Connect with us

Antarabangsa

(VIDEO) Netanyahu tewas dengan ‘kata-kata’ orang Islam – Penasihat Geopolitik

Ungkapan kebenaran orang Islam jauh lebih bernilai dibandingkan jutaan wang dibelanjakan kempen perhubungan awam Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu, kata penasihat risiko geopolitik, Sami Hamdi.

WhatsApp
Facebook0
Twitter
Wartawan TMT

Published

on

Foto: Penasihat Risiko Geopolitik, Sami Hamdi.

KUALA LUMPUR – Ungkapan kebenaran orang Islam jauh lebih bernilai dibandingkan jutaan wang dibelanjakan kempen perhubungan awam Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu, kata penasihat risiko geopolitik, Sami Hamdi.

Dalam video siaran langsung ucapannya dimuat naik 28 Mei lalu di saluran YouTube ICNA, Sami menggambarkan umat Islam yang terus “berkata-kata” akan mengubah dunia dan pemimpinnya supaya meminda polisi dan mengubah kecenderungan mereka.

“Kata-katanya (merujuk Muslim) membuat Macron (Presiden) Perancis mengalu-alukan waran tangkap Mahkamah Jenayah Antarabangsa (ICC), kata-katanya membuat Jerman berkata, ia akan menangkap Netanyahu jika dia datang ke Jerman, kata-katanya membuat Australia enggan menyertai pakatan menentang Houthi di Yaman. 

“Kata-katanya menyebabkan Kanada pulihkan pembiayaan untuk Agensi Bantuan dan Kerja Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) bagi Pelarian Palestin (UNRWA) apabila Biden cuba menjenayahkannya. 

“Kata-katanya membuat Kesatuan Eropah (EU) pulihkan semula pembiayaan UNRWA apabila Biden mahu menghancurkannya. 

“Ia kata-kata kamu wahai hamba-hamba Allah, suara kamu lebih bernilai daripada jutaan dibelanjakan Netanyahu untuk kempen perhubungan awamnya,” kata Sami di Konvensyen Islamic Circle of North America (ICNA) di Baltimore, Amerika Syarikat.

Dalam ucapannya, Sami menggambarkan sumber jutaan wang, ketenteraan dan peluru berpandu rejim zalim tidak akan dapat menangani kata-kata dan usaha mereka yang melakukan sesuatu kerana Allah.

“Kata-kata kamu lebih bernilai daripada mana-mana tentera yang mereka ada, kata-kata kamu lebih kuat daripada mana-mana peluru berpandu yang mereka ada.

“Netanyahu belanjakan jutaan untuk kempen perhubungan awam  bagi memenangi hati warga Amerika, kamu memecahkannya secara percuma, kamu memecahkannya secara percuma, kamu memecahkannya secara percuma wahai hamba Allah, dan bagaimana mungkin sebaliknya apabila semua kekuasaan milik Allah yang Maha Suci dan Maha Tinggi,” kata Sami. – The Merdeka Times

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *