Connect with us

Terkini

Penduduk bantah SJKC dibina atas tapak sekolah kebangsaan di Bandar Kinrara

Penduduk Bandar Kinrara, Puchong menolak keputusan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) untuk membina Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) di atas tapak asal Sekolah Kebangsaan di bandar itu.

WhatsApp
Facebook0
Twitter
Hidayah Sani

Published

on

Foto: Penduduk Bandar Kinrara membantah pembinaan SJKC di atas tapak asal Sekolah Kebangsaan.
  • Penduduk Bandar Kinrara, Puchong menolak keputusan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) untuk membina Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) di atas tapak asal Sekolah Kebangsaan di bandar itu.
  • Perkara itu ditegaskan Setiausaha Badan Bertindak Bandar Kinrara (BERTINDAK), Zainol Talib yang menolak pembinaan SJKC berkenaan di Bandar Kinrara.
  • “Sekolah untuk satu kaum dengan bantuan kewangan Kerajaan bukan hanya melebarkan jurang pemisahan antara Melayu, Cina dan India, malah pelaksanaan dasar “divide and rule” ini sudah lama ketinggalan zaman. 
  • “Ia halangan utama membentuk negara bangsa Malaysia selama 67 tahun selepas bangsa Cina dan India diberi kerakyatan di negara ini,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.
  • Beliau memaklumkan satu sesi libat urus melibatkan wakil Persatuan Penduduk BK5B, BERTINDAK dan Kawasan Rukun Tetangga BK 4/8, 9 & 10 Bandar Kinrara bersama wakil KPM, Jabatan Pendidikan Negeri Selangor (JPNS), Pejabat Pendidikan Daerah Petaling Perdana telah diadakan semalam untuk menyelesaikan bantahan penduduk terhadap keputusan KPM mengalih pembinaan SJKC Too Joon Hing dari Dengkil ke Bandar Kinrara pada tahun 2021.
  • Difahamkan, isu itu berlarutan sejak 2021 berikutan bantahan penduduk kerana sudah ada tujuh sekolah Cina dalam radius lima kilometer dari tapak sekolah itu sedangkan di kawasan majoriti Melayu berkenaan didakwa hanya mempunyai dua sekolah kebangsaan, masing-masing kapasiti pelajarnya sudah penuh.
  • “Tak adil lah kalau nak buka satu lagi sekolah Cina… Padahal sekolah-sekolah kebangsaan yang kita ada ini dekat sini semuanya penuh, terlalu penuh,” kata Pengerusi Persatuan Penduduk BK5B Bandar Kinrara, Mohamad Haron Mohamad Sidik menerusi satu klip video TikTok dimuat naik @jinggo_citizennews hari ini.

KUALA LUMPUR — Penduduk Bandar Kinrara, Puchong menolak keputusan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) untuk membina Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) di atas tapak asal Sekolah Kebangsaan di bandar itu.

Perkara itu ditegaskan Setiausaha Badan Bertindak Bandar Kinrara (BERTINDAK), Zainol Talib yang menolak pembinaan SJKC berkenaan di Bandar Kinrara.

Beliau berkata KPM sepatutnya kembali kepada matlamat penubuhan asalnya, iaitu mewujudkan pendidikan yang baik dan sempurna dengan menggunakan bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar utama di semua sekolah di bawah Sistem Pendidikan Kebangsaan bagi menyatukan rakyat berbilang kaum.

“Sekolah untuk satu kaum dengan bantuan kewangan Kerajaan bukan hanya melebarkan jurang pemisahan antara Melayu, Cina dan India, malah pelaksanaan dasar “divide and rule” ini sudah lama ketinggalan zaman.

“Ia halangan utama membentuk negara bangsa Malaysia selama 67 tahun selepas bangsa Cina dan India diberi kerakyatan di negara ini,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Beliau memaklumkan satu sesi libat urus melibatkan wakil Persatuan Penduduk BK5B, BERTINDAK dan Kawasan Rukun Tetangga BK 4/8, 9 & 10 Bandar Kinrara bersama wakil KPM, Jabatan Pendidikan Negeri Selangor (JPNS), Pejabat Pendidikan Daerah Petaling Perdana telah diadakan semalam untuk menyelesaikan bantahan penduduk terhadap keputusan KPM mengalih pembinaan SJKC Too Joon Hing dari Dengkil ke Bandar Kinrara pada tahun 2021.

Difahamkan, isu itu berlarutan sejak 2021 berikutan bantahan penduduk kerana sudah ada tujuh sekolah Cina dalam radius lima kilometer dari tapak sekolah itu sedangkan di kawasan majoriti Melayu berkenaan didakwa hanya mempunyai dua sekolah kebangsaan, masing-masing kapasiti pelajarnya sudah penuh.

Selain itu, pelan perancangan asal kawasan itu juga dikatakan untuk membina lapan Sekolah Kebangsaan/Sekolah Menengah Kebangsaan, namun apa dibina di kawasan itu hari ini sebaliknya ialah tujuh SJKC, dua SK dan satu SJKT.

Susulan itu, Pengerusi Persatuan Penduduk BK5B Bandar Kinrara, Mohamad Haron Mohamad Sidik menerusi satu klip video TikTok dimuat naik @jinggo_citizennews hari ini berkata, sekiranya pembinaan penambahan SJKC tersebut diteruskan, mereka akan mengadakan perhimpunan besar-besaran untuk menuntut ia dibatalkan.

Foto: Tangkap layar video bantahan penduduk Bandar Kinrara dimuat naik di TikTok @jinggo_citizennews

“Tak adil lah kalau nak buka satu lagi sekolah Cina… Padahal sekolah-sekolah kebangsaan yang kita ada ini dekat sini semuanya penuh, terlalu penuh. 

“Memang hari ini dia ada katakan kepada kami bahawa mereka akan membina sebuah sekolah kebangsaan Seksyen 5 dekat BK5, itu pun tidak memadai tidak cukup untuk kita menampung lebih kurang 17,000 ribu pintu rumah (majoriti Melayu) di Bandar Kinrara ini dan juga di kawasan sekitar Bandar Kinrara ini kita juga menampung pelajar-pelajar (luar) yang datang bersekolah di sini, so semua orang datang sini jadi sekolah kebangsaan ini yang penting dan dia amat sesuai untuk semua bangsa, kaum tanpa kira apa pun pegangan mereka.

“Jadi kami minta Kementerian Pendidikan Malaysia tolong batalkan Sekolah Jenis Kebangsaan Cina ini dan tolong bina sekolah kebangsaan untuk semua kaum itu yang kami minta dari kerajaan kita.

“Saya harap mesej ini sampai kepada pengetahuan Menteri Pendidikan, YB Fadhlina Sidek,” kata Mohamad Haron. — The Merdeka Times

Sokong TMT media berani, benar & bebas di https://support.themerdekatimes.com/

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *