Connect with us

Antarabangsa

Meta luluskan iklan politik anti-Muslim hasut keganasan di India – Laporan

Meta, pemilik Facebook dan Instagram, meluluskan iklan politik dimanipulasi AI yang menghasut keganasan dan penyebaran maklumat salah semasa pilihan raya India, demikian menurut laporan dikongsi kepada The Guardian.

WhatsApp
Facebook0
Twitter
Wartawan TMT

Published

on

Foto: Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Meta, Mark Zuckerberg (kiri) dan Perdana Menteri India, Narendra Modi (kanan).
  • Meta, pemilik Facebook dan Instagram, meluluskan iklan politik dimanipulasi AI yang menghasut keganasan dan penyebaran maklumat salah semasa pilihan raya India, demikian menurut laporan dikongsi kepada The Guardian.
  • Siasatan India Civil Watch International (ICWI) dan badan pemerhati korporat Ekō mendedahkan syarikat teknologi gergasi itu membenarkan iklan menghasut yang menyasarkan umat Islam.
  • Iklan itu bertujuan menguji sistem pengesanan Meta termasuk kata-kata cemuhan seperti “mari kita bakar kutu ini” dan “darah Hindu tumpah, penceroboh ini mesti dibakar” di samping dakwaan palsu tentang pemimpin politik.
  • Daripada 22 iklan yang diserahkan dalam pelbagai bahasa, 14 diluluskan Meta dan selepas sedikit perubahan kecil, tiga lagi iklan turut diluluskan. Akhirnya, semua iklan diluluskan Meta itu diturunkan serta-merta oleh ICWI dan Ekō.
  • Laporan itu mendedahkan sistem Meta tidak dapat menyekat beberapa set iklan berbentuk provokasi direka untuk meniru senario kehidupan sebenar yang dimuat naik oleh ICWI dan Ekō.
  • Meta dikritik sebelum ini kerana gagal menghentikan penyebaran ucapan kebencian Islamofobia, seruan keganasan dan teori konspirasi anti-Muslim di platformnya di India. 

Meta, pemilik Facebook dan Instagram, meluluskan iklan politik dimanipulasi AI yang menghasut keganasan dan penyebaran maklumat salah semasa pilihan raya India, demikian menurut laporan dikongsi kepada The Guardian.

Siasatan India Civil Watch International (ICWI) dan badan pemerhati korporat Ekō mendedahkan syarikat teknologi gergasi itu membenarkan iklan menghasut yang menyasarkan umat Islam. 

Memetik laporan The Guardian, iklan itu bertujuan menguji sistem pengesanan Meta termasuk kata-kata cemuhan seperti “mari kita bakar kutu ini” dan “darah Hindu tumpah, penceroboh ini mesti dibakar” di samping dakwaan palsu tentang pemimpin politik.

Sebuah iklan secara palsu menuduh seorang pemimpin pembangkang mahu “memadam orang Hindu daripada India” dan menggesa mereka dihukum mati. 

Laporan itu mendedahkan sistem Meta tidak dapat menyekat beberapa set iklan berbentuk provokasi direka untuk meniru senario kehidupan sebenar yang dimuat naik oleh ICWI dan Ekō.

Daripada 22 iklan yang diserahkan dalam pelbagai bahasa, 14 diluluskan Meta dan selepas sedikit perubahan kecil, tiga lagi iklan turut diluluskan. 

Akhirnya, semua iklan yang diluluskan Meta itu diturunkan serta-merta oleh ICWI dan Ekō.

Sistem Meta gagal mengesan imej dimanipulasi AI walaupun syarikat teknologi gergasi itu berjanji untuk menghalang kandungan tersebut semasa pilihan raya.

Juru kempen di Ekō, Maen Hammad mendakwa Meta menjana keuntungan daripada ucapan kebencian. 

“(Pentaksub) supremasi, perkauman dan autokrat tahu mereka boleh gunakan iklan sasaran untuk menyebarkan ucapan kebencian yang keji, berkongsi imej masjid terbakar dan mendorong teori konspirasi ganas dan Meta dengan senang hati akan mengambil wang mereka, tiada soalan ditanya,” katanya.

Laporan itu juga mendapati iklan diluluskan melanggar peraturan pilihan raya India yang mengharamkan kandungan berkaitan pilihan raya 48 jam sebelum pengundian bermula.

Jurucakap Meta menegaskan iklan hendaklah mematuhi undang-undang dan standard komuniti dan menyatakan bahawa iklan tentang pilihan raya atau politik “mesti melalui proses kebenaran yang diperlukan platform kami dan bertanggungjawab mematuhi semua undang-undang berkaitan”.

Syarikat teknologi gergasi itu dikritik sebelum ini kerana gagal menghentikan penyebaran ucapan kebencian Islamofobia, seruan keganasan dan teori konspirasi anti-Muslim di platformnya di India. 

Hantaran-hantaran itu dalam sesetengah keadaan telah menyebabkan rusuhan dan berlakunya serangan menyebabkan kematian. – The Merdeka Times

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *