Antarabangsa
TV Belgium tayang mesej pro-Palestin, potong siaran nyanyian artis Israel di Eurovision
Penyiar kebangsaan perkhidmatan awam Belgium mengganggu liputan separuh akhir pertandingan nyanyian Eurovision pada Khamis untuk memaparkan mesej mengutuk “pelanggaran hak asasi manusia” dilakukan Israel.
- Penyiar kebangsaan perkhidmatan awam Belgium mengganggu liputan separuh akhir pertandingan nyanyian Eurovision pada Khamis untuk memaparkan mesej mengutuk “pelanggaran hak asasi manusia” dilakukan Israel.
- Irish Mirror melaporkan saluran VRT bertindak memancarkan mesej itu ke seluruh Belgium pada awal persembahan selepas negara pendudukan haram tersebut layak ke perlawanan akhir pada malam Sabtu.
- Pertandingan tahun ini banyak dicemari kontroversi melibatkan penyertaan Israel dalam pusat muzik di benua itu.
- Perkara itu dikongsi secara meluas di media sosial berikutan mesej yang dipamerkan VRT.
- “Ini adalah tindakan kesatuan. Kami mengutuk pencabulan hak asasi manusia (dilakukan) negara Israel. Israel juga menghancurkan kebebasan akhbar. Itu sebabnya kami mengganggu tayangan sementara waktu. #CeaseFireNow #StopGenocideNow,” kata kenyataan itu.
Penyiar kebangsaan perkhidmatan awam Belgium mengganggu liputan separuh akhir pertandingan nyanyian Eurovision pada Khamis untuk memaparkan mesej mengutuk “pelanggaran hak asasi manusia” dilakukan Israel.
Irish Mirror melaporkan saluran VRT bertindak memancarkan mesej itu ke seluruh Belgium pada awal persembahan selepas negara pendudukan haram tersebut layak ke perlawanan akhir pada malam Sabtu.
Pertandingan tahun ini banyak dicemari kontroversi melibatkan penyertaan Israel dalam pusat muzik di benua itu.
Perkara itu dikongsi secara meluas di media sosial berikutan mesej yang dipamerkan VRT.
“Ini adalah tindakan kesatuan. Kami mengutuk pencabulan hak asasi manusia (dilakukan) negara Israel. Israel juga menghancurkan kebebasan akhbar. Itu sebabnya kami mengganggu tayangan sementara waktu. #CeaseFireNow #StopGenocideNow,” kata kenyataan itu.
Syarikat penyiaran itu turut menjelaskan keputusannya memaparkan mesej itu secara nasional.
“Kami telah menonton insiden mengerikan di Timur Tengah selama berbulan-bulan. Kami yakin bahawa Negara Israel melakukan genosid maka dengan itu, ia sesuatu yang memalukan bahawa adanya calon Israel di pertandingan nyanyian Eurovision.
“Tidak melakukan apa-apa, (dan) hanya menonton, bukan lagi pilihan. EBU (Kesatuan Penyiaran Eropah) malangnya membolehkan penyertaan Israel dan oleh itu kami memutuskan untuk mengganggu siaran.
“Kami berharap untuk menghantar isyarat kepada kerajaan Israel supaya dihentikan pertempuran dan pembunuhan, benarkan pemerhati antarabangsa dan akhbar masuk (Gaza) dan duduk untuk rundingan solusi,” katanya. – The Merdeka times