Antarabangsa
Bimbang waran tangkap ICC, Netanyahu batal lawatan Czech & Hungary
Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu memutuskan untuk tidak melawat Republik Czech dan Hungary dalam perjalanannya ke Amerika Syarikat (AS) untuk berucap di Kongres AS pada 24 Julai ini.
- Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu memutuskan untuk tidak melawat Republik Czech dan Hungary dalam perjalanannya ke Amerika Syarikat (AS) untuk berucap di Kongres AS pada 24 Julai ini.
- Keputusan itu dilaporkan badan penyiaran awam Israel, Kan di tengah-tengah kebimbangan Mahkamah Jenayah Antarabangsa (ICC) bersedia mengeluarkan waran tangkap ke atasnya.
- The Times of Israel melaporkan jika ICC menerima permintaan ketua pendakwa rayanya untuk mengeluarkan waran tangkap, Republik Czech dan Hungary mesti menangkap Netanyahu.
- Kedua-dua negara itu dilapor menyifatkan permintaan pengeluaran waran tangkap itu sebagai “tidak boleh diterima”.
Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu memutuskan untuk tidak melawat Republik Czech dan Hungary dalam perjalanannya ke Amerika Syarikat (AS) untuk berucap di Kongres AS pada 24 Julai ini.
Keputusan itu dilaporkan badan penyiaran awam Israel, Kan di tengah-tengah kebimbangan Mahkamah Jenayah Antarabangsa (ICC) bersedia mengeluarkan waran tangkap ke atasnya.
The Times of Israel melaporkan jika ICC menerima permintaan ketua pendakwa rayanya untuk mengeluarkan waran tangkap, Republik Czech dan Hungary mesti menangkap Netanyahu.
Kedua-dua negara itu dilapor menyifatkan permintaan pengeluaran waran tangkap itu sebagai “tidak boleh diterima”.
Netanyahu mempertimbang persinggahan itu selepas difahamkan pesawat perdana menteri, Wing of Zion tidak mampu melakukan penerbangan trans atlantik dengan muatan penuh penumpangnya.
Sebaliknya, Netanyahu akan melakukan pernerbangan terus dengan rombongan terhad menuju Washington.
Ketua Pendakwa Raya ICC, Karim Khan mengumumkan pada Mei lalu bahawa beliau memohon waran tangkap untuk Netanyahu dan Menteri Pertahanan, Yoav Gallant atas dakwaan jenayah “menyebabkan pembunuhan, menyebabkan kebuluran sebagai strategi peperangan, termasuk penafian bekalan bantuan kemanusiaan, (dan) sengaja menyasarkan orang awam dalam konflik”.
Waran tangkap sama turut dimohon ke atas pemimpin Hamas, Ismail Haniyeh, Yahya Sinwar dan Mohammed Deif. – The Merdeka Times