Connect with us

Terkini

Undang-undang kini digunakan untuk ‘mengancam’ rakyat – Tun Mahathir

Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad mendakwa undang-undang ketika ini bukan lagi untuk melindungi rakyat, sebaliknya dilihat digunakan untuk ‘mengancam’ mereka.

WhatsApp
Facebook0
Twitter
Hidayah Sani

Published

on

Foto: Bekas Perdana Menteri Malaysia, Tun Dr Mahathir Mohamad.
  • Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad mendakwa undang-undang ketika ini bukan lagi untuk melindungi rakyat, sebaliknya dilihat digunakan untuk ‘mengancam’ mereka.
  • “Kita percaya kepada kedaulatan undang-undang. Kita menganggap undang-undang dibuat untuk melindungi kita, tetapi sekarang kita melihat undang-undang digunakan untuk mengancam kita,” kata bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad menerusi hantaran di Facebook di sini pada Rabu.
  • Dr Mahathir juga mendakwa pihak berkuasa kerajaan hanya menyatakan kegagalan mana-mana pihak mematuhi arahannya boleh mengakibatkan dipenjarakan dan didenda, namun tiada sebutan dibuat mengenai perbicaraan mahkamah.
  • Katanya, tuntutan dikenakan juga sukar dipatuhi dan ia memerlukan penyelidikan besar-besaran terhadap semua transaksi dalam tempoh 40 tahun lalu, di mana majoriti individu tidak menyimpan rekod aktiviti mereka dalam tempoh masa sebegitu.
  • “Tetapi kegagalan untuk melaporkan sebarang tindakan boleh ditafsirkan sebagai sengaja menahan maklumat. 
  • “Ia boleh mengakibatkan tindakan undang-undang yang mahal dan berpanjangan serta penjara. Itulah ancamannya… Pada peringkat itu undang-undang menjadi zalim,” kata bekas Perdana Menteri itu.

KUALA LUMPUR — Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad mendakwa undang-undang ketika ini bukan lagi untuk melindungi rakyat, sebaliknya dilihat digunakan untuk ‘mengancam’ mereka.

“Kita percaya kepada kedaulatan undang-undang. Kita menganggap undang-undang dibuat untuk melindungi kita, tetapi sekarang kita melihat undang-undang digunakan untuk mengancam kita,” katanya menerusi hantaran di Facebook di sini pada Rabu.

Dr Mahathir juga mendakwa pihak berkuasa kerajaan hanya menyatakan kegagalan mana-mana pihak mematuhi arahannya boleh mengakibatkan dipenjarakan dan didenda, namun tiada sebutan dibuat mengenai perbicaraan mahkamah.

Katanya, tuntutan dikenakan juga sukar dipatuhi dan ia memerlukan penyelidikan besar-besaran terhadap semua transaksi dalam tempoh 40 tahun lalu, di mana majoriti individu tidak menyimpan rekod aktiviti mereka dalam tempoh masa sebegitu.

“Tetapi kegagalan untuk melaporkan sebarang tindakan boleh ditafsirkan sebagai sengaja menahan maklumat. 

“Ia boleh mengakibatkan tindakan undang-undang yang mahal dan berpanjangan serta penjara. Itulah ancamannya… Pada peringkat itu undang-undang menjadi zalim,” katanya.

Foto: Tangkap layar hantaran Dr Mahathir di Facebook.

Dr Mahathir berkata beliau tidak merasakan penggubal undang-undang bertekad untuk membuat hidup rakyat sengsara melalui proses tuntutan sedemikian, namun kerajaan boleh melakukannya.

“Mungkin terdapat kes berikutan maklumat mengenai perbuatan meragukan tertentu yang perlu disiasat. Untuk itu pihak berkuasa perlu mengenal pasti akta tersebut. Orang itu perlu membuat penjelasan.

“Tetapi apa yang kita lihat adalah tuntutan umum tanpa mengenal pasti perbuatan itu adalah jenayah,”katanya. — The Merdeka Times

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *