Antarabangsa
(VIDEO) Yahudi ultra-Ortodoks protes arahan penyertaan wajib tentera Israel
Ratusan Yahudi ultra-Ortodoks bertindak menghalang lebuh raya utama di tengah-tengah Israel membantah kemasukan mandatori ketenteraan dengan merantai diri sesama mereka pada waktu sibuk di bandar.

Ratusan Yahudi ultra-Ortodoks bertindak menghalang lebuh raya utama di tengah-tengah Israel membantah kemasukan mandatori ketenteraan dengan merantai diri sesama mereka pada waktu sibuk di bandar.
Bantahan pada Isnin itu berlaku selepas Mahkamah Agung Israel memutuskan subsidi pengecualian kerajaan untuk lelaki ultra-Ortodoks dalam usia layak daftar tentera tamat pada hari sama.
Kebanyakan lelaki Yahudi dikehendaki berkhidmat hampir tiga tahun dalam tentera diikuti tugasan simpanan selama bertahun-tahun, manakala khidmat wajib wanita Yahudi adalah selama dua tahun.
Golongan ultra-Ortodoks yang membentuk kira-kira 13 peratus daripada kuasa politik masyarakat Israel secara tradisinya menerima pengecualian semasa belajar sepenuh masa di seminari agama.
Terdapat lebih 60,000 lelaki ultra-Ortodoks dalam usia pendaftaran yang sedang belajar berbanding berkhidmat dalam tentera.
Sistem selama bertahun-tahun lamanya itu menimbulkan kebencian meluas dalam kalangan orang ramai, perasaan semakin mendalam akibat berlangsungnya peperangan selama hampir enam bulan.
Fox59 melaporkan penentangan kelompok ultra-Ortodoks terhadap penyenaraian khidmat tentera merupakan ancaman paling konkrit terhadap kerajaan pimpinan Perdana Menteri, Benjamin Netanyahu. – The Merdeka Times
View this post on Instagram
