Connect with us

Terkini

(VIDEO) Hadkan UiTM hanya untuk bumiputera adalah berperlembagaan – Peguam

Tindakan menghadkan kemasukan pelajar ke Universiti Teknologi Mara (UiTM) hanya untuk bumiputera adalah berperlembagaan mengikut Perkara 153 Perlembagaan Persekutuan, demikian menurut peguam, Lukman Sheriff Alias.

Hidayah Sani

Published

on

Foto: Pengarah Lawyers for Liberty (LFL), Zaid Malek (kiri) dan Peguam, Lukman Sheriff Alias (kanan).
  • Tindakan menghadkan kemasukan pelajar ke Universiti Teknologi Mara (UiTM) hanya untuk bumiputera adalah berperlembagaan mengikut Perkara 153 Perlembagaan Persekutuan, demikian menurut peguam, Lukman Sheriff Alias.
  • Lukman yang juga Pengerusi PEMBELA berkata, di dalam Perlembagaan Persekutuan secara amnya mengatakan tidak boleh ada diskriminasi di antara kaum kecuali dibenarkan dalam perlembagaan.
  • Beliau berkata di bawah Perkara 153 jelas menyatakan adalah dibolehkan sesebuah institusi itu hanya terhad kepada bumiputera sahaja.
  • “Jadi kalau nak maintain (kekalkan kemasukan pelajar UiTM) kepada bumiputera sahaja ini adalah mengikut perlembagaan. 
  • “Jadi terpulang kepada polisi untuk membenarkan hanya bumiputera sahaja belajar di UiTM,” katanya ketika ditemui The Merdeka Times di Kampung Baru di sini hari ini.
  • Beliau berkata demikian ketika mengulas sama ada salah dari sudut perundangan ataupun Perlembagaan Persekutuan sekiranya UiTM hanya dihadkan kepada bumiputera sahaja memandangkan penubuhan awal universiti itu sememangnya untuk kelompok Melayu dan bumiputera Sabah dan Sarawak.
  • Ini susulan Pengarah Lawyers for Liberty (LFL), Zaid Malek pada Sabtu lalu dilaporkan mengatakan tiada bahagian dalam Perkara 153 yang menjadikan tindakan membenarkan bukan bumiputera masuk ke mana-mana program di UiTM sebagai tidak berperlembagaan.

KUALA LUMPUR — Tindakan menghadkan kemasukan pelajar ke Universiti Teknologi Mara (UiTM) hanya untuk bumiputera adalah berperlembagaan mengikut Perkara 153 Perlembagaan Persekutuan, demikian menurut peguam, Lukman Sheriff Alias.

Lukman yang juga Pengerusi Pertubuhan Pembela Islam (PEMBELA) berkata, di dalam Perlembagaan Persekutuan secara amnya mengatakan tidak boleh ada diskriminasi di antara kaum kecuali dibenarkan dalam perlembagaan.

Beliau berkata di bawah Perkara 153 jelas menyatakan adalah dibolehkan sesebuah institusi itu hanya terhad kepada bumiputera sahaja.

“Jadi kalau nak maintain (kekalkan kemasukan pelajar UiTM) kepada bumiputera sahaja ini adalah mengikut perlembagaan. 

“Jadi terpulang kepada polisi untuk membenarkan hanya bumiputera sahaja belajar di UiTM,” katanya ketika ditemui The Merdeka Times di Kampung Baru di sini hari ini.

Beliau berkata demikian ketika mengulas sama ada salah dari sudut perundangan ataupun Perlembagaan Persekutuan sekiranya UiTM hanya dihadkan kepada bumiputera sahaja memandangkan penubuhan awal universiti itu sememangnya untuk kelompok Melayu dan bumiputera Sabah dan Sarawak.

Ini susulan Pengarah Lawyers for Liberty (LFL), Zaid Malek pada Sabtu lalu dilaporkan mengatakan tiada bahagian dalam Perkara 153 yang menjadikan tindakan membenarkan bukan bumiputera masuk ke mana-mana program di UiTM sebagai tidak berperlembagaan.

Zaid Malek berkata Perkara 153(2) membenarkan Raja menentukan perkadaran munasabah hak istimewa dalam pendidikan untuk orang Melayu dan anak negeri Sabah dan Sarawak, namun Perkara 153(1) juga dengan jelas menyatakan bahawa kepentingan sah kaum lain mesti dijaga apabila menggunakan peruntukan tersebut.

Katanya,  penggunaan istilah ‘perkadaran munasabah’ bermakna sekiranya Yang di-Pertuan Agong memutuskan wajar membahagikan kuota tertentu untuk bukan Melayu mendaftar ke mana-mana program UiTM, ia sepenuhnya mematuhi Perkara 153 Perlembagaan Persekutuan.

Mengulas dakwaan sesetengah pihak yang mengatakan tindakan menghadkan UiTM hanya untuk bumiputera sebagai tidak adil buat kaum lain, Lukman menjelaskan peruntukan dalam perlembagaan negara ini adalah terdiri daripada banyak ‘kompromi sosial’ antara pelbagai kaum di mana mereka juga mempunyai hak-hak berlainan di bawah perlembagaan.

Beliau berkata situasi itu tidak bermakna bahawa kompromi yang dicapai sejak dahulu tidak boleh berubah, namun sebarang perubahan perlu diikuti dengan adanya ‘tolak ansur’ antara kompromi-kompromi yang dicapai terdahulu.

“Sebab itu perlembagaan kata semua mempunyai hak yang sama kecuali yang dibenarkan di bawah perlembagaan.

“Jadi nak mengatakan adil ke tak adil secara spesifik adalah tidak tepat dan sebenarnya tidak adil, kita kena melihat secara menyeluruh kompromi perlembagaan sama ada adil atau tidak kalau nak ubah.

“Bukan saya kata kita tak boleh (ubah, tapi) kita kena ada satu proses tolak ansur hak-hak yang telah dipersetujui di dalam perlembagaan,” katanya. — The Merdeka Times

Sokong TMT media berani, benar & bebas di https://support.themerdekatimes.com/

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *





Antarabangsa

5,081 peneroka haram Israel serbu Masjid Al-Aqsa pada Jun – Laporan

Sekurang-kurangnya 5,081 peneroka haram Israel menyerbu Masjid Al-Aqsa pada Jun di bawah perlindungan Pasukan Pendudukan Israel (IOF), lapor akhbar Al-Hurriya.

Wartawan TMT

Published

on

Foto: Gambar sekadar hiasan.
  • Sekurang-kurangnya 5,081 peneroka haram Israel menyerbu Masjid Al-Aqsa pada Jun di bawah perlindungan Pasukan Pendudukan Israel (IOF), lapor akhbar Al-Hurriya.
  • IOF masih mengekalkan kawalan ketat ke atas akses sekitar Masjid Al-Aqsa, menyekat kemasukan orang Islam sambil memudahkan kemasukan peneroka haram di bawah perlindungan tentera.
  • Roya News melaporkan kehadiran IOF yang semakin meningkat di sekitar pintu Kota Lama berjaya mengubah kawasan tersebut menjadi sesuatu yang disifatkan pengkritik sebagai perkhemahan tentera (berek tentera).

Sekurang-kurangnya 5,081 peneroka haram Israel menyerbu Masjid Al-Aqsa pada Jun di bawah perlindungan Pasukan Pendudukan Israel (IOF), lapor akhbar Al-Hurriya.

IOF masih mengekalkan kawalan ketat ke atas akses sekitar Masjid Al-Aqsa, menyekat kemasukan orang Islam sambil memudahkan kemasukan peneroka haram di bawah perlindungan tentera.

Roya News melaporkan kehadiran IOF yang semakin meningkat di sekitar pintu Kota Lama berjaya mengubah kawasan tersebut menjadi sesuatu yang disifatkan pengkritik sebagai perkhemahan (berek) tentera .

Aktivis Palestin mengecam sekeras-kerasnya pencerobohan itu dan menyifatkannya percubaan disengajakan untuk mengukuhkan kawalan ke atas Masjid Al-Aqsa dan menuntut kepentingan Yahudi pada elemen rohani dan sejarah tapak itu.

Mereka mengeluarkan gesaan supaya ditingkatkan kehadiran orang Islam di pekarangannya bagi menentang tindakan sedemikian dan melindungi tapak suci itu daripada pencerobohan selanjutnya. – The Merdeka Times

Author

Teruskan Membaca

Kata Kunci

Trending