Belanga.

KUALA LUMPUR – Rekaan busana rasmi untuk atlet Malaysia ‘The Malaya’ yang akan dipakai di majlis perasmian Sukan Olimpik Paris 2024 esok dikritik netizen di platform media tempatan berbahasa Mandarin.

Ini berdasarkan tinjauan The Merdeka Times (TMT) di Facebook Nanyang Siang Pau hari ini mendapati majoriti netizen terbabit tidak bersetuju dengan rekaan busana rasmi itu yang didakwa tidak memaparkan budaya kepelbagaian kaum di Malaysia.

Komen dengan sentimen negatif itu dapat ‘dilihat’ sekalipun peragaan busana membabitkan model-model lelaki dan wanita dari pelbagai kaum.

Netizen, Klang Li Kho menganggap rekaan busana itu mengabaikan negeri Sabah dan Sarawak.

”Nampaknya Sarawak dan Sabah telah dibuang,” kata Kwang Li Kho dalam bahasa Mandarin.

Vince Ong pula mempersoalkan tentang budaya kepelbagaian Malaysia pada busana itu.

“Di mana budaya kepelbagaian Malaysia?” tulis Vince Ong.

Foto: Komen netizen.

Terdapat juga netizen yang menyindir warna busana untuk atlet Olimpik itu.

”Tengok punya tengok, saya nampak warna hijau daun palm,” tulis Yanny Wong.

Netizen, George Fong pula mempersoalkan busana rasmi atlet Olimpik Malaysia itu tidak menghormati kaum lain.

“Ada hormat kaum lain tak?” kata George Fong.

Foto: Komen netizen.

Majlis Olimpik Malaysia (MOM) semalam menerusi Instagram rasminya memaklumkan atlet wanita akan memakai baju kurung songket dengan kelubung, manakala atlet lelaki berbaju Melayu Teluk Belanga.

Menurut pereka The Malaya, Rizman Nordin, baju Teluk Belanga telah dipilih sebagai tanda junjungan kasih buat Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim yang berasal dari Johor. – The Merdeka Times

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *