Antarabangsa
Adidas salur $150 juta kepada kumpulan pro-Israel
Adidas menyalurkan sumbangan lebih USD150 juta kepada kumpulan pro-Israel hasil jualan kasut “Yeezy” pada Mac lalu selepas mengakhiri kerjasama dengan penyanyi rap kontroversi, Ye atau lebih dikenali sebagai Kanye West, lapor The Arab News.
- Adidas menyalurkan sumbangan lebih USD150 juta kepada kumpulan pro-Israel hasil jualan kasut “Yeezy” pada Mac lalu selepas mengakhiri kerjasama dengan penyanyi rap kontroversi, Ye atau lebih dikenali sebagai Kanye West, lapor The Arab News.
- Kolaborasi jenama terkenal dari Jerman itu dengan Kanye dilaporkan berakhir pada Oktober 2022 berpunca daripada komen dan wawancara anti-semitik artis terbabit, termasuk di media sosial.
- Adidas telah menderma atau merancang menderma lebih 140 juta Euro (kira-kira USD152 juta) daripada hasil keuntungan 300 juta Euro daripada hasil jualan kasut Yeezy tahun lalu.
- Syarikat itu memutuskan untuk menjual kasut berbaki dan mendermakan hasilnya kepada pertubuhan pro-Israel, Anti-Defamation League (ADL), badan bukan keuntungan pro-Israel dengan misi memerangi ‘anti-semitisme’.
- ADL sebelum ini dikatakan tersasar dari kebenaran apabila meluaskan definisi anti-semitisme dengan turut mengambil kira mereka yang menentang zionis sebagai anti-semitik.
Adidas menyalurkan sumbangan lebih USD150 juta kepada kumpulan pro-Israel hasil jualan kasut “Yeezy” pada Mac lalu selepas mengakhiri kerjasama dengan penyanyi rap kontroversi, Ye atau lebih dikenali sebagai Kanye West, lapor The Arab News.
Kolaborasi jenama terkenal dari Jerman itu dengan Kanye dilaporkan berakhir pada Oktober 2022 berpunca daripada komen dan wawancara anti-semitik artis terbabit, termasuk di media sosial.
Susulan pengakhiran kerjasama itu, Adidas dilaporkan mempunyai kasut sneakers itu yang bernilai 1.2 billion Euro (USD1.3 billion) di gudangnya.
Adidas telah menderma atau merancang menderma lebih 140 juta Euro (kira-kira USD152 juta) daripada hasil keuntungan 300 juta Euro daripada hasil jualan kasut Yeezy tahun lalu.
Syarikat itu memutuskan untuk menjual kasut berbaki dan mendermakan hasilnya kepada pertubuhan pro-Israel, Anti-Defamation League (ADL), badan bukan keuntungan pro-Israel dengan misi memerangi ‘anti-semitisme’.
ADL sebelum ini dikatakan tersasar dari kebenaran apabila meluaskan definisi anti-semitisme dengan turut mengambil kira mereka yang menentang zionis sebagai anti-semitik.
Adidas baru-baru ini diselar ramai kerana menggugurkan penampilan model berdarah campuran Palestin, Bella Hadid daripada kempen terbaharu kasut retro berinspirasi Sukan Olimpik Munich 1972 selepas mendapat tekanan kumpulan pro-Israel.
Susulan itu, Bella mengupah peguam untuk mengambil tindakan terhadap Adidas “kerana kekurangan akauntabiliti awam” dan kerana melancarkan kempen “mengaitkan sesiapa sahaja dengan kematian dan keganasan yang berlaku di Sukan Munich 1972,” lapor US Weekly pada Ahad.
Adidas mengeluarkan satu lagi permohonan maaf kepada Bella dan rakan kongsi lainnya selepas menerima ancaman, lapor agensi berita Anadolu pada Khamis.
Ekoran keputusan dikeluarkan syarikat itu dan pendiriannya yang pro-Israel, pengguna media sosial dilihat bersatu hati membela Bella dengan seruan agar produk Adidas mula diboikot. – The Merdeka Times