Connect with us

Terkini

Kerajaan “buta warna” dalam buka peluang untuk rakyat ikuti TVET – Ahmad Zahid

Kerajaan mengambil pendirian ‘buta warna’ atau tidak pilih kasih dalam memberikan peluang kepada rakyat Malaysia untuk mengikuti kursus Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) di negara ini, kata Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Wartawan TMT

Published

on

Foto: Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.
  • Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata ini terbukti apabila kerajaan membuka peluang kepada pelajar tanpa mengira kaum di negara ini menjalani latihan berkaitan TVET di China.
  • “(Kerajaan) telah dapat sediakan 5,125 tempat untuk pelajar Malaysia dihantar ke China dengan biasiswa sepenuhnya. Kerajaan atau organisasi hanya perlu bayar tiket penerbangan sahaja.
  • “Dengan tawaran begitu, saya telah membuka peluang ini (termasuk) tempat untuk pelajar keturunan Cina, India, Sabah dan Sarawak yang kita beri peluang untuk mereka mendapat pendedahan daripada negara China,” katanya pada sesi soal jawab lisan pada persidangan Dewan Rakyat, hari ini.
  • Ahmad Zahid berkata demikian bagi menjawab soalan tambahan Datuk Seri Jalaluddin Alias (BN-Jelebu) yang ingin tahu mengenai kuota pertama ditawarkan kepada pelajar Malaysia dan China susulan penubuhan Malaysia-China Institute (MCI).

KUALA LUMPUR — Kerajaan mengambil pendirian ‘buta warna’ atau tidak pilih kasih dalam memberikan peluang kepada rakyat Malaysia untuk mengikuti kursus Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) di negara ini, kata Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Beliau yang juga Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah berkata ini terbukti apabila kerajaan membuka peluang kepada pelajar tanpa mengira kaum di negara ini menjalani latihan berkaitan TVET di China.

“(Kerajaan) telah dapat sediakan 5,125 tempat untuk pelajar Malaysia dihantar ke China dengan biasiswa sepenuhnya. Kerajaan atau organisasi hanya perlu bayar tiket penerbangan sahaja.

“Dengan tawaran begitu, saya telah membuka peluang ini (termasuk) tempat untuk pelajar keturunan Cina, India, Sabah dan Sarawak yang kita beri peluang untuk mereka mendapat pendedahan daripada negara China,” katanya pada sesi soal jawab lisan pada persidangan Dewan Rakyat, hari ini.

Beliau berkata demikian bagi menjawab soalan tambahan Datuk Seri Jalaluddin Alias (BN-Jelebu) yang ingin tahu mengenai kuota pertama yang ditawarkan kepada pelajar Malaysia dan China susulan penubuhan Malaysia-China Institute (MCI).

Pada 30 Mei lepas, Ahmad Zahid dilaporkan berkata 220 syarikat China menawarkan 5,125 kuota kepada pelajar Malaysia untuk menjalani latihan berkaitan TVET bagi jangka pendek, sederhana dan panjang sekali gus menjadi ‘game changer’ atau pengubah keadaan dalam melonjakkan industri TVET di Malaysia.

Sementara itu, Timbalan Perdana Menteri berkata 98.5 peratus pelajar TVET di bawah Majlis Amanah Rakyat (MARA), iaitu agensi di bawah Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW), berjaya memperoleh pekerjaan.

Bagaimanapun beliau berkata ia tidak bermakna baki 1.5 peratus daripada pelajar itu tidak mendapat pekerjaan, sebaliknya mereka memilih untuk melanjutkan pelajaran ke peringkat lebih tinggi iaitu diploma, ijazah dan juga sarjana.

“… kita harus lihat kursus yang ditawarkan itu mesti bersesuaian dengan permintaan kepada pasaran guna tenaga. Kita mahu kursus yang ditawarkan itu adalah kursus yang ditentukan keperluannya oleh penggiat industri agar mereka ini terus dapat bekerja di syarikat berkenaan.

“Apa yang kerajaan lakukan sekarang ini ialah, penggiat industri atau syarikat itu terus menandatangani MoA (Memorandum Perjanjian) dengan institusi TVET. Jadi pelajar yang bakal tamat dalam sesuatu kursus itu akan terus bekerja,” katanya. — BERNAMA

Author

Terkini

Isu tanah Kampung Sg Baru: Beri pampasan tidak munasabah langgar Perlembagaan Persekutuan – Peguam

Seorang peguam berpandangan adalah melanggar Perlembagaan Persekutuan sekiranya pampasan diterima pemilik hartanah Kampung Sungai Baru di sini tidak mencapai nilai munasabah atau tidak memadai.

Hidayah Sani

Published

on

Foto: Peguam Panel Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Muhammad Shahrin Satheer
  • Peguam Panel Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Muhammad Shahrin Satheer berkata sekiranya ia berlaku, pemilik hartanah itu mempunyai hak untuk mencabar dan menyatakan pengambilan tanah mereka perlu diketepikan dan tidak sah. 
  • “So kalau kita lihat Fasal 13(1) Perlembagaan Persekutuan secara ringkas menyatakan tiada seorang pun boleh dilucutkan hartanya kecuali mengikut undang-undang. 
  • “Dan Fasal 13(2) berkata tiada undang-undang boleh memperuntukkan pengambilan ataupun penggunaan harta dengan paksa tanpa pampasan yang memadai so bagi saya apabila tiada pampasan memadai pengambilan tanah itu adalah melanggar Perlembagaan Persekutuan,” katanya hari ini dalam satu klip video sidang media bertajuk “Pampasan Terlalu Rendah, PPIM gesa nilai semula harga tanah Penduduk Kg Sungai Baru”.
  • Ia diadakan susulan PPIM menerima aduan dan keluhan lebih 100 pemilik hartanah di Kampung Sungai Baru yang tidak bersetuju dengan nilai pampasan ditawarkan kepada mereka sebelum ini, disifatkan terlalu rendah berbanding nilai sebenar.

KUALA LUMPUR — Seorang peguam berpandangan adalah melanggar Perlembagaan Persekutuan sekiranya pampasan diterima pemilik hartanah Kampung Sungai Baru di sini tidak mencapai nilai munasabah atau tidak memadai.

Peguam Panel Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Muhammad Shahrin Satheer berkata sekiranya ia berlaku, pemilik hartanah itu mempunyai hak untuk mencabar dan menyatakan pengambilan tanah mereka perlu diketepikan dan tidak sah. 

So kalau kita lihat Fasal 13(1) Perlembagaan Persekutuan secara ringkas menyatakan tiada seorang pun boleh dilucutkan hartanya kecuali mengikut undang-undang. 

“Dan Fasal 13(2) berkata tiada undang-undang boleh memperuntukkan pengambilan ataupun penggunaan harta dengan paksa tanpa pampasan yang memadai so bagi saya apabila tiada pampasan memadai pengambilan tanah itu adalah melanggar Perlembagaan Persekutuan.

“Tapi pada masa sama kita juga ada pengecualian di bawah Fasal 13 Perlembagaan Persekutuan di mana kuasa diberikan kepada kerajaan untuk mengambil tanah kita dengan beberapa syarat.

“Iaitu syarat pampasan munasabah diberikan dan kalau kita lihat kesan Seksyen 340 (Kanun Tanah Negara 1965) dan Perlembagaan Persekutuan tadi apa yang kita boleh faham dari sini ialah tiada siapa boleh dipaksa untuk jual tanah mereka di bawah nilai harga pasaran,” katanya hari ini dalam satu klip video sidang media bertajuk “Pampasan Terlalu Rendah, PPIM gesa nilai semula harga tanah Penduduk Kg Sungai Baru”.

Sidang media itu diadakan susulan PPIM menerima aduan dan keluhan lebih 100 pemilik hartanah di Kampung Sungai Baru yang tidak bersetuju dengan nilai pampasan ditawarkan kepada mereka sebelum ini dan disifatkan terlalu rendah berbanding nilai sebenar.

Media sebelum ini melaporkan mereka menggesa kerajaan mempertimbang semula nilai pampasan kepada pemilik hartanah Kampung Sungai Baru berbanding apa ditawarkan kerajaan terdahulu melalui undang-undang di bawah Akta Pengambilan (APT) Tanah 1960.

Susulan itu, Muhammad Shahrin menuntut kerajaan meminda semula Seksyen 3 Akta Pengambilan (APT) Tanah 1960 supaya ia lebih khusus tentang bagaimanakah kerajaan boleh mengambil tanah memandangkan ketika ini maksudnya dilihat sangat meluas.

“Seksyen 3 ini dia punya maksud sangat luas bagi saya perkara ini perlu diubah sebab apa yang berlaku sekarang kita lihat ia telah disalah gunakan sebab sekarang ini kita ada dua nilai penilaian yang berbeza yang sangat ketara ada kerajaan mengatakan 450 per sekaki, swasta pula menyatakan 1,500 ke atas.

“Dan bagi saya yang paling logik adalah 1,500 sekaki dan ke atas sebab saya sendiri dah turun ke sana dan kita melihat Kg Sungai Baru dia sangat dekat dengan KLCC, sebelah dengan Saloma Bridge boleh nampak AKLEH atas sana so bagi saya kita tahulah untuk 450 per sekaki ini tak logik,” katanya. — The Merdeka Times

Sokong TMT media berani, benar & bebas di https://support.themerdekatimes.com/

Author

Teruskan Membaca

Kata Kunci

Trending