Connect with us

Antarabangsa

Seks kanak-kanak bawah umur sebahagian budaya Gipsi – Mahkamah Sepanyol

Mahkamah Wilayah Ciudad Real di Sepanyol membebaskan seorang lelaki Gipsi dituduh melakukan penderaan seksual secara berterusan terhadap seorang gadis 12 tahun dengan memetik keanehan budaya Gipsi antara sebab di sebalik keputusannya, lapor RT.

WhatsApp
Facebook0
Twitter
Wartawan TMT

Published

on

Foto: Gambar sekadar hiasan.
  • Mahkamah Wilayah Ciudad Real di Sepanyol membebaskan seorang lelaki Gipsi dituduh melakukan penderaan seksual secara berterusan terhadap seorang gadis 12 tahun dengan memetik keanehan budaya Gipsi antara sebab di sebalik keputusannya, lapor RT.
  • Keputusan itu dikutuk badan pemerhati kesaksamaan Sepanyol sebagai “penghinaan mutlak” dan satu kegagalan menegakkan hak kanak-kanak bawah umur Gipsi.
  • Keputusan kontroversi kes seorang lelaki Gipsi berusia 20 tahun yang mempunyai “hubungan menyerupai perkahwinan” dengan seorang gadis berusia 12 tahun diumumkan media tempatan minggu lalu.
  • Pasangan itu memulakan hubungan mereka pada 2022 dengan kedua-dua keluarga kepada lelaki dan gadis itu maklum berkenaan hubungan tersebut, jelas mahkamah.
  • Gadis yang hamil anak kembar itu berjumpa doktor yang kemudiannya bertindak memberitahu pihak berkuasa kerana hubungannya didapati boleh dipersoalkan.

Mahkamah Wilayah Ciudad Real di Sepanyol membebaskan seorang lelaki Gipsi dituduh melakukan penderaan seksual secara berterusan terhadap seorang gadis 12 tahun dengan memetik keanehan budaya Gipsi antara sebab di sebalik keputusannya, lapor RT.

Keputusan itu dikutuk badan pemerhati kesaksamaan Sepanyol sebagai “penghinaan mutlak” dan satu kegagalan menegakkan hak kanak-kanak bawah umur Gipsi.

Keputusan kontroversi kes seorang lelaki Gipsi berusia 20 tahun yang mempunyai “hubungan menyerupai perkahwinan” dengan seorang gadis berusia 12 tahun diumumkan media tempatan minggu lalu.

Pasangan itu memulakan hubungan mereka pada 2022 dengan kedua-dua keluarga kepada lelaki dan gadis itu maklum berkenaan hubungan tersebut, jelas mahkamah.

Gadis yang hamil anak kembar itu berjumpa doktor yang kemudiannya bertindak memberitahu pihak berkuasa kerana hubungannya didapati boleh dipersoalkan.

Memandangkan had umur persetujuan seksual ditetapkan di bawah undang-undang Sepanyol adalah 16 tahun, pasangannya ditahan dan didakwa dengan penderaan seksual berterusan terhadap kanak-kanak bawah umur.

Pendakwa Raya menuntut mahkamah supaya menjatuhkan hukuman penjara sekurang-kurangnya 11 tahun enam bulan. 

Mahkamah bagaimanapun memilih untuk membebaskan lelaki itu dengan alasan bahawa hubungan antara orang dewasa dan kanak-kanak “sebahagian daripada sfera budaya dan sosial masyarakat Gipsi”.

Badan kehakiman juga berhujah umur undang-undang untuk persetujuan boleh diabaikan dalam kes itu dengan alasan perbezaan umur antara kedua-duanya tidak besar, manakala kedua-duanya menunjukkan perkembangan fizikal dan psikologi yang sama.

Ia juga menyatakan hubungan antara kedua-duanya “sentiasa bersepakat dalam bentuk hubungan romantis”. – The Merdeka Times

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *