Connect with us

Terkini

Bolehkah matrikulasi tampung semua pelajar layak tanpa jejaskan kuota Bumiputera?

Kerajaan diminta menjelaskan bagaimana program matrikulasi dapat menampung semua pelajar yang layak tanpa menjejaskan kuota Bumiputera. 

Hidayah Sani

Published

on

Foto: Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir (kiri) & Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek (tengah atas) & Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim (tengah bawah) & Presiden MCA, Datuk Seri Dr Wee Ka Siong (kanan).
  • Pertanyaan itu dibangkitkan Presiden MCA, Datuk Seri Dr Wee Ka Siong susulan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan semua lepasan SPM yang mencapai 10A ke atas dijamin tempat dalam program matrikulasi tanpa mengira kaum.
  • “Isunya ialah program asas sains di Universiti Awam di bawah bidang kuasa Menteri Pengajian Tinggi hanya tersedia untuk pemohon Bumiputera dan bukan Bumiputera tidak boleh memohon manakala program matrikulasi pula dikendalikan Kementerian Pendidikan.
  • “Pengumuman YAB PM itu amat dialu-alukan, namun kerajaan juga digesa menjelaskan perkara-perkara seperti, bagaimana semua pelajar SPM kaum Cina yang mencapai 10A dapat diterima masuk sekiranya dasar pengambilan pelajar Bumiputera dan bukan Bumiputera tidak berubah?
  • “Ini kerana setiap tahun, jumlah pelajar Cina yang memperoleh keputusan SPM cemerlang jauh melebihi jumlah yang diterima masuk program matrikulasi,” katanya menerusi hantaran di Facebook pada Selasa.

KUALA LUMPUR — Kerajaan diminta menjelaskan bagaimana program matrikulasi dapat menampung semua pelajar yang layak tanpa menjejaskan kuota Bumiputera. 

Ini susulan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan semua lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang mencapai 10A ke atas dijamin tempat dalam program matrikulasi tanpa mengira kaum.

Presiden MCA, Datuk Seri Dr Wee Ka Siong berkata walaupun Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek dan Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir telah mengeluarkan kenyataan berhubung perkara itu, namun Kementerian Pendidikan (KPM) tidak menggariskan secara khusus bagaimana pengumuman Perdana Menteri itu akan dilaksanakan berdasarkan dua prinsip utama diumumkan Anwar.

Manakala, Menteri Pengajian Tinggi pula memberi jaminan kerajaan akan menyediakan tempat mencukupi kepada pelajar SPM yang memperoleh keputusan 10A untuk memasuki program matrikulasi.

“Isunya ialah program asas sains di Universiti Awam (UA) di bawah bidang kuasa Menteri Pengajian Tinggi hanya tersedia untuk pemohon Bumiputera dan bukan Bumiputera tidak boleh memohon manakala program matrikulasi pula dikendalikan Kementerian Pendidikan.

“Pengumuman YAB PM itu amat dialu-alukan, namun kerajaan juga digesa menjelaskan perkara-perkara seperti, bagaimana semua pelajar SPM kaum Cina yang mencapai 10A dapat diterima masuk sekiranya dasar pengambilan pelajar Bumiputera dan bukan Bumiputera tidak berubah?

“Ini kerana setiap tahun, jumlah pelajar Cina yang memperoleh keputusan SPM cemerlang jauh melebihi jumlah yang diterima masuk program matrikulasi,” katanya menerusi hantaran di Facebook pada Selasa.

Beliau berkata menurut jawapan Menteri Pendidikan dalam Parlimen pada 2019, kuota 10 peratus bukan Bumiputera adalah berdasarkan jumlah pengambilan, bukan tempat yang disediakan.

Katanya, ia bermaksud walaupun pelajar Bumiputera tidak mengisi semua tempat yang disediakan, pengambilan bukan Bumiputera tidak boleh melebihi 10 peratus daripada jumlah pelajar dalam matrikulasi.

Sedangkan, menurut data terkini jumlah pengambilan pelajar Cina adalah seribu lebih atau 5.5 peratus hingga enam peratus daripada jumlah pengambilan, manakala pelajar India adalah sekitar 3.6 peratus. 

“Oleh itu, adakah kerajaan merancang untuk membuat pengambilan berdasarkan kapasiti atau tempat yang sedia ada, dan bukannya jumlah pelajar bukan Bumiputera untuk menentukan kuota 10 peratus?,” katanya.

Ka Siong mengharapkan Perdana Menteri sudah mengambil langkah sewajarnya untuk memastikan pelaksanaan janji itu secara praktikal, sementara KPM dan KPT juga harus menjelaskan butiran pengumuman tersebut bagi memastikan konsistensi untuk mengelakkan berlaku percanggahan antara apa dijanjikan dan apa dilaksanakan.

“Sekiranya pengumuman YAB PM semalam (kelmarin) dapat dilaksanakan sepenuhnya, maka ia adalah satu reformasi baharu yang patut dipuji oleh semua rakyat jelata!,” katanya. — The Merdeka Times

Sokong TMT media berani, benar & bebas di https://support.themerdekatimes.com/

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *





Antarabangsa

Rumah Putih ubah pendirian, larang pembedahan transgender kanak-kanak

Pentadbiran Presiden Amerika Syarikat, Joe Biden mengatakan pembedahan transgender tidak boleh dilakukan ke atas kanak-kanak, tindakan yang dilihat sebagai perubahan besar dalam pendirian mereka.

Wartawan TMT

Published

on

  • Pentadbiran Presiden Amerika Syarikat, Joe Biden mengatakan pembedahan transgender tidak boleh dilakukan ke atas kanak-kanak, tindakan yang dilihat sebagai perubahan besar dalam pendirian mereka.
  • Jurucakap Rumah Putih dalam kenyataan pada Rabu berkata, “keputusan yang sangat peribadi” seperti keputusan melakukan pembedahan harus dikhususkan untuk individu berusia lebih 18 tahun sahaja, lapor Daily Mail.
  • Beberapa kumpulan LGBT dengan pantas mengkritik perubahan pendirian itu, menyebutnya sebagai “salah sepenuhnya” dan menuduh Presiden “salah dalam aspek sains dan bahan (substance)”.

Pentadbiran Presiden Amerika Syarikat, Joe Biden mengatakan pembedahan transgender tidak boleh dilakukan ke atas kanak-kanak, tindakan yang dilihat sebagai perubahan besar dalam pendirian mereka.

Jurucakap Rumah Putih dalam kenyataan pada Rabu berkata, “keputusan yang sangat peribadi” seperti keputusan melakukan pembedahan harus dikhususkan untuk individu berusia lebih 18 tahun sahaja, lapor Daily Mail.

Namun pentadbiran Biden tetap menyokong bentuk penjagaan pengesahan jantina lain untuk kanak-kanak bawah umur, termasuk ubat penyekat akil baligh dan terapi hormon.

Ia dilihat sebagai perubahan keputusan terdahulu Rumah Putih dengan Biden sendiri sebelum ini menyelar negeri Republikan kerana menyekat akses kanak-kanak kepada pembedahan.

Beberapa kumpulan LGBT dengan pantas mengkritik perubahan pendirian itu, menyebutnya sebagai “salah sepenuhnya” dan menuduh Presiden “salah dalam aspek sains dan bahan (substance)”. – The Merdeka Times

 

Author

Teruskan Membaca

Kata Kunci

Trending