Connect with us

Terkini

Guna kuasa boikot pengguna untuk gerunkan musuh umat Islam

Kuasa pengguna atau “consumer” dalam memboikot boleh menggerunkan musuh supaya tidak melampaui batas atau melanggar perjanjian termeterai dalam melakukan sebarang tindakan menghina, menindas dan menganiaya orang Islam secara langsung atau tidak langsung.

Hidayah Sani

Published

on

Foto: Bekas Ketua Hakim Syarie Negeri Perak, Datuk Muhamad Asri Abdullah.
  • Bekas Ketua Hakim Syarie Negeri Perak, Datuk Muhamad Asri Abdullah berkata semua itu boleh dikecapi sekiranya pengguna menggunakan kuasanya untuk memboikot secara berhemah dan kolektif atau jemaah dan tersusun.
  • Seruan boikot terhadap barangan atau perkhidmatan dikeluarkan sesebuah negara bertujuan memberi tekanan kepada pengusaha dan peniaga supaya mereka sendiri mendesak syarikat dan kerajaan mereka kepada keamanan dan menghentikan tindakan kejam dilakukan kepada negara lain. 
  • Tindakan itu bahkan dapat memberi kesan buruk kepada ekonomi negara mereka dan dapat membantutkan hasrat mereka untuk meneruskan serangan dan kekejaman terhadap negara lain.
  • “Kewajipan menyertai boikot ini disandarkan kepada hukum berjihad iaitu secara asalnya adalah fardu kifayah (dituntut ke atas semua dan gugur kefarduan  dengan  sebahagian  mereka  melaksanakannya) kepada orang Islam yang mukalaf. 
  • “Kewajipan fardu kifayah akan bertukar menjadi fardu ain (wajib kepada setiap orang Islam yang mukalaf) dengan beberapa faktor terutamanya apabila orang-orang kafir telah memasuki sebuah negeri orang Islam, maka jihad menjadi fardu ain bagi seluruh penduduk negeri tersebut untuk mempertahankannya sedaya upaya yang mampu.
  • “Meskipun dalam perbincangan para ulama terdapat tertib yang menunjukkan tahap kewajipan daripada penduduk negeri tersebut ke penduduk sekitarnya dan seterusnya ke semua umat Islam, para ulama kontemporari seperti Dr Yusuf Qaradhawi menekan bahawa jihad mempertahankan bumi Palestin kewajipan yang paling utama buat semua umat Islam di seluruh dunia kerana ia merupakan tanah kiblat pertama umat Islam dan bumi para anbiya yang diberkati,” katanya menerusi hantaran di Facebook di sini pada Selasa.
  • Muhamad Asri berkata demikian susulan ramai masyarakat yang memperkatakan dan mempersoalkan isu boikot sama ada ia wujud (mengandungi tujuan) dan dibenarkan atau tidak dalam Islam serta sama ada ia membawa unsur kezaliman, ketidakadilan yang merupakan tindakan yang melampau batas atau berlebihan. 

KUALA LUMPUR — Kuasa pengguna atau “consumer” dalam memboikot boleh menggerunkan musuh supaya tidak melampaui batas atau melanggar perjanjian termeterai dalam melakukan sebarang tindakan menghina, menindas dan menganiaya orang Islam secara langsung atau tidak langsung.

Bekas Ketua Hakim Syarie Negeri Perak, Datuk Muhamad Asri Abdullah berkata semua itu boleh dikecapi sekiranya pengguna menggunakan kuasanya untuk memboikot secara berhemah dan kolektif atau jemaah dan tersusun.

Muhamad Asri berkata seruan boikot terhadap barangan atau perkhidmatan dikeluarkan sesebuah negara bertujuan memberi tekanan kepada pengusaha dan peniaga supaya mereka sendiri mendesak syarikat dan kerajaan mereka kepada keamanan dan menghentikan tindakan kejam dilakukan kepada negara lain. 

Beliau berkata tindakan itu bahkan dapat memberi kesan buruk kepada ekonomi negara mereka dan dapat membantutkan hasrat mereka untuk meneruskan serangan dan kekejaman terhadap negara lain.

Katanya, perkara itu adalah salah satu usaha yang dapat dilakukan umat Islam untuk membantu saudara Muslim yang ditindas.

“Kewajipan menyertai boikot ini disandarkan kepada hukum berjihad iaitu secara asalnya adalah fardu kifayah (dituntut ke atas semua dan gugur kefarduan  dengan  sebahagian  mereka  melaksanakannya) kepada orang Islam yang mukalaf. 

“Kewajipan fardu kifayah akan bertukar menjadi fardu ain (wajib kepada setiap orang Islam yang mukalaf)  dengan beberapa faktor terutamanya apabila orang-orang kafir telah memasuki sebuah negeri orang Islam, maka jihad menjadi fardu ain bagi seluruh penduduk negeri tersebut untuk mempertahankannya sedaya upaya yang mampu.

“Meskipun dalam perbincangan para ulama terdapat tertib yang menunjukkan tahap kewajipan daripada penduduk negeri tersebut ke penduduk sekitarnya dan seterusnya ke semua umat Islam, para ulama kontemporari seperti Dr Yusuf Qaradhawi menekan bahawa jihad mempertahankan bumi Palestin kewajipan yang paling utama buat semua umat Islam di seluruh dunia kerana ia merupakan tanah kiblat pertama umat Islam dan bumi para anbiya yang diberkati. 

“Malah, gesaan boikot ini juga dilakukan para ulama kontemporari lain secara persendirian mahupun mewakili organisasi sehingga kini supaya umat Islam mengambil perhatian dan tindakan serius dalam hal ini,” katanya menerusi hantaran di Facebook di sini pada Selasa.

Muhamad Asri berkata demikian susulan ramai masyarakat yang memperkatakan dan mempersoalkan isu boikot sama ada ia wujud (mengandungi tujuan) dan dibenarkan atau tidak dalam Islam serta sama ada ia membawa unsur kezaliman, ketidakadilan yang merupakan tindakan yang melampau batas atau berlebihan. 

Beliau berkata dalam pertimbangan kewajipan memboikot perlu juga melihat kepada faktor keadaan dan suasana, di mana boikot terhadap sesuatu akan menjadi wajib apabila produk atau perkhidmatan berkenaan merupakan sesuatu yang mampu kita tinggalkan tanpa mendatangkan sebarang kemudaratan jika tidak menggunakannya. 

Bagaimanapun, sekiranya produk atau perkhidmatan berkenaan merupakan keperluan utama seperti produk digunakan untuk rawatan kesihatan seperti ubat-ubatan dan makanan yang tidak dapat dihindari umat Islam, tidak menjadi kesalahan bagi Muslim membelinya selagi mana tiada pilihan setanding dengannya. 

“Secara asasnya, hukum berkenaan boikot dari perspektif Islam adalah dibenarkan. Perbuatan boikot selari dengan tuntutan jihad dari segi harta. 

“Hal ini berdasarkan keumuman maksud jihad fi sabilillah dalam menegakkan agama Islam dan dakwah-Nya iaitu peperangan meninggikan kalimah-Nya, menjamin agama-Nya, mengembangkan dakwah-Nya dan mempertahankan pendukungNya agar hak-hak Muslim tidak ditundukkan dan mereka tidak dihalang daripada melaksanakan urusan mereka.

“Sebagaimana firman Allah SWT dalam surah Hujurat ayat ke 15: Maksudnya: Sesungguhnya orang-orang yang sebenar-benarnya beriman hanyalah orang-orang yang percaya kepada Allah dan Rasul-Nya, kemudian mereka (terus percaya dengan) tidak ragu-ragu lagi, serta mereka berjuang dengan harta benda dan jiwa mereka pada jalan Allah; mereka itulah orang-orang yang benar (pengakuan imannya),” kata Muhamad Asri.

Terdahulu, media melaporkan khutbah dibacakan masjid dan surau diri jumaat (SDJ) seluruh Perak pada 24 Mei lalu, sohor kini (trending) di media sosial susulan isu diutarakan berkaitan amalan boikot atau memulaukan perniagaan tertentu yang dianggap bertentangan prinsip keadilan. 

Khutbah bertajuk “Menghayati Keadilan Sejagat Dalam Kehidupan Bernegara” yang dikeluarkan Jabatan Agama Islam Perak (JAIPk) itu membawa mesej bahawa tindakan boikot sebilangan umat Islam dan rakyat terhadap jenama tertentu ketika ini harus dihentikan, sehingga ia menjadi perbincangan ramai di internet. — The Merdeka Times

Sokong TMT media berani, benar & bebas di https://support.themerdekatimes.com/

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *





Terkini

Kadar kesuburan Malaysia menurun secara ketara – Nancy

Kadar kesuburan jumlah (TFR) rakyat Malaysia mencatatkan penurunan ketara, kata Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Nancy Shukri.

Wartawan TMT

Published

on

Foto: Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Nancy Shukri.
  • Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Nancy Shukri berkata Laporan Perangkaan Penting 2023 oleh DOSM menunjukkan TFR di Malaysia menurun daripada 2.1 orang anak pada 2010 kepada 1.6 orang anak pada 2022.
  • “Terdapat pelbagai faktor menyumbang kepada penurunan TFR termasuk faktor ekonomi, cara gaya hidup yang antaranya boleh mempengaruhi keputusan pilihan umur untuk berkahwin, bilangan anak dan sebagainya.
  • “Pada masa sama, masalah ketidaksuburan turut boleh mempengaruhi kadar TFR,” katanya ketika menggulung perbahasan mengenai Laporan Tahunan dan Penyata Kewangan Suruhanjaya Hak Asasi Manusia tahun 2021 dan 2022 bagi Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga Masyarakat (KPWKM) di Dewan Rakyat hari ini.

KUALA LUMPUR — Kadar kesuburan jumlah (TFR) rakyat Malaysia mencatatkan penurunan ketara, kata Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Nancy Shukri.

Beliau berkata Laporan Perangkaan Penting 2023 oleh Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM) menunjukkan bahawa TFR di Malaysia menurun daripada 2.1 orang anak pada 2010 kepada 1.6 orang anak pada 2022.

“Terdapat pelbagai faktor yang menyumbang kepada penurunan TFR termasuklah faktor ekonomi, cara gaya hidup yang antaranya boleh mempengaruhi keputusan pilihan umur untuk berkahwin, bilangan anak dan sebagainya.

“Pada masa yang sama, masalah ketidaksuburan turut boleh mempengaruhi kadar TFR,” katanya ketika menggulung perbahasan mengenai Laporan Tahunan dan Penyata Kewangan Suruhanjaya Hak Asasi Manusia tahun 2021 dan 2022 bagi Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga Masyarakat (KPWKM) di Dewan Rakyat hari ini.

Beliau berkata mengikut unjuran Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu, beberapa negara di rantau Asia dan Pasifik seperti Jepun, Australia, Singapura, Indonesia dan Thailand turut mencatatkan kadar kesuburan yang amat rendah, iaitu berada di bawah paras penggantian.

Nancy berkata sebagai respons kepada keadaan itu, Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN) melaksanakan pelbagai inisiatif, termasuk menawarkan perkhidmatan rawatan kesuburan pada kos berpatutan, menyediakan klinik merawat masalah kesuburan lelaki serta memberi insentif pengecualian cukai sehingga RM8,000 kepada pasangan yang mendapatkan rawatan kesuburan.

“LPPKN juga telah diberi mandat untuk menubuhkan Pusat Subfertiliti Negara yang dilengkapi dengan segala kemudahan rawatan kesuburan di bawah satu bumbung bagi memberi perkhidmatan kesuburan serba moden dengan kos berpatutan,” katanya.

Menurut Nancy, pihaknya bagaimanapun berpandangan keputusan mempunyai anak dan penentuan bilangan anak adalah hak tersendiri setiap pasangan.

“Terdapat pelbagai faktor mempengaruhi keputusan untuk memiliki anak, bilangan anak dan penurunan TFR. KPWKM melalui LPPKN membantu dalam membuat intervensi untuk mereka yang berhadapan dengan masalah ketidaksuburan,” katanya. — BERNAMA

Author

Teruskan Membaca

Kata Kunci

Trending