Terkini
Netizen sindir hasrat Kelantan terima pelancong antarabangsa, Cadang LTSIP ditukar ‘Lapangan Terbang Antarabangsa Taliban’
Hasrat Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra (LTSIP) di Pengkalan Chepa, Kelantan mengendalikan penerbangan antarabangsa menjelang hujung tahun ini menerima sindiran negatif netizen bukan Islam di media bahasa Mandarin dengan komen berbaur Islamofobia.
- Hasrat Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra (LTSIP) di Pengkalan Chepa, Kelantan mengendalikan penerbangan antarabangsa menjelang hujung tahun ini menerima sindiran negatif netizen bukan Islam di media bahasa Mandarin dengan komen berbaur Islamofobia.
- Malah tinjauan The Merdeka Times di ruangan komen hantaran Facebook China Press pada 1 Mei lalu mendapati ada netizen menyamakan Kelantan dengan Afghanistan yang diperintah Taliban.
- “Perempuan pergi negeri Taliban, ingat untuk tutup ketat-ketat,” kata Lim CM yang dilihat merujuk kepada ketegasan pematuhan syariah di Kelantan.
- “Boleh pakai seluar pendek dalam lapangan terbang tak?,” kata netizen, Kuan Hoong Wong.
- “Dinamakan secara rasmi Lapangan Terbang Antarabangsa Taliban,” sindir netizen lain.
Hasrat Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra (LTSIP) di Pengkalan Chepa, Kelantan mengendalikan penerbangan antarabangsa menjelang hujung tahun ini menerima sindiran negatif netizen bukan Islam di media bahasa Mandarin dengan komen berbaur Islamofobia.
Malah tinjauan The Merdeka Times di ruangan komen hantaran Facebook China Press pada 1 Mei lalu mendapati ada netizen menyamakan Kelantan dengan Afghanistan yang diperintah Taliban.
Antaranya adalah netizen, Lim CM yang menyamakan Kelantan dengan dengan negeri Taliban.
“Perempuan pergi negeri Taliban, ingat untuk tutup ketat-ketat,” kata Lim CM yang dilihat merujuk kepada ketegasan pematuhan syariah di Kelantan.
Simon Tan pula menyifatkan tindakan itu sebagai “cara paling langsung menyambut Taliban”.
Seorang lagi netizen mahu nama LTSIP diubah.
“Dinamakan secara rasmi Lapangan Terbang Antarabangsa Taliban,” sindir netizen dengan nama Cina itu.
Netizen lain pula mempersoalkan kod pakaian di lapangan terbang itu selepas menerima pelancong antarabangsa nanti.
“Boleh pakai seluar pendek dalam lapangan terbang tak?,” kata netizen, Kuan Hoong Wong.
China Press pada 1 Mei lalu melaporkan Pengurus Besar Kanan Malaysia Airport Holdings Berhad (MAHB), Kamaruzzaman Razali sebagai berkata, pihaknya akan berbincang dengan Kementerian Pelancongan dan Kerajaan Negeri Kelantan bagi mengendalikan penerbangan antarabangsa.
“Kita sudah siap sedia untuk penerbangan antarabangsa cuma menunggu peluang perbincangan lanjut,” katanya pada sidang akhbar khas.
Sementara itu, terminal baharu LTSIP fasa 1 telah mula beroperasi secara rasmi pada Rabu lalu. – The Merdeka Times